Monday, August 31, 2015

3 Cara Untuk Melupakan Ketagihan Terhadap Gula

Teks: Emme Marina Mohamad
Gambar: Carian google

Antara ketakutan ramai penduduk Malaysia ialah terpaksa melupakan gula terutamanya gula pasir. Menikmati kelazatan makanan dan minuman dari gula merupakan satu kegemaran kita semua. Saya juga akui saya merupakan salah seorang penggemar makanan manis dan amat sukakan minuman manis. Saya juga tidak suka minum air kosong. Payau bukan? Ugghh.. never like it.

Tetapi gula dan kemanisan merupakan pembunuh senyap yang harus kita jauhi. 3 cara yang anda boleh cuba untuk jauhi gula atau cubaan mengurangkan ketagihan gula pasir.

3 Cara bagaimana anda boleh amalkan bagi mengurangkan ketagihan terhadap gula pasir.

1. Anda boleh bertukar kepada gula alternatif tetapi jauhi gula tiruan sebagai pengganti gula pasir.

2. Jauhi pandangan mata dan diri anda daripada makanan dan minuman manis, dan sentiasa bekalkan diri anda dengan snek makanan sihat.

3. Katakan pada diri anda, "SAYA TIDAK SUKAKAN GULA PASIR". Berbanding "Saya tidak boleh", kerana menurut satu kajian menyatakan "tidak boleh" kepada diri sendiri merupakan satu paksaan dan ketidakrelaan berbanding "tidak makan/suka" kerana ianya lebih BERKUASA kepada diri anda. 


Selamat mencuba! Jika saya boleh lakukannya, anda juga boleh... 

Read More...

FAQ Gula Sihat Stevia

Teks: Emme Marina Mohamad
Gambar: RCC Arkib



Q : APA ITU STEVIA?

: Stevia adalah 100% ekstrak stevia tulen ( bewarna jernih ) dengan kemanisan 200x- 300x lebih manis dari gula biasa, dipek di dalam botol kecil yang mudah dibawa kemana sahaja, dengan kuantiti 10 ml/botol.

Q: APAKAH YANG MEMBEZAKAN PRODUK STEVIA KAMI DENGAN PRODUK-PRODUK STEVIA LAIN ?


A:  STEVIA kami mengandungi skstrak stevia tulen dari tumbuhan herba stevia terpilih dan berkualiti tinggi dari ladang-ladang terbaik di Selatan Amerika. Tiada pengubahsuaian genetik dilakukan supaya kualiti dan khasiatnya kekal asli dan semulajadi.

Q: ADAKAH STEVIA SELAMAT DIGUNAKAN ?

A : Banyak kajian telah dijalankan di serata dunia menunjukkan stevia adalah tidak Bertoksid dan selamat digunakan. Stevia telah digunakan sejak berabad-abad lalu oleh penduduk-penduduk Amerika Selatan. Stevia juga digunakan di Jepun sejak 1970 hingga sekarang, setlah lebih dari 20 tahun penggunaannya, tiada sebarang laporan atau aduan tentang ketoksikannya atau kesan sampingannya. Begitu juga di Amerika, Canada, Jerman, Korea, China dan India.  STEVIA adalah ekstrak stevia tulen, jadi STEVIA adalah sangat selamat.





Q : ADAKAH STEVIA DILULUSKAN OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN 
MALAYSIA DAN MENDAPAT SIJIL KKM ?

A : Ya, STEVIA kami diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai makanan. Ekstrak stevia telah dikelaskan sebagai makanan, di bawah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Awam, KKM. STEVIA bukan ubat atau persediaan perubatan tradisional jadi  STEVIA tidak memerlukan sijil KKM.




Q : STEVIA ADALAH 200x LEBIH MANIS DARI GULA. MENGAPA TIDAK 
300x ATAU 400x ATAU 500x ?

A : Kemanisan Ekstrak Stevia yang terdapat diseluruh dunia sebenarnya adalah dari 150x Hingaa 500x lebih manis dari gula biasa. Walaubagaimanapun, satu usaha mendekati Pengguna-pengguna di Malaysia telah dijalankan oleh pihak syarikat sendiri bermula Mei 2009. Pengguna-pengguna diberi peluang merasa sendiri ekstrak stevia pada Tahap kemanisan yang berbeza 200x, 300x, 400x dan 500x. Respon dari seramai 300 
Orang pngguna ekstrak stevia 200x adalah lebih sesuai dengan citarasa dan dapat Disimpulkan :-

- Semakin tinggi kemanisan ekstrak stevia, semakin kuat kesan manisnya didalam mulut atau dengan istilah ‘manis lama’ atau ‘hayai’, beberapa orang pengguna mengalami sedikit rasa pening dengan ektrak 400x dan 500x.
- Semakin tinggi kemanisan ekstrak stevia, semakin sukar untuk digunakan.Semakin tidak praktikal. Semakin sukar untuk menentukan sukatannya.
- Semakin tinggi kemanisan ekstrak stevia, semakin mahal harganya.

Jadi, SEVIA dengan kelebihan ekstrak setvia 200x adalah paling relevan, Paling sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia dan lebih praktikal.

Q: BOLEHKAH  STEVIA MENGGANTIKAN GULA ?

A : STEVIA  sememangnya pengganti gula dan lebih baik, lebih sihat, lebih selamat Dari Gula. Jua-Via boleh digunakan dalam minuman dan masakan. 




Q : STEVIA  SANGAT MANIS. ADAKAH IA BOLEH MEROSAKKAN GIGI ?

A :  STEVIA  tidak merosakkan walaupun 200x lebih manis dari gula kerana sifatnya Alkali. Malah STEVIA  angat baik untuk penjagaan mulut dan gigi kerana kealkaliannya akan meneutralkan asid dalam mulut. Keadaan yang berasid menggalakkan pertumbuhan bacteria yang akan mengakibatkan cavity, kerosakan gigi dan nafas berbau.



Q : ADAKAH STEVIA  BAIK UNTUK PESAKIT DIABETES DAN HIPERTENSI (TEKANAN DARAH TINGGI )?

