Thursday, August 20, 2015

9 Jalan Keluar dari Belenggu Masalah

Publish on : Thursday, August 20, 2015 There is : 0 Comments Labels : , ,
Teks: Emme Marina Mohamad

BAGAIMANA MAHU KELUAR DARI MASALAH ?

Setiap orang, asalkan namanya manusia dan makhluk, hidupnya itu sendiri adalah ujian.
Masalah adalah sebahagian bentuk ujian untuk mematangkan dan menambah iman kita pada Allah swt.


Orang berniaga apatah lagi. Ujian lebih besar dan lebih berat untuk dihadapi. Itu pakej kekayaan dan kebahagiaan. Percayakah, semua orang termasuk saya juga melaluinya.


Ujian bagi setiap orang ini pelbagai rupa. Cuma, masalah paling besar ialah kita buntu, stress dan terlalu melayan masalah. Bagaimana boleh keluar ?


1. Bersyukur setiap pagi, kita masih dihidupkan bagi teruskan perjuangan.
2. Redho setiap hari, bahawa itulah situasi yang kita harus tempuhi. Bukan pilihan kita, tapi pasti ada hikmah.
3. Never blame others. Usah menuding jari lagi. Bekajar untuk merenung jauh dalam diri sendiri. Mengapa aku diuji ?
4. Sabar dan Solat. Cari ketenangan di Masjid dan atas sejadah. Tuhan rindu untuk dengar rintihan dan rayuan kita.
5. Berpuasa, apabila berpuasa, kita secara automatik mendidik diri menjadi hamba yang lebih tenang dan lapang.
6. Banyakkan bersedekah. Memberi tidak semestinya wang. Apa sahaja alatnya tidak penting, tetapi sejauh mana kepercayaan kita dan keyakinan dalam setiap sedekah kita.
7. Memaafkan semua orang. Buang ego jauh-jauh, usah rasa besar dan mahu menang lagi. Tiada guna jaguh tetapi jiwa tidak tenteram. Muhasabah diri setiap masa.
8. Tawakal, serah segalanya bulat bulat kepada Allah swt. Hanya dia tempat kita meminta pertolongan dan bergantung harap. Bulatkan hati selepas puas berusaha.
9. Sucikan harta dengan Zakat. Kita terlalu diajar tentang simpanan menuju kekayaan. Kita dipaku otak dengan cerita Asb, Emas, Fix Deposit dan sebagainya. Bagaimana kalau kita belajar menghayati erti besar sebalik kewajipan berzakat ?


Percayalah, Tuhan tidak akan uji kita diluar kemampuan kita. Dia mahu jentik minda dan jiwa kita, supaya sedar bahawa semuanya dari Dia. Tiada apa pun yang kita punya. Kita hanya penumpang, yang diuji di atas dunia nan sementara.


Masih terasa penat dan resah ? Itu bukan tanda masalah kita besar, tetapi tandanya jiwa kita masih kosong. Orang bisnes, carilah damai di hati. InshaAllah, kekayaan-kebahagiaan-keberkatan terus mendekati.



Salam Kejayaan penuh Berkat.
Salam Sayang jangan bimbang.
Saudagar Jalanan Berkongsi Inspirasi.

No comments:

Post a Comment