Perubahan Pindahan Bagi Khairat Kematian RCC Stevia

Sejak beberapa minggu yang lepas, banyak ura-ura dan desas-desus mengenai perubahan yang bakal dibuat bagi khairat kematian. Jika anda lihat, jumlah dana tabung terkini bagi khairat kematian ahli, ahli keluarga dan tabung kebajikan kini berbaki sebanyak RM 600 ribu lebih sahaja.

Catatan bagi tuntutan ketiga-tiga tabung ini pada bulan Ogos mencapai RM 300 ribu sebulan!. Ini menunjukkan bahawa RCC sememangnya mengotakan janji bagi mereka yang setia menjadi pengguna RCC bagi pembelian produk dan kelayakkan khairat kematian serta tabung kebajikan.

Kini, jumlah ahli pengguna RCC stevia seluruh Malaysia mencecah 200 ribu seluruh Malaysia tidak termasuk Rakyat Brunei, Singapore dan Indonesia. Kejayaan RCC dan penambahan ahli membuktikan bahawa syarikat telah berjaya menyediakan medium produk dan plan pemasaran yang paling baik dan telus buat pengguna dan usahawan yang bernaung di bawah syarikat RCC Global Sdn. Bhd.

Mari luangkan sedikit masa anda, membaca pindaan terbaru mengenai khairat kematian bermula 1 Oktober 2015.


Untuk makluman rakan2 semua, selepas ini terdapat garis panduan baru untuk tuntutan Khairat Kematian bermula dari 1 Oktober 2015 di mana;

1. Kelayakan bagi tuntutan - ahli perlu mempunyai belian peribadi (maintenance) selama 3 bulan berturut2. Kalayakan dikira bagi belian bulan terakhir sebelum berlaku kes kematian. 1 set untuk RM4000, 2 set untuk RM5000 & 3 set untuk RM6000 bagi AHLI BERDAFTAR

2. Kelayakan keluarga TERHAD kepada kategori Ibu/Bapa, Pasangan (suami/isteri) & anak2 (semua anak). Adik beradik kandung tidak lagi dibayar. Bayaran kadar rata sebanyak RM2000 bagi setiap orang / kes kematian.

Garis panduan ini adalah bagi menjaga kebajikan ahli2 pengguna setia dan bukan kepada ahli yg ingin 'mengambil kesempatan' dari skim Khairat Kematian yang disediakan oleh pihak syarikat.

Perlu ditekankan di sini bahawa dana utk skim Khairat ini bukannya duit syarikat tetapi adalah duit terkumpul semua ahli (tabarruq) yang mana dana ini dikumpulkan dari pembelian jualan pek permulaan daftar jadi ahli dan bonus pasangan ahli.

Jika tidak dikawal dengan baik dan sistematik maka dana ini akan habis dalam masa yg singkat dan tiada lagi kemudahan skim Khairat Kematian dapat disediakan oleh pihak syarikat. Jika terjadi seperti ini maka amat2 lah rugi...

Saya mohon agar semua downline memahami semangat dan tujuan garis panduan baru ini dilaksanakan.

CEO RCC Global, Tuan Azman Mohd Som seorang yang berpandangan jauh dan beliau telah membuat suatu keputusan yang bijak demi menjaga kebajikan kita semua pejuang-pejuang RCC.

Catat Ulasan

0 Ulasan