: STEVIA  adalah Pilihan Tepat untuk pesakit Diabetes. Dengan keistimewaan  STEVIA yang 0 % Glukosa, tidak akan meningkatkan paras glukosa ( gula) dalam darah. Dengan  STEVIA pesakit Diabetes boleh menikmati rasa manis dalam minuman atau hidangan makanan tanpa perlu risaukan bacaan gula dalam darah mereka. Malah, menurut kajian lagi dengan kuantiti yang lebih banyak, Jua-Via ™ mampu menjadi ‘penawar’ Diabetes dan Hipertensi. Banyak kajian dijalankan oleh pakar-pakar perubatan seluruh dunia terutamanya di Brazil, Amerika, Jepun dan China, mendapati ekstrak stevia merangsang organ pancreas untuk menghasilkan insulin dan menormalkan tindakbalasnya dengan glukosa. Ekstrak stevia juga didapati dapat menstabilkan tekanan darah tinggi. Jadi, semua pesakit diabetes dan hipertensi amat memerlukan Royal Sweetener Stevia untuk menghilangkan penderitaan mereka. (Rujuk testimoni )




Q : BAGAIMANA STEVIA  BOLEH MEREDAKAN MASALAH KEPUTIHAN ?

: Paras gula (glukosa) yang tinggi di dalam darah adalah antara punca utama masalah keputihan, terutamanya terhadap wanita. Menurut pakar Perubatan dan Pemakanan, glukosa merupakan ‘makanan’ kepada fungus Candidiasis Albcan, fungus yang menyebakan keputihan. Dengan mengamalkan STEVIA  yang bukan gula dan 0% Glukosa setiap hari secara berterusan, akan membantutkan pertumbuhan dan pertambahan fungus ini. Jadi,  STEVIA  adalah teman baik setiap wanita.

Q : ADAKAH  STEVIA  BOLEH MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN ?

:  STEVIA  sangat sesuai untuk menurunkan berat badan. Kalori yang berlebihan atau yang tidak ditukarkan kepada tenaga akan disimpan di dalam badan sebagai lemak, dan hanya akan menambah berat badan. Jua-Via ™ 0% Kalori, 0% Karbohidrat, 0% Lemak.. Cuma perlu mengamalkan Jua-Via ™ setiap hari dalam minuman dan makanan, bermakna mengurangkan jumlah Kalori seharian. Kurangnya kalori, bermakna kuranglah lemak yang akan terbentuk. Jadi berat badan akan berkurang dari masa ke semasa tanpa perlu rasa tertekan.

Q : MENGAPA STEVIA  PERLU MENJADI TEMAN SETIAP RAKYAT MALAYSIA ?

A : 1- STEVIA  adalah 100% ekstrak daun stevia tulen dan berkualiti tinggi.
2- Harga yang Murah untuk menjaga kesihatan, berbaloi dengan kualiti rasanya dan ciri-ciri yang dapat  membantu Diabetes, Hipertensi, Keputihan dan Berlebihan berat badan.
3- Sangat memenuhi kehendak mereka yang mengutamakan kesihatan diri dan keluarga.
4 – Bebas Kimia dan yang paling penting HALAL ( tiada campuran bahan Najis atau Syubhah)



Read More...

Bahaya Gula Pasir

Publish on : Monday, August 31, 2015 There is : 0 Comments Labels : , , ,
Teks: Emme Marina Mohamad
Gambar: Carian google




"Gula adalah pemanis pembunuh".Kajian yang telah dibuat daripada ahli pemakanan dan saintis, Professor John Yudkin. Satu kajian di Finland mendapati diet yang kaya dengan gula mengurangkan kekuatan tulang tikus yang sedang membesar. Rencanaterbaru Newsweek yang mengetengahkan gelombang jenayah di Jepunberjudul "Devil Food Made Me Do It", melaporkan tentang kaitan diantara makanan yang terlalu banyak gula membawa kepada keganasan.


Antara penyakit-penyakit dari kemanisan gula :

• Penyakit Jantung
• Kanser - Sel-sel kanser subur dengan gula
• Kencing Manis
• Jerawat
• Candida Albicans - Gula boleh menyebabkan jangkitan vagina
• Melemahkan Sistem Imun - 24 sudu teh gula boleh mengakibatkan 92% sel darah kurang berkesan
• Kerosakan Gigi - 8 dari 10 kanan-kanak menjadi mangsa
• Cepat Tua
• Kegemukan
• Sakit Sendi
• Osteoporosis
• Batu Karang Hempedu


Diantara penyebab gula menjejaskan kesihatan anda :

• Gula boleh melemahkan sistem imun
• Gula boleh mengganggu imbangan galian dalam tubuh
• Gula penyebab hiperaktiviti, gelisah dan kenakalan kanak-kanak
• Gula menjejaskan pencapaian kanak-kanak di sekolah
• Gula boleh melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria
• Gula boleh merosakkan buah pinggang
• Gula boleh membawa kepada kanser payudara, ovari, prostat dan kanser dubur
• Gula menjadi faktor kanser pundi hempedu
• Gula boleh menyebabkan kanser kolon, dengan risiko lebih tinggi terhadap wanita
• Gula boleh menyebabkan perut berasid


Kanser
Gula menggalakkan kanser kerana insulin dikaitkan dengan pengeluaranhormon Prostaglandin E2 yang melemahkan sistem imun. Tumor kanseradalah pemakan gula. Paras gula dalam darah yang tinggi bermaknaterdapat bekalan "bahan bakar" tumor yang terus beredar diselurh badan.




Candida Albicans (Keputihan)
Gula turut menjadi makanan kepada yis Candida Albicans yang menyebabkan jangkitan faraj akibat pertumbuhan yis yang berlebihan.

Apabila kandungan gula dalam darah menjadi tinggi, terdapat gulatambahan sebagai makanan. Dengan itu yis bertambah berllpat gandadengan cepat sehingga menyebabkan pertumbuhan yang berlebihan.


