Saturday, October 17, 2015

Bila Motivasi Bisnes Tenggelam

Publish on : Saturday, October 17, 2015 There is : 0 Comments Labels : ,

Teks: Emme Marina Mohamad

Saya selalu teruja dengan wang yang banyak. Alangkah bahagianya jika saya punya wang yang melimpah ruah, kaya dan tidak perlu risau apa-apa. Dapat miliki apa yang saya inginkan, makan makanan kegemaran saya. Anak-anak sentiasa ada baju baru dan cantik belaka. Ini impian duniawi semata-mata! Di mana syukur saya ketika ini?

Tapi realitinya saya bukanlah seorang yang teruja akan kemewahan. Boleh dikatakan sebenarnya ukuran kekayaan bagi individu itu amat berlainan. Ianya bukanlah wang ringgit semata-mata. Tetapi hal yang lebih subjektif. Ada yang kaya, tapi kaya dengan keluarga. Kaya dengan iman. Kaya dengan budi bahasa (macam iklan pula). Saya? Rasanya kaya dengan pemahaman dan reda sentiasa. Agak-agak anda bagaimana? Pernah fikirkan hal ini?

Ketika saya menaip entri ini melalui handphone lenovo saya, saya sebenarnya sedang mengalami krisis lemah semangat dalam bisnes yang saya buat sekarang. Idealnya, ianya sangat bagus, ada banyak idea saya boleh keluarkan. Idea mengalir dan saya tulis dalam buku. Tapi tindakan itu yang menghalang kejayaan dalam perniagaan saya. Saya tidak cukup push diri sendiri untuk bertindak, maka saya bertangguh.

Ini sama ada saya sudah tepu dengan segala ilmu bisnes ataupun saya sudah lemau. Atau mungkin semangat yang hilang ini perlukan dorongan yang lebih besar. Saya rasa kosong. Bisnes seorang diri tanpa ada sokongan dan tidak pernah meluahkan masalah yang saya hadapi saya rasa inilah tekanan terbesar. Jangan jadi seperti saya ya? Terlalu berdikari. Sekarang memakan diri. Bukan mudah bagi saya untuk meluah. Ia memerlukan satu perubahan luar biasa. Usaha lagi. Usaha kuat-kuat. Tanam azam lagi dan bertindak! Anda boleh! Saya juga boleh! Terima kasih pada yang sudi sokong saya walau siapa pun anda. Saya amat hargai.


No comments:

Post a Comment