3 Asas Persediaan Bekerja Di Rumah

Baik saya mahu ulangkaji semula asas persediaan bagi kalian yang baru mahu memasang matlamat mahu bekerja di rumah. Jika anda sedang memasang angan untuk berhenti kerja maka ikutilah nasihat guru saya iaitu elak 3 perkara ini.

Jangan bermula dengan 3 berikut.

1. Memulakan bisnes dengan berhutang untuk menjadikan modal perniagaan.

2. Memulakan bisnes dengan membuat pinjaman.

3. Memulakan bisnes dengan modal yang sangat besar iaitu 1K dan ke atas.

Sebaiknya mulakan dahulu dengan asas berikut.

1. Mula dengan menabung. Wujudkan tabungan modal. Latih diri untuk disiplin menambung setiap bulan.

2. Mulakan dengan mengambil peluang bekerja secara sambilan. Contoh pilih dua hari dalam seminggu untuk bekerja dan belajar. Contoh berminat memulakan bisnes roti, boleh belajar bekerja di kedai roti atau kilang roti. Wang gaji bekerja sambilan ini disimpan sebagai modal.

3. Latih diri untuk belajar dan urus wang dengan betul sejak dari mula. Pengurusan kewangan adalah salah satu paling asas. Beli buku panduan kewangan, sertai komunit bijak urus wang dan sebagainya. Hadir mana-mana kursus pengurusan kewagan peribadi, keluarga dan juga untuk bisnes skala kecil.

Jika kita berfikir berhenti kerja dahulu adalah mudah, ianya mungkin akan menyebabkan anda hilang semangat. Sejujurnya berhenti kerja tanpa sebarang bantuan dan panduan serta mula mendidik anak adalah sukar. Matlamat harus jelas jika anda ingin membuka perniagaan sendiri di rumah. Jika berhenti tanpa matlamat, silakan.

Saya yakin ketua keluarga mampu menanggung segala bebanan. Namun jika anda terikat dengan hutang, dan merasakan bahawa bisnes dari rumah lebih mudah. Persiapkan dahulu diri anda dan mula rancang bagaimana surirumah-surimah di luar sana mampu berjaya berniaga sambil mendidik anak.

In shaa Allah anda pasti boleh lakukannya. Teruskan setia bersama saya ya. Banyak lagi bakal dikongsikan.


Catat Ulasan

0 Ulasan