Kegemukan
Gula adalah satu penyebab kegemukan kerana 1 gram gula memberi anda 4kalori tanpa sebarang khasiat lain. Pengambilan kalori atau gulaberlebihan yang tidak digunakan oleh tubuh akan ditukar menjadi lemak.Ini akan menyebabkan kegemukan selain dari timbulnya pelbagai masalahkesihatan yang lain.


Hipertensi (Tekanan Darah Tinggi)

Tekanan darah tinggi adalah perkara biasa bagi orang yg gemuk.Tisu yang bertambah dengan lemak bermakna menambahkan lagi jarakkapilari di mana melaluinya darah dipam. Keadaan ini lebih menekanjantung dan arteri hingga menyebabkan pelbagai bentuk penyakit jantungyang boleh membawa kepada maut.


Read More...

Sunday, August 30, 2015

7 Cara Bijak Mengurangkan Penggunaan Gula Pasir

Publish on : Sunday, August 30, 2015 There is : 0 Comments Labels : , , ,
Teks: Emme Marina Mohamad
Gambar: Carian google



1. Minumlah air kosong berbanding minuman manis seperti air berkarbonat, air sirap dan kordial.
2. Hadkan penggunaan gula, susu pekat manis, susu isian pekat manis dan krimer manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.
3. Elak atau hadkan penggunaan gula dalam masakan. Sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.
4. Elakkan mengambil snek dan minuman yang bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.
5. Gantikan pencuci mulut  seperti kuih, kek dan bubur dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan.
6. Baca label dan elakkan produk makanan dan minuman  di mana   gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan. 
7. Pilih produk makanan dan minuman yang dilabel "rendah gula" dan "bebas gula”.


Sumber: http://nas-alphalipid.blogspot.com/2010/12/kempen-kurangkan-pengambilan-gula.html
Read More...

Jadi USAHAWAN/AGEN Gula Sihat Stevia

Teks: Emme Marina Mohamad
Gambar: Carian google




Pengedar dan Usahawan gula Stevia masih kurang di Malaysia, Kami memerlukan lebih ramai pengedar dan stokis dari setiap daerah dan negeri di Malaysia. Bimbingan dan informasi secara berterusan akan diberikan kepada pengedar-pengedar pemanis gula Stevia RCC (Royal Sweetener Stevia) di bawah bimbingan saya, Emme Marina Mohamad dan bersama-sama idola pejuang RCC iaitu Puan Zalila Omar (CEO Marketing RCC Gula Sihat Stevia).

Misi kita di sini ialah untuk mewar-warkan dan membantu seramai rakyat Malaysia untuk bertukar ke gula sihat stevia dan pada masa yang sama memberikan kebajikan yang tidak pernah mereka kecapi semasa mengamalkan gula pasir selama ini. Misi kita juga untuk menaik taraf kewangan di samping mendapat kesihatan yang tidak ternilai harganya.

Seperti yang kita sedar, Penyakit Tidak Berjangkit iaitu Penyakit KRONIK seperti Kencing Manis, Darah Tinggi, Gaut, Kanser, Sakit Jantung serta Obesiti semakin menyerang rakyat Malaysia. Di sinilah peranan kita bermula. Dengan memilih menjadi usahawan/ agen gula stevia, anda bukan sahaja memilih untuk merubah hidup dan kewangan anda, tetapi juga merubah hidup orang lain.

Istimewanya dengan menjadi usahawan/ agen kami, anda TIDAK PERLU menyimpan stok atau terus menjadi stokis tetapi boleh terus bermula sebaik sahaja anda diberikan kelayakkan sebagai agen berdaftar. Jangan risau, segala bimbingan akan diberikan malah tools bisnes turut diberikan secara percuma. Khas buat agen di bawah Emme Marina Mohamad dan Puan Zalila Omar.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anda perlu mengambil peluang menyebarkan kebaikan pemanis gula stevia sambil menjana pendapatan yang lumayan sebagai usahawan gula stevia.

Tahukah Anda, Siapa salah seorang individu yang paling kaya di Malaysia?


Sudah tentu, Jutawan Gula..


Kenapa mudah untuk menjana pendapatan dengan perniagaan gula?


Sebabnya, gula adalah satu keperluan harian kita semua. Permintaan sentiasa tinggi setiap hari.


Oleh itu, Tidak mustahil , anda mampu menjadi Jutawan Gula Stevia.


Kenapa mudah berniaga Royal Sweetener Stevia iaitu keluaran RCC Global?


Ini kerana, kelebihan dan keuntungan diberikan kepada PENGGUNA BERDAFTAR dan PENGEDAR BERDAFTAR. Oleh sebab itu, permintaan sentiasa tinggi.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------

6 KELEBIHAN PENGGUNA BERDAFTAR STEVIA RCC GLOBAL

Percuma Keahlian Seumur Hidup
Diskaun sehingga 40% untuk setiap pembelian seterusnya
Kumpul Mata Ganjaran dan Tebus Hadiah Lumayan seperti Gadjet, Baucer, Pakej Umrah, Deposit kereta dan sebagainya.
Dilindungi Tabung Khairat Kematian sehingga RM6000 untuk ahli atau keluarga terdekat ahli yang meninggal dunia mengikut terma dan syarat.
Dilindungi Tabung Kebajikan antara RM1000 – RM5000 kepada ahli pengguna jika ditimpa bencana, kemalangan atau kecederaan mengikut terma dan syarat.
Layak jadi pengedar jika berminat.


9 KELEBIHAN PENGEDAR BERDAFTAR RCC GLOBAL

Percuma Keahlian Seumur Hidup
Untung Runcit sehingga 40%
Kumpul Mata Ganjaran dan tebus hadiah lumayan seperti gadget, baucer, top up, percutian, pakej umran dan sebagainya
Komisen Penajaan antara RM35 – RM245 setiap ahli baru yang berdaftar mengikut pakej pendaftaran.
Komisen Kumpulan berpotensi antara RM1800 hingga RM12,600 sehari.
Bonus Royalti/Pencen setiap bulan.
Tabung Khairat Kematian sehingga RM6000 kepada ahli dan keluarga terdekat mengikut terma dan syarat.
Tabung Kebajikan antara RM1000 hingga RM5000 jika ahli ditimpa bencana, kemalangan atau kecederaan, mengikut terma dan syarat.
Perniagaan dan Mata ganjaran ini boleh diwarisi jika ahli meninggal dunia.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------


KONSEP PERNIAGAAN GULA STEVIA RCC

Perniagaan gula stevia ini unik dan menguntungkan. 4 Konsep terdapat dalam perniagaan pemanis semulajadi Stevia RCC iaitu:

1. Networking
2. Trading
3. Royalti program
4. Reward Program

Tiada lagi KONSEP PERNIAGAAN yang seumpamanya di RCC Global Sdn. Bhd.

