Akademi Belajar dari Rumah

Teks: Emme Marina Mohamad
Gambar: Logo rasmi ABDR





Akademi Bekerja di rumah (ABDR) ialah

> kumpulan sokongan khas untuk suri belajar basic berbisnes online
> kumpulan sokongan khas untuk suri belajar menjana pendapatan hanya di rumah
> kumpulan sokongan khas untuk suri bekerjaya menjana pendapatan secara sampingan
> kumpulan sokongan untuk mereka bergelar wahm
> platform untuk belajar berbisnes produk fizikal secara dropship dan produk digital ebook dan servis.


Mengapa di akademi kami banyak menggunakan kata suri? Kerana rata-rata di Malaysia sudah semakin ramai para wanita yang tidak bekerja, membuat keputusan untuk berhenti kerja, tidak mampu bekerja namun di akademi ini sebenarnya ia tidak terhad kepada suri sahaja, walaupun anda bekerja sepenuh masa, atau seorang lelaki atau wanita bujang. Tidak menjadi kesalahan untuk menyertai kami di sini. Cuma pada awal penubuhan ABDR kami fokuskan kepada wanita-wanita suri rumah ini supaya dapat bersama-sama para suami menjana kewangan dari rumah mereka sendiri.


Di akademi kami bakal mendedahkan bagaimana dan cara untuk anda jadikan coretan harian, serta penulisan blog kepada lubuk duit anda. In shaa Allah, dunia internet ini jangan terlalu fokus pada 2 perkara, iaitu dunia facebook atau dunia instagram sahaja. Sedangkan dunia google itu jauh lebih luas. Jadikan blog anda sebagai carian nombor satu rakyat Malaysia apabila kata kunci yang mereka inginkan terus mendarat di blog anda.


Jika anda berminat untuk menyertai akademi ABDR kami, boleh terus hubungi saya, Emme Marina Mohamad di talian 018-9100852. Semoga maju jaya.

Catat Ulasan

0 Ulasan