Thursday, October 15, 2015

18 Kesilapan Biasa Yang Selalu Dilakukan Oleh Peniaga

Publish on : Thursday, October 15, 2015 There is : 2 Comments Labels : , ,

Menceburi bidang perniagaan bukanlah perkara yang mudah. Adakalanya kita lihat seorang hamba Allah itu nampak mewah, nampak bergaya apabila membuat bisnes tetapi apa yang kita lihat sebenarnya adalah secara luaran sahaja. Bukanlah disebalik tabir, mungkin semasa kita lihat dia senang-lenang adalah pada waktu dia sedang berehat, sedangkan sebenarnya dia bertungkus-lumus membanting tulang memeastikan setiap usahanya berjaya. Tidur entah jam berapa sedangkan kita sudah lena lelap jam 10-11 malam demi kerja keesokkan harinya.

Di dalam dunia bisnes, hanya orang yang kuat berusaha dan rajin akan berjaya selain mahir dalam selok belok perniagaan. Ilmu juga harus hadir selain mempunyai produk untuk dipasarkan. Networking itu penting. Dan percayalah, usaha, doa dan tawakal itu kunci kejayaan orang yang berjaya. Pasti. Hari ini saya ingin kongsikan kesilapan yang kita biasa lakukan semasa berniaga. Saya harap agar kita semua boleh peroleh sesuatu daripada tips ini. Mari kita sama-sama baca ya.

18 Kesilapan Yang Biasa Dilakukan Oleh Para Usahawan

1. Tidak mengenalpasti dan jelas bidang utama. Akhirnya melakukan semua model bisnes tanpa sebarang kejayaan.

2. Semua kerja dilakukan sendiri tanpa mahu ‘delegate’ (upah, outsource, guna khidmat orang lain).

3. Menangguhkan kerja.

4. Tidak meluangkan masa untuk membaca buku.

5. Melakukan kerja separuh jalan (melompat dari satu idea kepada idea yang lain).

6. Tidak memperbanyakkan sumber pendapatan. Amat bahaya jika bergantung kepada satu sumber sahaja. Namun pada peringkat permulaan, mulakan dengan satu dahulu.

7. Tiada matlamat, tujuan, visi dan misi perniagaan yang jelas.

8. Tidak mengikut perancangan yang telah dilakukan, sebaliknya terus menerus melakukan kerja tanpa disiplin.

9. Mudah mengambil peluang yang tidak penting untuk perniagaan.

10. Terlalu banyak merancang, tetapi tidak bertindak atau melaksanakan perancangan tersebut.

11. Banyak duit keluar berbanding duit masuk. Tanpa dana (wang), bisnes sukar untuk bergerak ke hadapan.

12. Berbelanja kepada perkara yang tidak penting untuk bisnes.

13. Terlalu banyak ‘sesi lepak’ bersama para usahawan untuk borak-borak kosong. Melainkan jika bisnes sudah berjalan automatik atau separa automatik, dan sudah menghasilkan pendapatan, tidak salah untuk melakukan kerja secara ‘santai’. Tetapi jangan berlebih-lebihan kerana kita tetap perlu ‘bekerja kuat’.

14. Terlalu fokus kepada masalah berbanding memikirkan penyelesaian. Jika sesuatu usaha tidak berhasil, fikirkan apakah penyelesaian yang boleh dilakukan.

15. Tidak menguasai kemahiran berkata “TIDAK” kepada permintaan atau peluang yang tidak penting untuk bisnes.

16. Menambah-nambah maklumat sehingga mengalami limpahan maklumat yang terlampau. Ini menyebabkan usaha atau tindakan akan terbantut.

17. Banyak menghabiskan masa kepada perkara-perkara yang kurang produktif walaupun kerja-kerja yang lebih penting belum siap.

18. Mudah lemah semangat apabila melihat kejayaan orang lain yang lebih hebat. Itu adalah rezeki mereka dan kita perlulah berusaha untuk membina kejayaan kita sendiri…


2 comments:

  1. no 18 paling betul.Saya belum ada semangat tinggi yang membuatkan saya belum bersedia untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki kita sebenarnya sudah tersurat sis. Apa yang perlu kita lakukan ialah bersyukur walaupun sedikit. Itu sudah cukup membuktikan bahawa kita redha akan pemberian Allah. Yakinlah bahawa tiada lain selain Dia pemberi rezeki.

      Delete