Adakah Stevia Selamat Buat Kanak-Kanak?


Diakui kanak-kanak memang perlukan karbohidrat. Bagi kanak-kanak berusia dua tahun dan ke atas, mereka perlukan kalori yang diperoleh daripada karbohidrat di antara 50 hingga 60%. Akan tetapi, ibu bapa perlu pastikan karbohidrat yang diberikan kepada anak adalah daripada sumber makanan yang berkhasiat dan bukan semata-mata daripada gula.
Sebenarnya, tubuh manusia tidak perlukan gula tambahan. Hal ini adalah kerana tubuh boleh menukarkan makanan seperti nasi, ikan, daging, sayur, susu dan ubi kentang kepada glukosa apabila badan memerlukan tenaga. Jika dihitung, pengambilan makanan harian iaitu dua kali hidangan nasi dan makanan sampingan lain mempunyai jumlah kalori (tenaga) yang jauh lebih banyak daripada tenaga yang diperlukan oleh tubuh. Kalori yang berlebihan itulah yang akan memberikan kesan buruk terhadap kesihatan badan seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan obesiti. ~PA&MA

Gula Berlebihan Musuh Anak


Kanak-kanak dan gula tidak dapat dipisahkan! Setuju? Saya cukup marah apabila anak-anak dimanjakan dengan pelbagai makanan berunsur gula dan semestinya saya selalu berkata kepada anak-anak saya. "Nanti gigi gongak mama tak tahu.. nak gigi gongak?", lalu anak-anak saya menggelengkan kepala walaupun muka masam mencuka. Makanan dan minuman manis selalu jadi pilihan anak-anak, kerana ianya lebih sedap dan ia mampu memberikan mereka tenaga berpanjangan. Tapi awas ya ibu-ibu, terlebih gula boleh menyebabkan hyperaktif berlaku! Jangan mengeluh pula bila anak-anak tidak mahu tidur atau asyik bermain tanpa henti =)

Seperti yang kita sedia maklum, kanak-kanak amat menggemari rasa manis gula. Tetapi makanan dan minuman yang mempunyai unsur gula tidak baik untuk gigi dan kesihatan mereka. Gula membawa kepada kerosakan gigi, penambahan berat badan serta hyperaktif (bagi sesetengah kanak-kanak). Kini, ibu bapa tidak perlu risau lagi kerana adanya pemanis gula semulajadi menggantikan gula pasir iaitu gula stevia yang lebih manis tetapi tidak memudaratkan!.
 

Pengganti Gula Sihat buat Kanak-Kanak

Pemanis semulajadi daripada tumbuhan stevia mempunyai kosong kalori, bermakna ianya tidak mempengaruhi pertambahan metabolisme dan berat badan. Stevia juga anti-caviti dan anti-bakteria jadi ianya dapat melindungi gigi kanak-kanak dari karies gigi serta kerosakan gigi. In shaa Allah, RCC Sweetener Stevia memiliki rasa manis semulajadi seakan gula semestinya disukai oleh kanak-kanak termasuklah anak saya. Terbukti ya, dengan 3 anak dara sebab saya hanya gunakan gula stevia di rumah.

stevia vs gula pasir


Home Sweet Home

Rumah merupakan tempat terbaik mendidik anak-anak. Dari moral sehinggalah ke faktor pemakanan. Di sekolah atau di luar rumah, kita tidak dapat mengawal pilihan pemakanan mereka, jadi inilah masanya untuk kita mendidik anak-anak daripada membuat keputusan pemakanan yang salah. Mencorak pemakanan sihat juga merupakan salah satu peranan penting ibu bapa dalam mendidik diet anak-anak.

Saya yakin semua ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anak mereka terutamanya dalam aspek kesihatan.

stevia selamat





Catat Ulasan

0 Ulasan