RCC stand for REAL CONSUMER COMMUNITY  

JENIS-JENIS PENGEDAR

Bagi memudahkan kefahaman bisnes gula stevia, Royal Sweetener Stevia(RSS) oleh Syarikat RCC (M) Global Sdn Bhd.

Pengedar Stevia RCC ini boleh dibahagikan kepada 3 jenis dan anda boleh pilih anda ingin jadi pengedar yang mana satu; iaitu:

1. PENGEDAR SAHAJA
2. PENGEDAR & AGEN PEMASARAN
3. PENGEDAR & STOKIS

-------------------------------------------------------------------------------- 

KEUNTUNGAN SEBAGAI USAHAWAN SAHAJA


Modal yang serendah RM140 sehingga RM1015 sahaja.

Anda bertindak sebagai peniaga yang hanya menjual/mempromosikan pemanis semulajadi Gula Sihat Stevia RCC kepada pelanggan anda. Melalui penjualan tersebut, anda akan memperolehi keuntungan dari untung runcit iaitu sehingga 40%  daripada harga sebenar.

Pengedar boleh mengumpul Mata Ganjaran atau Reward Point (RP) daripada setiap penjualan. 1 SET Royal Sweetener Stevia (RSS) mengandungi  2 botol = 10 Mata Ganjaran.

Contoh, setiap kali anda menjual 2 botol RSS, anda memperolehi 10 mata ganjaran. Mata ganjaran terkumpul Ini boleh tebus hadiah-hadiah yang lumayan seperti pakej umrah, baucer membeli belah, pakej percutian, barangan elektrik dan banyak lagi.

Tidak perlu ajak orang berdaftar dan tidak perlu ada kedai. Anda boleh berniaga secara online dan juga berniaga dari rumah sahaja. Tidak perlu menyimpan stok.

Keuntungan pendapatan anda adalah UNTUNG RUNCIT & KUMPUL MATA GANJARAN sahaja


KEUNTUNGAN SEBAGAI USAHAWAN DAN AGEN PEMASARAN


Keuntungan adalah sama seperti pengedar iaitu untung runcit dan kumpul mata ganjaran untuk tebus hadiah lumayan.

Namun, jika anda memilih untuk menjadi pengedar dan agen pemasaran gula stevia RCC, maka lebih banyak keuntungan yang anda perolehi berbanding pengedar sahaja.

Sebagai agen pemasaran gula stevia RCC, anda akan mendapat keuntungan daripada ahli pengguna berdaftar yang baru serta pengedar-pengedar gula stevia baru yang telah anda bimbing. Antaranya:

1. Komisen Tajaan: Anda akan mendapat komisen setiap kali mendaftar ahli baru sama ada sebagai pengguna berdaftar atau menjadi pengedar mengikut pakej pendaftaran.

– Pakej Silver: Komisen tajaan adalah RM35
– Pakej Gold : Komisen tajaan RM105
– Pakej Platinum: Komisen tajaan RM245

Syarikat RCC Global membayar komisen kepada agen-agen pemasaran yang membawa pelanggan-pelanggan gula Stevia RCC yang setia iaitu dengan menjadi pengguna berdaftar.

2. Komisen Pasangan @ Kumpulan ( Pairing ) : Setiap kali anda atau kumpulan anda mendaftarkan 2 orang ahli baru (sepasang), anda akan dapat Komisen RM15 sepasang. Komisen pasangan ini diberikan kepada syarikat seolah-olah sebagai komisen anda membimbing orang lain berniaga dan secara tidak langsung membantu mengembangkan perniagaan syarikat. Jika anda mengembangkan networking kumpulan anda, maka lebih banyak komisen kumpulan anda akan perolehi.

3. Bonus Royalty/Pencen : Setiap kali pengguna berdaftar di bawah anda membeli 1 set Royal Sweetener Stevia iaitu 2 botol, Anda layak mendapat bonus royalty; RM2 per set RSS jika anda membuat belian peribadi minimum 1 set RSS setiap bulan.

Keuntungan Pengedar dan Agen Pemasaran adalah Untung Runcit, Kumpul Mata Ganjaran, Komisen Tajaan, Komisen Kumpulan dan Bonus Royalti.


KEUNTUNGAN SEBAGAI USAHAWAN DAN STOKIS


Keuntungan adalah sama seperti pengedar. BEZANYA harga produk untuk stokis adalah lebih murah berbanding harga pengedar.

Stokis terbahagi kepada 2 iaitu STOKIS MOBILE dan STOKIS UTAMA. Untung runcit Stokis Utama lebih tinggi daripada Stokis Mobile. Anda perlu daftar sebagai pengedar terlebih dahulu sebelum menjadi Stokis.

Kumpul mata ganjaran seperti pengedar.

Tidak perlu ajak org jika tidak berminat. Keistimewaan sebagai STOKIS nama anda akan disenaraikan di dalam rangkaian stokis seluruh Malaysia, erti kata lain, seluruh agen berdaftar dan ahli berdaftar akan mencari anda.

Tidak wajib ada kedai. Jika ada kedai, satu kelebihan buat anda mempromosikan produk gula stevia kepada orang ramai dan memudahkan pelanggan mendapatkan gula stevia ini.



Ketiga-tiga jenis pengedar di atas, layak menerima Tabung Khairat Kematian dan Tabung Kebajikan jika membuat belian peribadi minimum 1 set RSS (2 botol) setiap bulan.
PENTING: Jika tiada belian peribadi setiap bulan , maka anda TIDAK LAYAK dapat Bonus Royalty, Tabung Khairat Kematian dan Tabung Kebajikan. Namun, anda masih layak menerima komisen tajaan dan Komisen Kumpulan.
Keunikan perniagaan ini adalah ia boleh diwarisi.

