Keburukan Mengamalkan Gula Biasa (Gula Pasir)

Teks: Emme Marina Mohamad
Gambar: Carian google



Kesedaran tentang keburukkan dan bahaya mengenai gula biasa di Malaysia masih berada di tahap yang rendah. Walaupun pemberitahuan telah dibuat, artikel di majalah atau di surat khabar namun ramai di kalangan kita masih mengamalkan sikap endah tidak endah. Yang lebih menyedihkan apabila mereka yang didiagnosiskan sebagai pesakit Kencing Manis masih tetap gemar mengamalkan gula biasa tanpa sebarang kerisauan.



Tahukah anda Malaysia merupakan negara ketiga terbanyak yang sangat sukakan GULA? Klik SINI


Hampir keseluruhan seharian kita dihabiskan dengan minuman dan makanan yang mengandungi gula. 1 daripada 5 orang dewasa menghidap penyakit Kencing Manis. Ini cukup membukti trending peningkatan tahap kesihatan yang membimbangkan di kalangan rakyat Malaysia. 





gula penyebab diabetes


Prof. Muhaya telah mengeluarkan satu kenyataan mengenai bahaya gula. Ini menunjukkan bahawa kita semua perlu mengambil berat tentang bahayanya kesan gula terhadap diri kita. 


bahaya gula prof muhaya

Apa sebenarnya kesan negatif pengambilan gula pasir terhadap badan kita?

  • Menurunkan sistem kekebalan tubuh dan merosakkan pertahanan tubuh dalam melawan penyakit kerana infeksi.
  • Gula mengganggu mineral dalam tubuh, yang mengakibatkan kekurangan kromium dan tembaga, serta mengganggu penyerapan kalsium dan magnesium.
  • Mengakibatkan peningkatan hormon adrelin, menyebabkan hiperaktif, sukar untuk fokus serta cepat tersinggung (terutamanya bagi kanak-kanak).
  • Menyebabkan peningkatan kolestrol dalam badan.
  • Menyebabkan masalah pencernaan, kegagalan penyerapan makanan pada usus.
  • Mengakibatkan penuaan menjadi lebih cepat.
  • Gula merupakan makanan kepada penyakit kanser.
  • Gula menyebabkan ketagihan (kajian telah mensahkan bahawa ketagihan gula sama seperti ketagihan terhadap dadah dan alkohol)
  • Menyebabkan air liur menjadi masam, masalah mulut berbau dan kerosakkan gigi.
  • Gula menyebabkan keradangan kulit.
  • Gula mengandungi asid yang tinggi dan tinggal di dalam tubuh badan.

78 PENYAKIT AKIBAT PENGAMBILAN GULA

Tahukah anda, terdapat lebih dari 70 mudarat pengambilan gula putih atau gula pasir berlebihan. Hari ini saya ingin kongsikan 78 kesan buruk pengambilan gula putih.

1. Melemahkan sistem imunisasi.
2. Mengganggu imbangan galian dalam tubuh.
3. Menjadi penyebab rasa mengantuk dan kurang cergas.
4. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran.
5. Menyebabkan kanak-kanak mengantuk, gelisah dan nakal.
6. Meningkatkan paras trigliserid ( minyak dan lemak )
7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan penyakit.
8. Merosakkan buah pinggang.
9. Mengurangkan kolestrol baik (HDLs)
10. Menggalakkan pertumbuhan kolestrol jahat yang berbahaya (LDLs)

11. Mengurangkan kromium dalam badan.
12. Mengurangkan kupram dalam badan.
13. Mengganggu serapan kalsium dan magnasium oleh sistem badan.
14. Menyebabkan kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat dan dubur.
15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi.
16. Faktor kepada kanser pundi hempedu.
17. Meningkatkan tahap glukosa dalam darah dengan cepat.
18. Melemahkan penglihatan.
19. Meningkatkan paras seronin yang menyempitkan pembuluh darah.
20. Penyebab hipoglisemia.

21. Penyebab perut berasid.
22. Meningkatkan paras adrenalin di kalangan kanak-kanak.
23. Meningkatkan risiko penyakit jantung kronori.
24. Mempercepatkan proses penuaan, kulit berkedut dan uban pada rambut.
25. Membawa kepada ketagihan alkohol.
26. Merosakkan gigi.
27. Penyumbang utama kegemukan.
28. Meningkatkan risiko penyakit crohn dan colitis berulser.
29. Penyebab bengkak saluran usus di kalangan pesakit gastrik.
30. Penyebab arthritis.

31. Penyebab lelah.
32. Pembentukan batu di dalam ginjal.
33. Penyebab pembentukan yis dan kandiasis.
34. Penyebab pembentukan batu karang dalam hempedu.
35. Penyebab sakit jantung iskemik.
36. Penyebab sakit apandiks.
37. Merangsang tanda-tanda multiple scierosis.
38. Penyebab pendarahan.
39. Penyebab Vena Varikos.
40. Meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin kepada pengamal pil pencegah kehamilan.

41. Penyebab penyakit gusi.
42. Penyumbang kepada osteoporosis.
43. Penyebab kemerosotans ensitiviti insulin.
44. Penyebab air liur berasid.
45. Penyebab kemerosotan toleransi glukosa.
46. Mengurangkan hormon tumbesaran.
47. Meningkatkan kolestrol dalam badan.
48. Meningkatkan tekanan darah sistolik.
49. Menyebabkan struktur protin bertukar hingga mengganggu serapan protin oleh tubuh.
50. Penyebab alergi terhadap makanan.

51. Penyumbang kepada penyakit kencing manis.
52. Penyebab keracunan darah semasa hamil.
53. Penyebab akzema kepada kanak-kanak.
54. Penyebab penyakit kardiovaskular.
55. Melemahkan struktur DNA.
56. Penyebab katarak.
57. Penyebab emfiserma.
58. Penyebab arteriosclerosis.
59. Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah.
60. Merendahkan kemampuan enzim.

61. Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya.
62. Penyebab sel hati etrbahagi dan ini akan meningkatkan saiz hati.
63. Meningkatkan lemak di dalam hati.
64. Membesarkan saiz buah pinggang.
65. Memberi tekanan tinggi dan kerosakan kepada pankreas.
66. Meningkatkan retensi cecair dalam badan.
67. Penyebab sembelit.
68. Penyebab rabun mata.
69. Penyebab lapisan rerambut.
70. Penyebab hipertensi.

71. Penyebab sakit kepala.
72. Mengganggu kemampuan berfikir.
73. Penyebab kemurungan.
74. Meningkatkan tindak balas insulin.
75. Penyebab penapaian bakteria di dalam usus.
76. Penyebab ketidak seimbangan hormon.
77. Meningkatkan risiko darah beku dalam badan.
78. Meningkatkan risiko penyakit Alzheimer. 






Catat Ulasan

0 Ulasan