Sunday, October 04, 2015

Penangguhan Peperiksaan KAFA dan Sekolah Rendah Agama

Publish on : Sunday, October 04, 2015 There is : 0 Comments Labels : ,

Kenyataan Media
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

PENANGGUHAN PEPERIKSAAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) DAN UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH AGAMA (UPSRA)

1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ingin memaklumkan kepada semua Agensi Bertanggungjawab melaksanakan KAFA seluruh Malaysia berhubung pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) berikutan masalah jerebu yang melanda di kebanyakan negeri di Malaysia dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan kadar bacaan yang tidak sihat (IPU 101-200) serta tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengisytiharkan penutupan sekolah-sekolah di beberapa buah negeri di Malaysia pada Isnin dan Selasa bertarikh 5-6 Oktober 2015.

2. Sehubungan itu, pelaksanaan peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) kepada 207,343 orang calon yang diselaraskan oleh Jakim seluruh Malaysia bagi subjek  Ulum Syariah (UPKK 02/01) yang dijadualkan pada hari Isnin 5 Oktober 2015 pada jam 2.30 petang dan subjek Sirah (UPKK 03/01) serta subjek Jawi Dan Khat (UPKK 05/01) yang dijadualkan pada hari Selasa 6 Oktober 2015 adalah ditangguhkan. Walaubagaimana pun pelaksanaan peperiksaan pada hari hari Rabu dan Khamis berjalan mengikut jadual.

3. Penangguhan ini melibatkan semua pusat  peperiksaan seluruh Malaysia. Tarikh baru bagi pelaksanaan peperiksaan bagi 3 subjek berkenaan akan dimaklumkan kemudian berdasarkan kepada suasana dan laporan IPU semasa.

4. Dipohon kerjasama kepada semua Agensi Bertanggungjawab yang melaksanakan KAFA mengambil tindakan SEGERA memaklumkan arahan penangguhan peperiksaan ini kepada semua pihak yang terlibat.

5. Pihak Jakim juga menyambut baik keputusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang menangguhkan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) pada Isnin dan Selasa (5-6 Oktober 2015)
selaras dgn arahan KPM supaya semua sekolah ditutup Isnin dan Selasa.

6. Peperiksaan UPSRA di semua sekolah kelolaan Jawi iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya Dan Labuan  akan ditunda kepada hari Isnin dan Selasa depan (12-13 Oktober 2015). Bagi jadual hari Rabu dan  Khamis  berjalan seperti yang dijadualkan kecuali ada arahan lain daripada KPM.

Sekian

DATO' HAJI OTHMAN MUSTAPHA
4 Oktober 2015

No comments:

Post a Comment