Gula Sihat Stevia sebagai Supplement Harian

Teks: Emme Marina Mohamad
Gambar: Emme Marina Mohamad
Setiap hari kita digalakkan meminum 8 gelas air kosong bagi menjaga kesihatan tubuh badan. Tetapi saya harus akui ianya bukan sesuatu perkara yang mudah untuk dibuat. Saya sendiri mula untuk mengamalkan air kosong sejak tahun lepas, selepas kelahiran anak ketiga saya.
Tujuan saya minum 2 liter ke 3 liter sehari atas sebab
1) saya memberi anak saya susu badan secara ekslusif, jadi meminum air kosong yang banyak adalah perkara yang wajib jika saya ingin konsisten memberi susu badan kepada anak saya.
2) menurunkan berat badan dan mengurangkan minuman manis. Saya memang penggemar manis dan saya akui saya hanya akan minum air sejuk dan manis sahaja setiap hari. Tetapi sejak saya mula belajar cara diet dan makanan yang sihat, saya dapati meminum minuman yang manis dan bersusu merupakan cara yang salah malah mengakibatkan kegemukan bertambah.
3) melancarkan sistem badan kerana 70% dalam badan kita mengandungi air bukan? Jadi medium air kosong merupakan cara kita menjaga sistem pencernaan kita serta fungsi ginjal.
Namun minum air kosong bukanlah Kegemaran saya. Ianya pahit, payau. Terus terang saya tak sukakannya. Tetapi, berita baik buat saya. Dengan gula sihat stevia saya boleh titiskan gula sihat stevia ini ke dalam air kosong saya dan jadikannya lebih baik dari meminum air kosong sahaja!
Caranya mudah:
Hanya perlu titikkan sahaja gula sihat stevia ini ke dalam air kosong dan minum!
Rasanya manis, sedap dan mengurangkan rasa tidak suka kepada air kosong.
Hasilnya
1. Susu badan yang lebih sihat, saya dapati susu badan seperti lebih banyak dari minum air kosong sahaja.
2. Melancarkan dan mencuci usus dan pencernaan saya, bagaimana saya tahu? Setiap hari saya lawas berbanding sebelum ini. Sehari satu kali berbanding seminggu adakalanya tiada. Juga tiada lagi masalah sembelit.
3. Berjaya menurunkan berat badan sebanyak 4kg dalam masa 2 minggu dan sekarang perut kempis dan menten 46kg.
4. Kesihatan yang lebih baik dari sebelum ni. Lebih bertenaga, kenyang sepanjang hari, kurang sakit, cerdas dan lebih fokus.
5. Antara perkara yang saya perasan ialah kulit saya menjadi lebih licin dan kurang kering. Kerana saya miliki kulit kering dan senang menggelupas.
Sebenarnya banyak lagi kelebihan mengamalkan gula sihat stevia ini sebagai supplement harian anda. Selain digunakan sebagai pengganti gula pasir yang membahayakan kesihatan anda. Ianya serbaguna dan boleh digunakan sebagai serum dan anti septic bagi rawatan wajah dan luka.
Sehingga saya kongsikan lagi faedah-faedah memiliki gula sihat stevia di rumah anda ya. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca entri hari ini.

Catat Ulasan

0 Ulasan