Friday, July 31, 2015

Stevia Rebaudiana dan Kebaikkannya terhadap Kesihatan Tubuh Badan

Publish on : Friday, July 31, 2015 There is : 0 Comments Labels : , , , , ,
Teks: Emme Marina Mohamad
Gambar: Carian google

stevia kosong kaloristevia rebaudiana

Stevia rebaudiana merupakan sejenis tumbuhan herba yang mempunyai rasa manis semulajadi. Ianya telah dijumpai lebih 1,500 tahun dahulu oleh masyarakat Guarani di Amerika Syarikat. 


Sejak pertemuan itu, daun stevia telah digunakan secara menyeluruh di Brazil dan Paraguay sebagai pemanis minuman, dan kesihatan. 


Rasa manis stevia sangat tinggi malah lebih tinggi dari rasa manis gula pasir. Apabila disuling, rasa manis stevia boleh menjadi 30x hingga 400x ganda berbanding gula pasir. Menariknya mengenai gula stevia, ianya tidak mempunyai kanji, bebas kolestrol, kosong kalori dan karbohidrat. 


Rasa manis stevia datang dari “steviol glycosides” iaitu dari “stevioside” dan rebaudioside”, dan bukannya dari glukos seperti gula biasa. Ini menjadikan gula stevia unik dan lebih berkhasiat. Malah gula stevia mula dikenali sebagai gula sihat dan diamalkan oleh pengamal kesihatan atau pesakit diabetes terutamanya. 


Rasa manis stevia seakan-akan gula pasir, namun adakalanya rasa manis stevia agak pahit dan mempunyai rasa “aftertaste” yang mungkin agak kurang enak pada sesetengah orang. Faktor penyulingan yang betul mampu menghilangkan rasa “aftertaste” tersebut. Daun stevia pula boleh terus direndam ke dalam air minuman panas bagi mendapatkan rasa manisnya, dan dimakan begitu sahaja sebagai “salad” atau ulaman.

stevia

Eksperimen gula biasa dengan gula stevia terhadap semut.

semut vs gula vs stevia

semut vs gula vs stevia

Stevia adalah stabil pada suhu tinggi, sehingga 200 darjah Celcius, stabil pH, bersifat alkali tinggi malah tidak basi. Selain itu, stevia tidak disukai oleh rakan semut. 


Kajian demi kajian telah dijalankan terhadap gula stevia dan telah mendapati pelbagai sifat positif bagi aspek kesihatan, kecantikan serta mampu menurunkan berat badan. 


Stevia telah diiktiraf sebagai pemanis gula sihat oleh pelbagai Negara luar, dan Negara Brazil dan Jepun terutamanya menggunakan gula stevia hampir menyeluruh. Di Jepun, stevia digunakan di dalam kicap soya, minuman kotak, termasuklah produk minuman bergas Coca-Cola. Hampir 60% penggunaan gula stevia digunakan di Negara Jepun. Berikut adalah senarai Negara yang telah menggunakan gula stevia sebagai pemanis gula bagi menggantikan gula pasir.

stevia suluruh dunia

Saya kongsikan produk-produk gula stevia yang telah berada di pasaran, luar Negara dan di dalam Negara (lihat gambar di bawah).



produk stevia

Gula stevia boleh didapati dalam pelbagai bentuk sama ada daun kering, serbuk, Kristal seperti gula biasa atau ekstrak cecair. Antara ke empat-empat jenis gula stevia ini, pilihan terbaik ialah menggunakan gula stevia dalam ekstrak cecair kerana ianya mudah digunakan, senang larut, tidak memerlukan penggunaan air panas, tidak memberi kesan sampingan kepada buah pinggang berbanding serbuk. 


Mari saya ringkaskan sifat gula stevia dan kebaikkannya dalam perubatan dan kesihatan tubuh badan.

