Minat dan Hobi Dalam Senarai Tugasan Analisa ABDR

Selepas saya membuat bayaran yuran bagi kelas di Akademi bekerja di rumah. Tugasan pertama saya ialah menulis analisa yang diberikan oleh cikgu Anys Idayu Zakaria.

Ada beberapa soalan analisa yang perlu saya jawab dan antaranya ialah minat saya dan hobi serta kegemaran yang saya suka lakukan. Pada waktu yang singkat saya menjawab, membaca buku, menonton tv. Perkara yang biasa, dan sebenarnya saya tidak mempunyai sebarang hobi. Kemahiran juga sangat terhad. Sedih pula semasa saya menjawab soalan analisa kelas Abdr ni.

Tapi bila saya amati saya sebenarnya punyai satu kegemaran iaitu belajar dan menggunakan applikasi sama ada applikasi software di notebook atau di smartphone. Saya sangat obses sebenarnya mencari bagaimana cara memaksimakan penggunaan applikasi di smartphone terutamanya berkaitan bisnes atau kegunaan harian. Bagi saya setiap perkara yang saya ingin lakukan mesti ada applikasinya. Bezanya saya bukanlah pencipta, saya cuma pengguna sahaja.

Saya menggunakan smartphone jenama lenovo, jenis A850+. Ya, ianya AP set. Tertipu ada original tapi sebenarnya original set hanya jenis A850. Tak mengapalah. Saya sudah pun gunakan smartphone A850+ ini setahun setengah tahu. Wah, lama juga tuh!

Apabila saya menghadapi masalah menggunakan laptop sebagai ganti bisnes, saya gunakan handphone dengan sepenuhnya. Almaklum, saya beli handphone ini selepas beberapa hari kelahiran anak ketiga saya. Memang sejak itu, saya sangat jarang dapat pegang laptop disebabkan anak agak meragam bila berjauhan dengan saya. Jadi penggunaan handphone serta merta jadi priority dan hampir 99% bisnes saya dijalankan menggunakan handphone sahaja.

Penting jika kita menggunakan handphone sebagai ganti notebook, anda perlu mencari handphone yang mampu bertahan sebagai bisnes user. Mengurangkan applikasi tambahan yang tidak perlu seperti applikasi mainan, ruangan simpanan dalaman yang besar, kapasiti ram yang besar serta aspek teknikal yang lain. Mungkin saya akan cuba kongsikan secara teliti hal ini di entri yang lain.

Berbalik kepada kaitan hobi/minat ini dalam analisa abdr ialah ianya mampu dijadikan sebagai konten dalam entri blog kita. Anda perlu tahu blog masing-masing mempunyai cerita yang berlainan. Kita tidak sama. Dan untuk membina sesuatu blog, kelainan yang diberikan oleh penulis itu mungkin akan mempunyai pengikut yang berbeza. Sama ada minat yang sama, situasi atau sekadar suka menjadi pembaca setia.

Dan in shaa Allah, saya akan cuba kongsikan applikasi-applikasi yang saya gunakan buat rujukan anda semua. Selaat datang pembaca baru, pemilik smartphone lenovo a850+, atau peniaga online seperti saya iaitu menggunakan handphone sepenuhnya, blogger-blogger malaysia serta tak kira apa jua anda di sini. Saya ucapkan terima kasih. Tanpa anda, siapalah saya di teratak blog ini.

Catat Ulasan

0 Ulasan