Tuesday, September 15, 2015

Blog Pilihan Akademi Bekerja dari Rumah (ABDR)

Publish on : Tuesday, September 15, 2015 There is : 0 Comments Labels : , , , , ,


Saya memulakan bisnes secara online bermula pada tahun 2012.Bulan Julai.Ya masih ingat.Asalnya waktu itu anak saya masih 3-4 bulan.Saya amat meminati softbook.Setiap bulan menjadi satu kemestian untuk saya mencari softbook atau clothbook baru untuk anak saya.Saya terlalu minat sehingga memperuntukkan wang untuk membeli softbook setiap bulan.


Disebabkan bakat keusahawanan dalam diri dah menebal.Saya cari-cari lagi sumber mana untuk saya pula yang boleh jual softbook ini.Kerana saya lihat penjual online hanyalah individu biasa seperti saya.Bukan syarikat.Pastinya ada sumber yang boleh dibeli secara borong.Waktu itu saya belum pernah dengar perkataan 'dropship'.Jadi misi saya hanyalah membeli secara borong dan menjual secara dalam talian.


Tanpa apa-apa ilmu berniaga secara online saya mulakan langkah pertama membina blog.Menjual seperti peniaga internet yang saya pernah beli.Ini lah bblog pertama saya.Tanpa ilmu.Saya rempuhi jua. http://littlemunas.blogspot.my/ .


Kemudian saya mula buat sendiri facebook page sendiri secara cuba jaya tanpa ilmu.Jadi inilah hasilnya.Masih digunakan sehinggan hari ini.https://www.facebook.com/littlemunas. 6-9 bulan pertama memulakan bisnes adalah sekadar ikut-ikutan.Penetapan harga,cara belian,medium jualan dan barang jualan sendiri lebih kepada cuba jaya.Yang saya rujuk waktu itu hanyalah internet.Forum jualan dan selebihnya 'syok sendiri'.


Saya teruja berniaga di internet dan mula pasang azam untuk menjadikan ini bisnes sepenuh masa.Mula angan-angan bekerja dari rumah.Dari azam dan angan-angan 2012 itulah segalanya mula berkembang dan menunjukkan hasil.


Berkenalan dengan penulis, puan Roslina Sobri


Kelas asas blog dan penulisan.
Nota 1: Semak balik pada label catatan bisnes, catatan pengalaman, nota bisnes.
Nota 2: Ini perkara yang sama iaitu soalan analisa no 3 iaitu tentang pengalaman bisnes.
Nota 3: Catatan pengalaman adalah paling mudah untuk kita tulis. Tulis dan kembangkan ia dari kita mula sampai artikel terbaru.
Nota 4: Untuk nota catatan pengalaman bisnes ini sangat banyak boleh ditulis, kalau kita pengusaha tudung kita tulis pengalaman bisnes tudung. Boleh dijadikan ebook.
Kalau bisnes butik dan fesyen, tuliskan ia. Juga boleh dijadikan ebook pengalaman bisnes. Ia mungkin boleh dijadikan rujukan untuk agen.



hashtag: #akademibekerjadarirumah #menjanapendapatandarirumah #surirumahjugabolehberbisnes
#bekerjadarirumah #wahm #soho #sahm #surirumahdankerja #buatduitdarirumah #pengurusonlineabdr #emmemarinamohamad #kelasasasbinablog #kelasblogonline #rakanniagaakademibekerjadarirumah

No comments:

Post a Comment