Sifat Gula Stevia
Sifat Gula Stevia dalam kesihatan
Kandungan Vitamins & Mineral
- Pemanis semulajadi tanpa kalori, karbohidrat, kanji dan kolestrol
- Rasa manis 30x – 400x dari gula biasa
- Gula stevia berasal dari stevioside bukannya glukos
- Tiada toksid
- Tiada kesan sampingan terhadap tubuh badan
- Gula stevia tidak tersimpan di dalam badan seperti gula biasa (ianya dicerna terus dari badan melalui pembuangan air kecil atau air besar)
- Tidak menghasilkan glukos
- Gula stevia selamat diamalkan oleh semua peringkat umur (bayi hingga orang tua)
- Gula stevia ialah satu-satunya gula sihat yang ada di pasaran.
- Tahan suhu panas sehingga 200 darjah Celcius
- Sesuai untuk minuman dan masakan
- Non fermentative (tidak basi)
- Tidak disukai semut
Stevia mempunyai fungsi therapeutic (perubatan)
- Anti keradangan (mengurangkan kesan keradangan/inflamasi/eczema)
- Anti kulat
- Anti mikrobakteria
- Anti septik
- Anti tumor (kesan anti oxidant)
- Anti penuaan (awet muda)
- Anti hyperglycemia (menurukan paras gula dalam darah)
- Anti kaviti
- Menstabilkan kandungan gula dalam darah
- Anti diarrheal (merawat cirit birit)
- Diuretic (mengawal kandungan air dalam badan)
- Anti hypertensi (menurunkan tekanan darah
- Immunomudolatory effect (meningkatkan imun badan terhadap kuman)
- Membekalkan tenaga (oksigen)
- Mencuci darah
- Mencuci usus
- Merawat pelbagai jenis penyakit akibat penggunaan gula pasir
- Mencuci buah pinggang
- Dilates blood vessel
- Menurunkan berat badan
- Mencuci toksin berlebihan dalam badan
- Menenangkan fikiran
- Membantu mengurangkan kolestrol
- Melegakan sakit perut, pedih hulu hati
- Membantu menggalakkan penyerapan kalsium dan meningkatkan kepadatan tulang
- Meningkatkan platlet darah dalam badan
Mineral:
- Magnesium
- Zinc
- Iron
- Kalsium
- Sodium
- Phosphorus

Vitamins:
- Acid Folic
- Vitamin C
- Vitamin B2


Gula sihat daripada tumbuhan stevia semakin mendapat perhatian daripada rakyat Malaysia. Peningkatan trend terhadap penyakit Diabetes juga dilihat semakin membimbangkan. 


Rakyat Malaysia harus sedar bahawa penggunaan harian gula biasa terutamanya gula pasir patut diberhentikan secara menyeluruh. Saya berharap agar dengan entri ini dapat membantu anda semua membuat keputusan yang sihat untuk diri anda serta seisi keluarga.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------            











Read More...

Thursday, July 30, 2015

WHAM Diari: Rutin harian bersama anak-anak sebagai surirumah berkerjaya

Publish on : Thursday, July 30, 2015 There is : 0 Comments Labels : , ,
Teks: Emme Marina Mohamad
Gambar: Emme Marina Mohamad


Hari kedua sebagai surirumah setelah berdaftar dengan kelas "online" bagi ibu-ibu yang bekerja dari rumah. Menjadi surirumah seorang tanpa anak tidak sama dengan menjaga anak =). Jika kita seorang diri mungkin lebih tenang dan dapat mengatur masa dengan lebih bijak, berehat juga mudah. Tetapi menjadi surirumah dengan 3 orang anak kecil benar-benar memerlukan tumpuan, kesabaran dan mental emosi yang kuat, jika tidak kita pun akan turut melatah. 


Anak sulong saya sudah memasuki fasa pra-persekolahan, berdaftar di PASTI, syukur Alhamdulillah PASTI di sini dalam taman perumahan saya sendiri dan dekat dengan rumah. Waktu pagi suami akan menghantar anak ke sekolah dan tengah hari saya menjemputnya pulang. Tinggallah 2 orang anak dara lagi dengan saya. Yang bongsu berusia 1 tahun 3 bulan, sangat aktif, bising dan sentiasa inginkan perhatian. Jika datang mood tidak baik, satu hari hanya akan dihabiskan dengan menempel dan dukung. Nak bergerak susah, buat kerja rumah lagi la memerlukan kesabaran mental yang sangat tinggi. Anak kedua pula jenis yang berdikari tetapi masih kecil dan manja, sentiasa mencuri masa untuk menyelit bersama saya bila adik bongsunya leka atau tidur. 


