Blog = Kedai

Teks: Emme Marina Mohamad

Saya sudah mula berkecimpung dalam dunia bisnes online ini sejak tahun 2011. Dan kepentingan mempunyai blog sentiasa menjadi fokus saya. Namun untuk menghasil satu blog yang berpengaruh adalah sukar. Kemudian saya main hentam keromo sahaja menghasilkan blog tanpa meletakkan label dan panduan yang betul buat pelanggan saya.

Mr. Google sentiasa menjadi sumber carian saya. Sebab itulah saya tahu kenapa saya perlukan blog bagi mempromosikan produk-produk yang saya jual. Namun, tanpa bimbingan dan ilmu apa yang saya buat hanyalah sekadar membuka blog dan menulis tanpa hujung pangkal cerita. Tiada fokus dalam blog. Hanya sekadar menjadi peniru blogger-blogger yang lain. Inilah yang saya fikirkan pada ketika itu.

Di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), peserta akan belajar asas membina kedai online yang lengkap dengan:

 Maklumat diri pemilik kedai
 Borang Tempahan
 Terma syarat
 Label
 Pages

Salah satu contoh kedai online peserta ABDR yang lengkap adalah http://aidailyani.blogspot.com/

Kedai online seperti ini sesuai untuk semua jenis produk,tak kira untuk dropship atau produk anda sendiri.

Dan yang lebih penting sebenarnya, kami di ABDR tidak menggalakkan pelajar untuk hasilkan blog yang penuh dengan gadget-gadget yang bling-bling sehingga merimaskan pembaca untuk scroll dengan mudah dan cepat. Blog yang sarat akan melambatkan proses pelanggan mendapatkan informasi. Bayangkan jika internetnya sudah tenat? Atau kuotanya tidak banyak. Bukankah anda sudah sedut data itu dari mereka. Nah! Lantas mereka tinggalkan sahaja blog kamu dan pergi ke blog lain.

Pelajar juga diajar untuk menulis secara konsisten. Wajib habiskan 44 entri di blog dengan label niche kamu. Tak semestinya kita hanya kongsikan pembaca dengan produk semata-mata. Tapi kongsi juga pengalaman atau catatan harian yang ringan dan disukai pembaca.

Anda boleh lihat banyak lagi contoh blog kedai online yanglengkap seperti ini di blog saya atau di laman ABDR. Alhamdulillah, semua peserta berjaya menghasilkan blog sendiri dalam kelas ABDR. Ada yang zero basic juga sekarang sudah konsisten menulis di blog. Jangan takut untuk mencuba, kerana rata-rata pelajar ABDR juga bermula dari kosong.

Bagi yang ingin belajar hasilkan blog kedai online seperti ini, boleh sertai kelas online blog fanpage mula bisnes di ABDR. Kami buka pendaftaran setiap hari.

Catat Ulasan

0 Ulasan