Wednesday, October 07, 2015

3 Perkara Yang Anda Tidak Tahu Tentang Gula Stevia

gula stevia royal sweetener stevia

Sepertimana kita menggemari rasa sesetengah kopi, begitu juga dengan gula. Ianya tidak terhasil secara sama. Di pasaran terdapat pelbagai jenis gula sama ada gula asli, gula perang dan juga gula tiruan. Rasa manis yang dihasilkan oleh setiap satu pemanis ini juga berlainan kelikatannya, ada yang sangat manis walaupun digunakan pada kadar yang sedikit, ada yang perlukan sukatan yang banyak barulah kemanisannya dapat dirasai.

Di Malaysia, hampir 50% rakyatnya mengalami masalah obesiti dan kencing manis, majoritinya disebabkan oleh kegemaran meminum air manis dan air bikarbonat. 

Disebabkan itu, kita seharusnya bersama-sama dalam mencari alternatif gula yang lebih sihat dan tidak memudaratkan badan kita sendiri.


Stevia, diluluskan oleh KKM sebagai pemanis gula asli merupakan jawapan kepada masalah kronik ini. Pengeluar air bikarbonat, Coca-Cola telah pun melancarkan produknya yang dihasilkan bersama gula stevia pada tahun 2014. Ia merupakan satu jalan bagi menyelesaikan masalah kerugian yang makin ditanggung kerana kesedaran manusia mengenai bahaya gula pasir dan tingginya kandungan gula yang diletakkan di dalam Coca-cola itu sendiri.

coca cola

coca cola stevia


1. Stevia is actually a plant.

pokok stevia

Stevia rebaudiana merupakan sejenis tumbuhan herba yang mempunyai rasa manis semulajadi. Ianya telah dijumpai lebih 1,500 tahun dahulu oleh masyarakat Guarani di Amerika Syarikat. 


Rasa manis stevia sangat tinggi malah lebih tinggi dari rasa manis gula pasir. Apabila disuling, rasa manis stevia boleh menjadi 30x hingga 400x ganda berbanding gula pasir. Menariknya mengenai gula stevia, ianya tidak mempunyai kanji, bebas kolestrol, kosong kalori dan karbohidrat.


2. Stevia boleh gantikan gula dalam baking...


Kita boleh menggunakan stevia bagi menyediakan pelbagai jenis juadah, kuih muih, kek, biskut, tidak kira semua jenis pastries. Disebabkan gula stevia ini lebih manis dari gula biasa, ia memerlukan sukatan yang kurang dari kebiasaan resepi. Anda boleh dapatkan resepi-resepi mengenai gula stevia ini di google. 

Bagi gula stevia RCC, 1 titik bersamaan 3 sudu teh gula pasir.

.... tetapi gula stevia ini tidak boleh dikaramelkan.



 Ini kerana stevia tidak mempunyai kanji, jadi pilihan untuk membuat karamel dalam resepi anda adalah mustahil.

3. Stevia boleh didapati dalam pelbagai bentuk, cecair, kristal atau serbuk


Pemanis stevia ini boleh didapati dalam pelbagai bentuk, untuk baking biasanya stevia ekstrak digunakan berbanding dalam bentuk serbuk atau daun kering. Di pasaran terdapat berpuluh jenis stevia, tetapi yang terbaik ialah dari Royal sweetener stevia, kerana ianya boleh didapati dalam bentuk pati ekstrak stevia dan mengandungi kelikata sehingga 200x ke 300x manis dari gula biasa. Malahan penyulingan dan penjagaan kualiti "packaging" menjaga kandungan di ekstrak itu sendiri. 

Stevia mempunyai kosong kalori, kosong lemak dan kosong kolestrol. Dengan mengamalkannya kita juga dapat menurukan berat badan. Ini kerana stevia dapat mengganggu otak supaya kita lebih kenyang dan menstabilkan paras gula supaya gula lebihan dapat dicernakan menjadi tenaga daripada bertukar menjadi lemak!





No comments:

Post a Comment