Tuesday, September 08, 2015

Kuasa Beli Melalui Online

Publish on : Tuesday, September 08, 2015 There is : 0 Comments Labels : , , , , ,
Kewujudan  peranti  seperti  telefon  pintar,  tablet  serta promosi  agresif syarikat telekomunikasi  tentang  pakej  internet  menyebabkan  penggunaan  media social seperti  facebok,  YouTube  dan  Twitter semakin  meluas  dan  agresif. 

Laporan  United  Nations,  International  Telecommunication  Union  (ITU) Malaysia mencatatkan  kadar  keempat  tertinggi  mempunyai  digital  natives  di dunia.   

Digital  natives  ditakrifkan  dalam  laporan  tersebut  sebagai  belia berumur 15 hingga  24  tahun  yang  menggunakan  internet  secara aktif  sekurang-kurangnya selama lima tahun. 

Kajian  yang  dijalankan  secara  usahasama dengan  Institut  Teknologi  Georgia  itu menunjukkan  13.4  peratus  atau  lebih  3.9 juta rakyat  Malaysia  sebagai  digital natives,  menyumbang  hampir suku  daripada belia negara.  

Jumlah  rakyat Malaysia  kini  telah  mencecah  30  juta  orang  (februari  2014). 

Menurut  laporan  statistik  penggunaan  internet  di  Malaysia pada  2012:
-Sejumlah  13  juta  pengguna facebook  di  Malaysia
-Pengguna internet  di  Malaysia melayari  laman  rangkaian  social  14  bilion  kali setiap  bulan
-Pengguna internet  di  Malaysia menghabiskan  hampri  20  jam  setiap  minggu dalam  talian  
-80  peratus  pengguna  Malaysia  suka memuat  turun  video,  diikuti  dengan  51 peratus  aktif  dalam  aktiviti  You  Tube
-32.1  peratus  memeang  bahagian  terbesar minit  dalam  talian  adalah  dalam kalangan  orang  di  Malaysia diikuti  11.5  peratus  untuk  hiburan
-87.9  peratus  daripada pengguna  Malaysia mengakses  facebook.
-67  peratus  video  You  Tube ditonton  oleh  pengguna Malaysia
-Singapura ialah  negara di  rantau  Asia Tertinggi  bagi  penggunaan  dalam  talian Iaitu  menghabiskan  25  jam  dalam  talian  setiap  minggu  diikuti  Filipina  21.5  jam dan  rakyat  Malaysia selama 19.8 jam. 

Sumber:  www.fomca.org.my atau  layari  consumer.net.my 

Laporan  di  atas  menunjukkan  petanda agresif  pasaran  online yang memberansangkan.  Jadi  peluang  kepada  usahawan-usahawan  untuk menggunakan  peluang  ini  sebaik  mungkin  dalam  memasarkan produk/perkhidmatan. 

Entri bagi laporan di atas boleh didapati secara penuh di dalam ebooks RAHSIA KHIDMAT PELANGGAN, USAHAWAN ONLINE. 

No comments:

Post a Comment