Gula Itu Racun

Teks: Emme Marina Mohamad

Saya yakin setiap rumah memiliki gula tidak kira sama ada sedikit atau banyak. Gula putih atau gula perang. Tetap merupakan gula yang mempunyai kalori dan kolestrol yang bakal merosakkan tubuh badan kita.

Gula mempunyai kemanisan rasa yang sangat enak tetapi tanpa kita sedari gula ini sedang memakan badan kita sikit demi sedikit. "GULA PEMBUNUH SENYAP" inilah gelaran kepada gula yang sedang anda nikmati di rumah anda sekarang.

Mari luangkan sedikit masa anda semua untuk membaca artikel terbaru mengenai gula sebagai racun. Saya berharap agar apa yang saya kongsikan ini dapat membuka mata dan minda anda semua. Sayangilah diri kita, anak-anak serta keluarga anda dari mengamalkan gula racun ini.

GULA ITU RACUN
- BERNAMA@2015

Rasa gula sememangnya manis tetapi di sebalik kemanisan itu ia sebenarnya mengundang bahaya!

Pada 1929, Sir Frederick Banting, penemu bersama insulin (hormon utama mengawal metabolisme glukos dalam tubuh manusia) mendapati diabetes ialah penyakit lazim dalam kalangan pemilik ladang tebu warga asing di Panama sementara pemotong tebu yang terdiri daripada penduduk peribumi Panama tidak menghidap penyakit kronik itu.

Sebabnya? pemilik ladang tebu mengambil gula putih halus yang dihasilkan daripada tebu dengan kadar yang banyak sedangkan pemotong tebu sekadar mengunyah keratan tebu!

Impak negatif gula putih halus turut ditekankan pakar pemakanan dunia yang tersohor, Dr William Coda Martin.

Pada 1957, beliau tampil mengklasifikasi gula putih halus sebagai 'racun'! Dr Martin membuat takrifan ini daripada segi perubatan kerana gula merupakan antara bahan yang jika diaplikasi ke tubuh, ditelan atau diproses di dalam tubuh akan menyebabkan atau mungkin menyebabkan penyakit.

Beliau turut mengklasifikasi gula sebagai racun kerana kandungan vitamin dan galiannya rendah dan apa yang tinggal hanyalah karbohidrat tulen.

Tetapi gula akan 'melahap' vitamin dan galian yang berharga daripada tubuh manusia antaranya untuk tujuan pencernaan dan detoksifikasi.

Pengambilan gula setiap hari juga dilapor menghasilkan keadaan lebihan asid dan galian di dalam tubuh dan ketidakseimbangan ini perlu diperbetul.

Catat Ulasan

0 Ulasan