Laman Ping Terbaik 2015


ping terbaik


Teks: Emme Marina Mohamad
Sumber:
http://www.cekgunorazimah.com/2015/10/7-laman-ping-terbaik.html
http://www.hanifidrus.com/2013/10/10-laman-ping-terbaik-2013-2-malaysia.html
http://yeopmaz.com/ping-blog-malaysia/

Assalamualaikum semua,

Sedang buat apa ya? Walaupun kita semua sibuk seharian menguruskan rumah dan anak-anak, termasuklah "anak besar" yang seorang itu, jangan lupa untuk post entri ya. Wajib konsisten agar blog kita sentiasa aktif dan paling penting sebagai latih tubi kita menulis setiap hari. =)

Bak kata cikgu ABDR, wajib latih diri konsisten menulis di blog. Lama-lama biasalah seperti kita rajin aktif di status facebook kan?

Hari ini topik paling best, in shaa Allah. Saya ingin kongsikan salah satu cara untuk menaikkan rating dan trafik ke blog anda semua. Jangan risau, mudah sahaja ya. Jika dah cuba tapi masih tidak tahu juga, boleh tinggalkan komen untuk saya bantu kalian. 

Mengapa harus PING? Ping ini dimudahkan satu alat yang amat mudah untuk menjalankan tugas menyebarkan blog anda kepada semua rakan blogger di luar sana. Hasil dari ping ini juga, blog anda akan mudah dijumpai dan in shaa Allah anda akan lihat perubaha traffik di overview dashboard nanti ya.

Untuk lihat perbezaannya, cuba screenshot sebelum dan selepas pageview blog anda. Mesti teruja bukan? In shaa Allah saya mendapatkan sumber ini dari blogger-blogger yang terbukti berjaya menaikkan ranking dan traffik ke blog mereka.

Tapi saya mahu ingatkan, walaupun anda ping tetapi tidak mempunyai perkara yang menarik pada kontent entri, label yang salah, keyword yang tidak mengena serta hentam keromo. Ianya tidak bertahan lama. Percayalah, mari kita belajar asas blog bersama Akademi Bekerja di Rumah. Pendaftaran dibuka setiap hari. 

Jana pendapatan dari rumah. In shaa Allah.

7 LAMAN PING TERBAIK SEPANJANG MASA

1. Ping My URL

2. Pingler

3. Ping My Blog

4. Ping-O-Matic

5. GooglePing

6. Bulk Ping

7. Feed Shark
Cara gunakan ping di atas sangat mudah. Cuma masukkan link blog anda dan pingkan! Sila ikut syarat yang telah ditetapkan ya =)

Laman Ping di Malaysia 

Tidak banyak laman Ping di Malaysia, saya senaraikan yang aktif sahaja ya.


Blogged.my | Syarat: Daftar percuma – login menggunakan id user sendiri – Ping secara semi automatik.

Blogr.my | Syarat: Login menggunakan Facebook atau Twitter – Ping secara semi automatik.

PingJe | Syarat: Daftar menggunakan id sendiri atau Facebook / Twitter – wajib ada gambar dalam entri – Ping secara manual

babab.net| Syarat: Letak widget banner dalam blog – Ping secara automatik.



Sila Share jika entri ini membantu ya. Kita bantu lebih ramai blogger. 

Catat Ulasan

0 Ulasan