Yeay, Mama Sudah Resign

Jangan berhenti kerja dahulu


Penulis banyak menerima mesej melalui laman sosial mahupun email iaitu niat mahu berhenti kerja. Ada dua kemungkinan apabila kalian berhenti kerja sama ada terus sukses atau sebaliknya. Pun begitu sangat disarankan membuat persediaan. Minggu perkongsian seorang lagi surirumah yang pernah berhenti kerja dan kembali bekerja semula. Kini beliau sukses sebagai usahawan di rumah menawarkan kelas akaun untuk bisnes kecil.


Kemudian membina strategi baru dengan lebih baik untuk kembali bekerja di rumah. Puan Wani Hamid adalah seorang jurulatih akaun dan kewangan.


yeay mama dah resign



Bermula dengan bisnes baju wanita dan kanak-kanak.



Saya bermula dengan bisnes baju wanita dan kanak-kanak. Tetapi nasib tidak menyebelahi susah untuk mendapatkan pelanggan. Saya hilang arah kerana saya sebenarnya kurang arif berkaitan dunia fesyen dan industri ini.


Jadi, bermula dari kegagalan itu saya fikir untuk bermula semula dan bisnes yang saya pilih adalah perkara yang saya tahu iaitu memperbaharui sijil PKK, MOF dan akaun.

Alhamdulillah tidak sampai setahun, saya boleh jana pendapatan lebih dari gaji biasa semasa dan tidak perlu kerja 9 hingga 5 petang. Itu pun tidak menngunakan iklan berbayar hanya menggunakan iklan di mudah.my sahaja.


Fokus kepada minat dan kepakaran sedia ada


Saya adalah graduan


niversiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang perakaunan. Saya bekerja di syarikat-syarikat kecil kerana sasaran saya untuk bekerja sendiri. Apabila bekerja di syarikat kecil saya belajar A-Z, pemasaran dan pengurusan. Apa sahaja yang disuruh majikan saya lakukan walaupun bukan bidang saya. Saya sahut cabaran tanpa minta duit lebih.

Baca lagi perkongsian pengalaman ini dalam ebook Yeay! Mama sudah resign


Ebook ini bonus dalam pendaftaran ke kelas online blog ABDR Atau boleh dapatkan dalam Pakej promosi bulan Oktober ini bersama-sama ebook yang lain.



Catat Ulasan

0 Ulasan