Beginilah kehidupan suri dengan anak-anak kecil, bila ingin berehat walaupun sekadar menutup mata buat seketika juga sudah kelam kabut. Kadang-kadang saya tersenyum sendirian melihat telatah anak-anak saya, adakalanya saya sengaja tidak mendengar rintihan-rintihan palsu mereka. Kecil-kecil sudah pandai mengenakan orang tua. =) Budak-budak zaman sekarang agaknya, lagi di marah, lagi menjadi-jadi, dapat pula anak perempuan, manja dan gediknya selalu membuatkan saya gelak terbahak-bahak. Hilang stress bukan?


Sebenarnya saya memang sudah menjadi "STAY-AT-HOME-MOM" sejak menyambung pelajaran ke peringkat sarjana, jadi sedikit sebanyak pengalaman menjaga anak dan menguruskan rumah menjadi pengajaran dan peringatan buat saya menguruskan masa antara belajar dan berniaga. Saya kongsikan jadual harian yang saya lakarkan sebagai "guideline" saya setiap hari dan target yang ingin saya capai. Semoga Allah merestui pilihan saya ini. Amin




Read More...

Wednesday, July 29, 2015

Salam Perkenalan Dari Penulis

Publish on : Wednesday, July 29, 2015 There is : 0 Comments Labels : , , ,
Teks: Emme Marina Mohamad

Assalamualaikum w.b.t,

Bismillahirrahmanirrahim dan salam perkenalan buat pembaca dari penulis. Nama sebenar saya, Puteri Emme Marina binti Mohamad. Saya dilahirkan pada 13 September 1985 di Hospital Alor Setar, Kedah namun saya dibesarkan di merata negeri oleh kerana tuntutan kerja abah sebagai seorang tentera darat banyak berpindah-randah. Saya merupakan anak sulong dari enam adik-beradik. Zaman persekolahan saya agak menarik kerana tiada sekolah tetap dan kami sering bertukar sekolah tapi akhirnya menetap di sebuah sekolah di Kuala Lumpur iaitu di Sekolah Rendah Desa Tun Hussien Onn dan Sekolah Menengah Desa Tun Hussien Onn sehingga saya tingkatan empat. Pada tahun 2002, abah telah pencen dan sekarang ibu bapa saya menetap di Negeri Sembilan. Kemudian, saya melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi Pahang, 2003 dan menyambung ke peringkat ijazah pula di Universiti Malaysia Pahang sehingga tahun 2009 dalam jurusan Kejuruteraan Kimia. 

Tamat sahaja pelajaran di UMP, saya terus bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat Jepun iaitu NEC Semiconductor Sdn. Bhd. di Telok Panglima Garang. Tidak lama saya di situ apabila bertemu dengan suami juga seorang jurutera yang sebenarnya merupakan jurutera supplier bagi syarikat NEC. Pertemuan yang sepatutnya professional bertukar menjadi cinta dan akhirnya kami membuat keputusan untuk mengikat hubungan kami sebagai suami isteri. Kelakarnya, kami sebenarnya baru sahaja berkenalan dan bercinta selama 2 bulan. Sesungguhnya rezeki itu milik Allah, suami dilamar oleh MARA sebagai Pegawai Latihan Vokasional dan sememangnya menjadi pengajar merupakan impian suami saya. Walaupun ditawarkan bekerja di Kuching, Sarawak, kami redha dan saya sokong keputusan suami untuk terima jawatan tersebut dan berpindah ke Kuching. Dan keputusan itu, menyebabkan saya membuat keputusan berhenti kerja di NEC dan mengikut suami saya ke Kuching. 

Berhenti kerja sememangnya tidak mudah kerana saya sudah mempunyai tanggungjawab sendiri iaitu hutang pelajaran, kereta termasuklah kad kredit, namun syukur suami masih mampu untuk menyara kehidupan kami ketika itu. Berdua di bumi Kuching kami sering rindu untuk pulang ke kampung halaman, saya ketika itu sedang mengandung anak yang pertama. Akhirnya kami membuat keputusan untuk tinggal berasingan dan saya berkerja di semenanjung Malaysia. Rezeki dari Allah, saya mendapat kerja sebagai jurutera di Kilang Plastik, Nilai, Negeri Sembilan sejurus saya tamat berpantang. Tinggal di Nilai lebih baik dan dekat dengan "airport" memudahkan saya menjemput suami dan menghantarnya. Suami saya akan pulang sebulan sekali pada waktu itu, adakalanya 2 kali sebulan. Wang gaji kami akhirnya banyak dihabiskan bagi belanja tiket penerbangan suami. Ketika ini, saya mula berfikir-fikir tentang mencari pendapatan sampingan. Saya mula menjadi dropship barangan baju muslimah.