BAGAIMANA INGIN MENJADI USAHAWAN/AGEN GULA SIHAT STEVIA RCC?


MODAL PENGEDAR


Berapa modal untuk memulakan perniagaan gula stevia RCC ini?

Modal adalah sangat murah dan TIADA bayaran yuran bulanan atau tahunan.

Modal adalah mengikut pakej iaitu di antara RM140 hingga RM1015. Anda akan dapat antara 3 botol hingga 21 botol RSS masing-masing.



PAKEJ SILVER




Modal RM140 (Semenanjung) dan RM145 (Sabah/Sarawak)
Dapat 3 botol Royal Sweetener Stevia
Dapat 1 akaun perniagaan (Business Center @ BC)



PAKEJ GOLD





Modal RM420 (Semenanjung) dan RM435 (Sabah/Sarawak)
Dapat 9 botol Royal Sweetener Stevia
Dapat 3 akaun perniagaan (Business center @ BC)


Pakej ini menjanjikan pulangan yang selesa dan berganda kerana mempunyai 3 business center ianya ibarat 1 orang dengan 3 pendapatan, amat berbaloi mengambail pakej ini untuk menjalankan perniagaan.

PAKEJ PLATINUM





Modal RM980 (Semenanjung) dan RM1015 (Sabah/Sarawak)
Dapat 21 botol Royal Sweetener Stevia
Dapat 7 akaun perniagaan (Business center @ BC)
Ini adalah PAKEJ YANG TERBAIK jika anda serius menjana pendapatan melalui perniagaan Stevia
AKAUN PERNIAGAAN @ BUSINESS CENTER


Pakej ini amat menguntungkan pada sesiapa yang mengambilnya, ianya ibarat 1 orang dengan 7 pendapatan, setiap akaun kita dapat membentuk empayar dan menyghasilkan banyak bonus kumpulan. Pakej ini biasanya akan dipilih oleh mereka yang telah nampak potensi biz ini serta kejayaan orang yang terdahulu pastinya pakej platinum ini menjadi pilihan utama bagi mereka yang inginkan pendapatan yang tinggi.





Apa kelebihan dan kepentingan mempunyai banyak akaun Business center?

Kelebihan adalah kepada pengedar yang juga berminat menjadi agen pemasaran (Networking). Jika anda mempunyai banyak akaun business center, maka organisasi anda makin mudah berkembang dan lebih mudah mendapat komisen kumpulan daripada ahli yang berdaftar di bawah anda. Oleh itu, pendapatan akan lebih tinggi.


1 Akaun Perniagaan = Berpotensi menjana komisen kumpulan RM1800 sehari
3 Akaun Perniagaan = Berpotensi menjana komisen kumpulan RM5400 sehari
7 Akaun Perniagaan = Berpotensi menjana komisen kumpulan RM12,600 sehari


PENTING: Sila pilih pakej yang benar-benar bersesuaian kerana anda TIDAK BOLEH UPGRADE pakej. Hanya 1 nama boleh didaftarkan. Jika anda serius untuk berbisnes,anda dicadangkan memilih PAKEJ PLATINUM.









Jika anda berminat, anda perlu daftar sekarang. Kami akan menghubungi anda dengan segera setelah berdaftar untuk tujuan bimbingan dan membantu anda menjana pendapatan pendapatan melalui perniagaan pemanis gula Stevia sama ada secara sambilan atau sepenuh masa.






BONUS BERDAFTAR SEBAGAI RAKAN NIAGA ID: EMMEINAYAH

Khas Untuk Anda Semua

Ebooks PERCUMA
Harga di Pasaran: RM 225.00

+ Ebook RCC (plan pemasaran dan info penuh mengenai gula sihat stevia)
+ Ebooks Teknik Jualan Gaya Nabi Muhamad saw
+ Ebooks Seni Close Sale di Whatsapp
+ Ebooks Tawaran Meleleh dan Buku Kerja
+ Ebooks Marketing

+ Group Support Testimoni
+ Group Support Marketing & Rakan Niaga RCC
Read More...

Turunkan Berat Badan dengan Gula Sihat Stevia

Teks: Emme Marina Mohamad
Gambar: Emme Marina Mohamad



 gula menggemukkan



gula penyebab gemuk
Sejak saya mengenalkan gula sihat stevia kepada orang ramai antara salah satu penarik produk stevia ini ia mampu menurukan berat badan. Ramai yang bertanya dan hairan bagaimana sejenis gula mampu memberikan anda penurunan berat badan dan memberikan kesan pelangsingan kepada yang mengamalkannya.


Pengalaman saya sendiri menggunakan gula sihat sihat, saya berjaya menurukan berat badan dari 50kg ke 46kg dan berjaya mengekalkan berat badan sehingga kini. Walaupun berat 46kg, saya tidak lari dari mengalami masalah perut buncit atau kadang-kadang perut kembung. Antara salah satu masalah yang saya selalu hadapi sebelum ini ialah masalah lawas membuang air besar. Kadang-kadang seminggu 2 kali, adakalanya 1 kali. Tetapi sejak saya mengamalkan gula sihat stevia, masalah pelawasan saya kembali normal dan masalah perut buncit atau kembung diatasi dengan mudah. Alhamdulillah.


Antara kelebihan mengamalkan gula sihat stevia dalam menurunkan berat badan ialah:-


  • Gula sihat stevia membantu menghilangkan lapar dan menurunkan nafsu makan
  • Gula sihat stevia membantu menyahkan toksin
  • Gula sihat stevia membantu pelawasan proses pembuangan
  • Gula sihat stevia membantu melancarkan proses usus
  • Gula sihat stevia membantu menghakis lemak & kolestrol degil



Mari saya huraikan dengan lebih terperinci bagaimana gula sihat stevia ini mampu memberikan kesan penurunan berat badan seperti yang telah saya nyatakan di atas.



