Applikasi Blogaway Medium Blogging bagi Pengguna Handphone

Sebagai seorang surirumah dan menjaga 3 orang anak berusia 5, 3 dan 1 tahun. Untuk kekal aktif menulis entri di blog menggunakan laptop, notebook atau pc adalah hampir tiada. Seharian melayani kehendak anak kecil ditambah lagi anak bongsu saya sukar berjauhan kerana sangat menyayangi ibunya. Imagine, she's 100% breastfeeding and directfeeding. Maka, dengan itu agak sukar saya mahu menaip dengan amannya di meja. Oh, lupa saya maklumkan notebook pula sudah usang tidak boleh diheret ke sana ke mari tanpa wayar cas bateri.

Pada mulanya agak kekok menulis entri di blog menggunakan handphone. Kejang jari jemari dibuatnya, terutama ibu jari ni. Tapi semangat yang tidak luntur di akademi bekerja di rumah, kini saya sudah menulis sebanyak 197 entri di laman blog utama saya iaitu emmemarinamohamad.blogspot.my dalam tempoh masa 3 bulan sahaja. Saya sendiri tidak menjangka yang saya mampu lakukan sebanyak itu.

Saya menggunakan applikasi Blogger. Namun saya kurang gemar kerana tiada seksyen bagi meletakkan gambar dan ayat secara berselang seperti kita menulis post di website blogger dashboard. Apa yang terjadi ialah penulisan entri di atas dan kesemua gambar di bawah dan juga anda tidak dapat meletakkan caption bagi gambar sekiranya anda mahu. Ia menjadikan entri anda kurang sampai kerana gambar yang bercampur di bawah sedangkan ianya perlu diterangkan secara satu persatu mengikut paragrap yang anda inginkan.


Perkenalkan applikasi android iaitu Blogaway. Pilihan yang terbaik buat semua blogger di luar sana yang menjadikan handphone sebagai medium penulisan blog mereka. Seperti yang anda lihat, ianya bukan sahaja berfungsi menulis entri yang baru tetapi anda boleh melihat blog anda yang lain.


Ini adalah list blog yang saya sedang usahakan. Saya harus akui sejak saya menyertai Kelas Asas Blog di Akademi bekerja di rumah, mencipta blog adalah jauh lebih mudah berbanding menjaga fanpage di facebook. Tanya saya, jika anda mahu tahu ya. Atau terus sertai kelas asas blog secara online bersama kami di ABDR.


Ini adalah list blog yang saya ikuti dalam ruang "reading list". Jika anda mempunyai blog kegemaran yang anda suka baca atau follow, hanya perlu taipkan sahaja link blog tersebut dan tekan "add". Perlu saya beritahu, buat masa ini Blogaway hanya boleh membenarkan link blogspot sahaja sebagai list reading anda.

Bagaimana untuk mula menulis post di Blogaway?


Tekan pada "post". Anda akan lihat ini sebagai paparan menulis blog anda. Ada title/tajuk, entri bagi isi kontent anda dan label. Untuk mula menulis tekan pada "section". Paparan berikut akan keluar.

Icon "tambah" ialah untuk anda meletakkan gambarajah. Jika mahu gambar di atas perenggan, tekan "tambah" dan mula menulis. Jika anda mahu gambarnya di bawah perenggan,menulis terus isi dan kemudian keluar dari "section" pertama dan tekan pada "section" yang baru, di situlah baru anda masukkan gambar.




Seperti gambar di atas, ada 2 "section" berbeza. Kini, anda bolehlah atur gambar dan ayat mengikut kehendak anda. Untuk meletakkan "caption" pada gambar atau edit gambar, tekan pada gambar dan ubah mengikut keperluan anda. Mudah sahaja bukan?

Alhamdulillah, siap juga tutorial menulis entri di blog menggunakan Blogaway dengan handphone saya ni. Harap ibu-ibu atau wanita yang bekerja di rumah khususnya mungkin tengah pening memikirkan bagaimana nak start kelas blog tetapi tidak memiliki laptop. Bagaimana nak menulis entri tapi anak-anak tak menang tangan melayan. Jangan risau lagi dah. Sebabnya tengah nak siapkan makan malam pun saya boleh tulis entri tahu. Idea tengah datangkan. Kenelah cepat-cepat buat draft atau entri terus.

Selamat mencuba dan bagi yang berminat menyertai kelas asas blog di akademi bekerja di rumah. Ketahui bagaimana dengan berblogging anda turut dapat menjana pendapatan hanya dari hujung jari dan pastinya tanpa perlu keluar dari rumah. In Shaa Allah


Catat Ulasan

1 Ulasan