Tinggal berasingan dari suami dan jauh dari keluarga, membesarkan anak seorang diri agak mencabar dan lebih sukar apabila di tempat kerja bos-bos saya masih bujang. Jadi mereka tidak memahami kehidupan saya membesarkan anak, harus cuti separuh hari setiap bulan demi temujanji anak, datang lewat atau tidak hadir kerana anak sakit. Ini baru anak pertama, memang agak mengeluh juga saya dibuatnya dek perlian dari orang-orang atasan yang tidak memahami. Sewaktu ini, saya sudah jemu dan putus asa untuk bekerja, saya sudah berura-ura ingin berhenti kerja dan melakukan perkara lain. Pada suatu hari, saya mendapat panggilan dari seorang pensyarah dari Universiti Malaysia Pahang, saya sebenarnya pernah menghantar resume untuk menyambung semula pelajaran di  UMP, dan Alhamdulillah, Allah perkenankan doa saya. Setelah berbincang dengan suami akhirnya saya membuat keputusan untuk berhenti kerja dan menyambung pengajian di peringkat sarjana dalam jurusan sains kimia. Dan lebih menggembirakan lagi, rupanya Allah telah merancang yang lebih baik buat kami sekeluarga, suami saya juga dapat bertukar kerja ke semenanjung Malaysia iaitu di Pekan, Pahang! Masya Allah, saya di Gambang dan suami di Pekan. Begitu indahnya susunan Allah buat kami. Dan di sinilah kehidupan saya sebagai SAHM ataupun "stay at home mom" bermula. 

Menjadi pelajar serta ibu tidak mudah, menguruskan kelas, pelajaran di rumah, ketika ini saya sedang mengandung anak kedua =) Dan di waktu inilah saya mula serius untuk berniaga secara online walaupun tidak mempunyai ilmu yang banyak tentang perniagaan online. Syukur juga saya dapat biasiswa daripada UMP, jadi saya masih mempunyai pendapatan bagi menyara kehidupan saya ketika itu. Buat perniagaan online tanpa ilmu adakalanya ada rezeki, tetapi kebanyakkan masa tiada untung. Walaupun pelbagai pengalaman pahit dan susah payah dalam perniagaan online, ia tidak membuatkan saya putus asa, tetapi minat untuk berniaga dan lebih mendalami ilmu itu semakin menebal. Kemudian saya berjumpa dengan produk gula sihat stevia, dari syarikat RCC. RCC merupakan gabungan "networking", "loyalty" dan "marketing" program, dalam singkatannya sebuah syarikat MLM yang menariknya ialah modal yang sangat mampu milik, menjaga kebajikan ahli dan tiada yuran tahunan. Malah produk gula sihat stevia sangat menarik minat saya. Bagi saya, inilah "calling" buat saya, saya berharap untuk terus maju di RCC walaupun tidak dapat bergerak aktif secara "offline".

Pelbagai dugaan telah saya tempuhi, saya akui tanpa guru atau kelas bimbingan memang sukar untuk saya maju ke hadapan. Ibarat belajar dalam kegelapan. Saya bersyukur dapat bertemu dengan Pn. Anyss Idayu di dalam sebuah badan kebajikan Amal till Jannah, di sini saya mendapat info mengenai Kelas ABDR dan saya sungguh tertarik dengan program yang dijalankan serta komuniti bagi membimbing dan menyokong ibu-ibu yang menjadi surirumah tapi menjalankan perniagaan pada masa yang sama. Di harap di dalam kelas ini banyak ilmu dan pengisiaan sebagai seorang ibu, surirumah dan wanita berkerjaya dari rumah yang saya dapat pelajari. Sekarang, saya ibu kepada 3 orang puteri, dan masih lagi melanjutkan pelajaran dalam bidang sarjana. Harapan saya agar saya dapat jadi lebih sukses dan dapat menyediakan diri saya sebagai salah seorang ibu yang berkerja dari rumah.

Sekian, coretan ringkas mengenai diri saya serta matlamat saya di dalam kelas ABDR. 
Read More...