Gula Sihat Stevia membantu menghilangkan lapar dan mengurangkan nafsu makan


Gula sihat stevia mempunyai kosong kalori, kosong lemak, dan kosong kolestrol berbeza dengan gula pasir, 1 gram gula pasir bersamaan 4 kalori tanpa sebarang zat kepada pengamal. Dalam satu penyelidikan awal menunjukkan penggunaan gula sihat Stevia mengganggu fungsi bahagian pangkal diencephalon yang mengawal sistem saraf autonomik (hypothalamus) dan kelebihan ini dapat membantu penurunan berat badan dengan menyekat sensasi lapar. Hipotalamus adalah bahagian otak yang mengawal laparan, dahaga dan keletihan bersama-sama dengan fungsi lain. Aktiviti anti-glycemic dalam stevia turut mengawal paras glukosa darah yang merupakan salah satu punca utama berat badan. Stevia berfungsi sebagai tonik untuk meningkatkan tahap tenaga bagi mereka yang berjuang untuk penurunan berat badan.  Kajian juga menunjukkan bahawa Stevia boleh menghalang keinginan untuk makanan manis dan berminyak atau berlemak.


Tahukah pembaca sekalian bahawa Gula adalah satu penyebab kegemukan kerana 1 gram gula memberi anda 4 kalori tanpa sebarang khasiat lain. Pengambilan kalori atau gula berlebihan yang tidak digunakan oleh tubuh akan ditukar menjadi lemak. Ini akan menyebabkan kegemukan selain dari timbulnya pelbagai masalah kesihatan yang lain.


 Gula Sihat Stevia membantu menyahkan toksin/ meneutralkan asid


Gula sihat stevia adalah bersifat alkali, manakala gula pasir, karbohidrat dan protein serta pelbagai makanan yang kita sering amalkan bersifat asid. Disebabkan berlawanan sifat pH antara gula sihat stevia dan pemakanan yang lain, stevia mampu meneutralkan asid dan pada masa sama menyahkan toksin di dalam badan kita. Jika kita lihat carta makanan di bawah, pilihan pengganti gula paling bagus ialah gula sihat stevia itu sendiri, manakala pemanis tiruan sebenarnya adalah lebih bahaya daripada gula pasir. Jadi, berhati-hatilah memilih pengganti gula, jangan disebabkan anda mahu bertukar ke gula sihat menjadikan kesihatan anda bertambah teruk dan kronik.



stevia alkali


Gula sihat stevia membantu pelawasan proses pembuangan, melancarkan usus dan menghakis lemak.


Stevia adalah sumbangan penting bagi pencernaan yang lebih baik, dan ia memperbaiki fungsi keseluruhan gastro-usus. China, teh Stevia, disediakan secara panas atau sejuk, digunakan sebagai merendah kalori, pemanis teh, sebagai perangsang selera, sebagai pembantu pencernaan, sebagai bantuan pengurusan berat badan, dan awet muda.


Penerangan dari seorang Doktor Homeoterapi mengenai bagaimana gula sihat stevia dalam menangani masalah pencernaan dan usus. Serta pengawalan nafsu makan dengan gula sihat stevia.

stevia cuci usus


Testimoni berjaya Kurus dengan gula sihat stevia


Alhamdulillah. Dengan bertukar kepada gula sihat stevia, ramai pengguna telah berjaya menurukan berat badan dan mencapai kesihatan yang lebih baik. In shaa Allah selain mampu menurunkan berat badan, gula sihat stevia juga dapat menyelesaikan masalah penyakit yang turut berkait rapat dengan masalah kegemukan.


Saya doakan agar pengguna dapat terus mengamalkan gula sihat stevia bukan sahaja untuk kurus, tetapi kekalkannya sebagai pilihan gula sihat terbaik anda semua. 



Harga 

Sebotol Stevia (Bukan Ahli): RM 50
2 botol (bukan Ahli) : RM 100
3 botol : RM 140 (Percuma keahlian)

Selepas Menjadi Ahli
Harganya Menjadi 2 botol (1 set) : RM 60
** Harga tidak termasuk postage

Untuk tempahan: hubungi saya di talian
018-9100852




testimoni stevia




testimoni stevia


testimoni kurus dengan stevia


testimoni kurus dengan stevia


testimoni kurus dengan stevia


testimoni kurus dengan stevia


testimoni kurus dengan stevia


testimoni kurus dengan stevia


testimoni kurus dengan stevia


testimoni kurus dengan stevia


testimoni kurus dengan stevia


testimoni kurus dengan stevia


testimoni kurus dengan stevia

saya sendiri telah hilang 6kg dengan hanya mengamalkan gula stevia. Anda bila lagi? Tak usah siksa diri dengan cuba pelbagai produk kemudian tidak serasi atau berkemungkinan tidak lulus kkm atau ada kesan sampingan seperti cirit birit dan sebagainya. risau tau.


Berminat untuk mencuba dan mendapatkan produk stevia ini?


Harga 

Sebotol Stevia (Bukan Ahli): RM 50
2 botol (bukan Ahli) : RM 100
3 botol : RM 140 (Percuma keahlian)

Selepas Menjadi Ahli
Harganya Menjadi 2 botol (1 set) : RM 60
** Harga tidak termasuk postage


Untuk tempahan: hubungi saya di talian
018-9100852

Read More...

Friday, August 28, 2015

Akademi Belajar dari Rumah

Publish on : Friday, August 28, 2015 There is : 0 Comments Labels : , , , ,
Teks: Emme Marina Mohamad
Gambar: Logo rasmi ABDR





Akademi Bekerja di rumah (ABDR) ialah

> kumpulan sokongan khas untuk suri belajar basic berbisnes online
> kumpulan sokongan khas untuk suri belajar menjana pendapatan hanya di rumah
> kumpulan sokongan khas untuk suri bekerjaya menjana pendapatan secara sampingan
> kumpulan sokongan untuk mereka bergelar wahm
> platform untuk belajar berbisnes produk fizikal secara dropship dan produk digital ebook dan servis.


