Tuesday, September 29, 2015

Adab Bersahabat Dalam Islam

Publish on : Tuesday, September 29, 2015 There is : 0 Comments Labels : ,
ADAB BERSAHABAT

Oleh: Imam Ghazali

1)Mengutamakan sahabat dengan harta bendanya. Jika tidak mampu berbuat demikian maka hendaklah ia memberikan kepada sahabatnya apa-apa yang lebih dari hajat dirinya.
2)Menolong sahabat dengan diri pada segala hajatnya dengan cara bersegera, sebelum sahabat itu meminta tolong.
3)Menyembunyikan rahsia sahabatnya.
4)Menutup keaiban sahabatnya.
5)Berdiam daripada menyampaikan perkataan orang lain yang mencela sahabat kita.
6)Menyampaikan segala perkataan orang lain yang memuji sahabat kita.
7)Mendengar dengan baik apabila sahabat bercakap dengan kita.
8)Meninggalkan perbalahan dengan sahabat.
9)Memanggil sahabat dengan nama yang disukainya.
10)Memuji sahabat akan kebaikannya.
11)Berterima kasih kepada sahabat atas kebaikannya.
12)Menegah orang lain daripada mengumpat sahabat kita seperti kita membela diri sendiri.
13)Memberi nasihat dengan cara yang lemah lembut dan bahasa yang halus apabila hendak menasihati sahabat kita.
14)Memaafkan segala kesilapan sahabat dan janganlah mencelanya.
15)Mendoakan sahabat ketika sahabat itu masih hidup atau telah meninggal dunia.
16)Mengekalkan ukhwah terhadap keluarga sahabat selepas kematian sahabat itu.
17)Jangan suka membebankan sahabat.
18)Menyatakan rasa kesukaan dengan segala yang menyukakan hati sahabat itu dan menyatakan kesusahan terhadap apa yang menyusahkan hati sahabat itu (gembira dan sedih bersama, susah dan senang bersama)
19)Menyamakan antara hakikat kecintaan yang wujud di dalam hati dengan apa yang nampak di luar, maka dengan itu barulah kecintaan itu dianggap benar.
20)Memulakan memberi salam ketika bertemu dengan sahabat.
21)Meluaskan tempat duduk kepada sahabat ketika di dalam majlis dan hendaklah berpindah ke tempat lain jika tidak dapat berbuat demikian (memberikan sahabat kita tempat duduk)
22)Hendaklah kita menghantar sahabat ke muka pintu apabila sahabat itu keluar dari rumah kita.
23)Hendaklah berdiam ketika sahabat sedang bercakap sehingga selesai percakapannya dan janganlah mencelah ketika sahabat itu sedang bercakap.

Syukran wa jazakumullah khairan kepada para sahabat yang telah menunaikannya dan mohon kemaafan jika hamba yang lemah ini tak mampu lagi menunaikannya pada antum...

Semoga kita berkumpul semula di Syurga nanti...
Namun alangkah sukarnya beradab dalam bersahabat...
maafkan segalanya salah/silap saya wahai sahabatku. 

Semoga Allah sentiasa merahmati dan meredhai sahabat semua dan kasih sayang Allah sentiasa kalian semua.

☺ Sedikit perkongsian dlm mencari redho Allah swt..

No comments:

Post a Comment