Mengapa di akademi kami banyak menggunakan kata suri? Kerana rata-rata di Malaysia sudah semakin ramai para wanita yang tidak bekerja, membuat keputusan untuk berhenti kerja, tidak mampu bekerja namun di akademi ini sebenarnya ia tidak terhad kepada suri sahaja, walaupun anda bekerja sepenuh masa, atau seorang lelaki atau wanita bujang. Tidak menjadi kesalahan untuk menyertai kami di sini. Cuma pada awal penubuhan ABDR kami fokuskan kepada wanita-wanita suri rumah ini supaya dapat bersama-sama para suami menjana kewangan dari rumah mereka sendiri.


Di akademi kami bakal mendedahkan bagaimana dan cara untuk anda jadikan coretan harian, serta penulisan blog kepada lubuk duit anda. In shaa Allah, dunia internet ini jangan terlalu fokus pada 2 perkara, iaitu dunia facebook atau dunia instagram sahaja. Sedangkan dunia google itu jauh lebih luas. Jadikan blog anda sebagai carian nombor satu rakyat Malaysia apabila kata kunci yang mereka inginkan terus mendarat di blog anda.


Jika anda berminat untuk menyertai akademi ABDR kami, boleh terus hubungi saya, Emme Marina Mohamad di talian 018-9100852. Semoga maju jaya.
Read More...

Thursday, August 27, 2015

Kebaikan Pokok Manis Stevia Berbanding Gula Biasa

Teks: Emme Marina Mohamad
Gambar: Carian google

tukar gula kepada stevia

Bagaimana gula boleh menjejaskan kesihatan?

• Gula tidak menjejaskan mana-mana bahagian tubuh tetapi ia merubah kimia darah.
• Gula tidak menyebabkan sakit jantung secara lansung tetapi ia menjadikan platelet darah melekit dan ini meningkatkan risiko pembekuan darah dalaman yang boleh membawa kepada serangan jantung dan strok melalui lemak darah.
• Gula adalah satu penyebab kegemukan kerana 1 gram gula memberi anda 4 kalori tanpa sebarang khasiat lain. Pengambilan kalori atau gula berlebihan yang tidak digunakan oleh tubuh akan ditukar menjadi lemak.
• 24 sudu teh gula boleh menyebabkan keberkesanan sel darah putih menurun sebanyak 92 dan ini memakan masa sehingga 5 jam.
Proses penuaan menjadi lebih cepat menerusi pemecahan oksigen akibat pengambilan gula.
Read More...

Erti Sebuah REZEKI

Publish on : Thursday, August 27, 2015 There is : 0 Comments Labels : , ,
Teks: Emme Marina Mohamad

Semoga perkongsian ini dapat menjadikan manfaat kepada pembaca-pembaca semua. Jika ilmu ini bermanfaat, kongsikanlah kepada pembaca-pembaca yang lain. Saya doakan agar pembaca semua memperoleh rezeki yang berkat daripada amalan soleh ini. Mari kita hayati erti sebenar rezeki.

✅ Maksud REZEKI adalah:
- kasih sayang
- kewangan
- kesihatan
- ibadah

✅ Nak dapat income RM50,000 sebulan wajib SEDEKAH 10% dlm RM5000 bulan tu baru Allah bagi RM50,000

✅ Lepas solat sedekahkan Al-Fatihah pada mak ayah.. Call mak setiap hari.. Mintak maaf dgn mak.. Mintak mak redha dgn apa yg kita buat..

✅ Nak rezeki melimpah ruah.. Bukak tabung-tabung berikut:
1. Tabung Zakat
2. Tabung Sedekah
3. Tabung Wakaf
4. Tabung Infak
**pergi pejabat zakat berdekatan.. Tanya terus dengan mereka bagaimana nak buka tabung-tabung ini**

✅ Ramai yg sebuk jaga rezeki dengan orang tapi LUPA & TAK JAGA hubungan dengan PEMBERI REZEKI (ALLAH SWT)

AMALAN MENJEMPUT REZEKI YANG WAJIB BUAT:
1. Solat awal waktu
Lelaki - 10 ke 20 minit sebelum azan mesti dah ada kat masjid!

2. Solat Dhuha
- eksklusifkan masa dengan Allah dahulu sebelum buat kerja lain
- Baca surah Al-Waqiah selepas Dhuha (kita tidak akan miskin sampai bila-bila)
- Bilangan rakaat biasanya buat 2 rakaat, cuma tambah jadi 4, 6 & 8.. Ikut kemampuan.. Setiap 2 rakaat kena bagi salam..

✅ Jadilah JUTAWAN yg memberi manafaat pada orang lain!

3. Tahajjud
- buat 7 hari berturut-turut kemudian dah biasa.. Buat secara konsisten
- Buat presentation dengan Allah di waktu 1 per tiga malam.. Cerita plan marketing pada Allah terus! Kalau cerita pada manusia..kalau orang taknak kita akan kecewa! Tapi present plan pada Allah..kita takkan rasa kecewa.. merintih pada Allah apa yang kita nak.. Apa yang kita impikan.. Apa yg kita nak capai dlm hidup! Biar jelas.. Kalau nak jadi jutawan..doa nak jadi jutawan berkat tahun ni..
- Mintak semua pada Allah.. Nak pakai Ferrari.. Nak ada RM10juta dalam akaun bank dalam masa 2 tahun.. Nak hantar mak ayah pergi umrah tahun ini.. Nak beli rumah bunglo.. Impian kena jelas! Mintak semua pada Allah.. Mintak yg besar2 terus sebab Allah maha kaya maha pemurah!

✅ Belajar berlapang dada.. Redha dengan setiap masalah & ujian yg Allah bagi.. Contoh ada orang hutang kita bertahun-tahun tak bayar.. Redha kan semua tu.. Belajar redha.. Sebab ada orang pinjam 90ribu dah bertahun-tahun tak bayar..pastu dia belajar redha.. Tak sampai seminggu Allah balas balik dia berjaya jual tanah bernilai RM340,000 yg 10 tahun lepas punya kes..

4. Sedekah
- beri sedekah dengan perasaan.. Contohnya,
Ya Allah asbab aku memberi ni aku dapat jadi jutawan (semasa nak sedekah tu niat macamm ni dengan penuh perasaan)

✅ Buat TABUNG SUBUH

- Masukkan duit setiap hari selepas subuh.. Masukkan dengan penuh perasaan & doa pada Allah.. Cukup sebulan duit tabung tu keluarkan & sedekah pada masjid @ rumah kebajikan @ maahad tahfiz dll..
Formula YAKIN
1. Yakin
2. Yakin
3. Yakin
4. Yakin
5. Yakin
6. Yakin
7. Yakin
8. Yakin
9. Yakin
10. Doa
11. Usaha
12. Tawakkal
9 kali kena yakin!!

5. Baca Al-Quran
- paling malas minimum 1 baris dengan terjemahan.. Buat setiap hari.. Jadikan amalan!
- Kalau bersedih.. Baca Quran.. Kalau sakit.. Baca Quran..

6. Istighfar setiap hari
- baca zikir 'Ya Wahhab' je 100 kali setiap hari.. Lagi bagus setiap solat 100x.. Pastu naikkan 1000x sampai la mampu buat 100,000 zikir..

7. Jaga Wuduk setiap hari
- latih badan sentiasa ada wuduk.. Kalau masalah kentut.. Buat ikut kemampuan sampailah masalah kentut tu hilang.. Hehe! Contoh dlm wuduk pastu pergi jumpa client.. Pasti terkentut.. Jangan la pi ambik wuduk plk.. Lepas dh jumpa client baru la ambik wuduk sebab masih dalam proses latihan.. Beri kelonggaran pada diri anda sendiri.. Jangan berubah secara drastik..

✅ Latih diri MEMBERI diwaktu tiada bukan bila dah KAYA!

Bila kita berbicara tentang sedekah, ada yang mengeluh kerana tiadanya wang, ada yang tiada langsung untuk diberikan. Saya faham. Jika kita tidak mempunyai sebarang wang untuk diberikan, maka lakukanlah perkara kebaikkan, kerana kebaikkan itu juga merupakan sedekah. Yang penting, hiasi niat kita dengan kebajikan dan mengharapkan sesuatu hanya dari Allah s.w.t
Read More...

Tuesday, August 25, 2015

Lirik Zikir Taubat Nasuha

Publish on : Tuesday, August 25, 2015 There is : 0 Comments Labels : ,

Astaghfirullah Rabbal Barroya

(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat)
Astaghfirullah Minal khotoya.
(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa)
...4X
Rabbi zidni 'ilman naa fi'a
(Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna)
Wa wa fiqni 'amalam maqbula
(Dan berikanlah aku amalan yang dimakbulkan)
Wa Wa habli rizqan waasi'a
(Dan kurniakan kepadaku rezeki yang meluas)
Wa tub 'alaia taubatan nasuha 2X
(Dan perkenankan taubatku dengan taubat nasuha)
Astaghfirullah Rabbal Barroya
(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat)
Astaghfirullah Minal khotoya.
(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa)
...2X
Rabbi zidni 'ilman naa fi'a
(Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna)
Wa wa fiqni 'amalam maqbula
(Dan berikanlah aku amalan yang dimakbulkan)
Wa Wa habli rizqan waasi'a
(Dan kurniakan kepadaku rezeki yang meluas)
Wa tub 'alaia taubatan nasuha 2X
(Dan perkenankan taubatku dengan taubat nasuha)
Astaghfirullah Rabbal Barroya
(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat)
Astaghfirullah Minal khotoya.
(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa)
...2X
Semoga selain berzikir dapat kita selami maksudnya.
Read More...

Monday, August 24, 2015

Wham Diari: Harijadi Kakak dan Bermanda di Pantai Sepat

Publish on : Monday, August 24, 2015 There is : 0 Comments Labels : ,
Teks:Emme Marina Mohamad
Gambar: Emme Marina Mohamad

Semalam 23 Ogos merupakan tarikh hari lahir anak sulong kami, Balqis Mia Kiyora binti Anuar. Dilahirkan di Hospital Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada jam 4.52 petang. Pada bulan Ramadhan. Itu pun selepas overdue 4 hari dari tarikh jangkaan. He. Mengimbas kenangan pula mama ni bukan?
Sudah 5 tahun usia kakak sekarang. Personaliti juga sudah mula terbentuk. Seorang yang nampak lembut tetapi garang, suka tiru jadi mama dan membebel pada adik-adiknya. Wajah yang matang tetapi badannya halus kecil. Saya suka lihat senyuman kakak, nampak lesung pipit di pipi kiri. Manis sekali.

Semalam juga kami sekeluarga menyambut hari jadi kakak yang ke 5 tahun di Pantai Sepat, Kuantan. Memandang sudah lama tidak bawa anak-anak bermandi-manda saya pujuk-pujuk juga suami untuk bawa anak-anak bermandi. Walaupun sekarang musim hujan di Pahang tetapi apabila kami sampai semalam. Ramai sungguh orang yang datang berpiknik dan bermandi-manda di situ. Anak-anak dah tak sabar untuk turun bermandi laut dan ini juga kali pertama bagi anak yang bongsu bermain di air. Nampak sangat kami sudah jarang bercuti. Saya suka lihat anak bermandi di pantai atau kolam walaupun saya jarang ikut serta.

Alhamdulillah, lihat anak gembira merupakan satu anugerah yang tidak terhingga. Biasanya hari sabtu dan ahad saya tidak berniaga. Off semua business dan tumpukan pada keluarga. Keluarga kitalah harta yang tidak ternilai bukan? Lagipun duit yang banyak hendak diberikan pada siapa selain daripada anak-anak tercinta. Sejak jadi pengurus online Kelas Coaching Asas Blog ni, Alhamdulillah banyak yang dapat saya pelajari. Bisnes secara teratur, menguruskan masa. Saya orang baru di alam perniagaan, semoga Allah memberkati urusan saya dan perniagaan ini. Saya juga nak jadi surirumah berjaya dan bekerjaya. Amin



Gembira dapat lihat anak-anak dan suami bersama. Dah lama ajak suami turun ke pantai. Seronok kan bersama keluarga?


3 orang puteri kesayangan saya, kecil tapi lasak! 
Read More...