Tuesday, November 03, 2015

Uniknya gula stevia ciptaan Allah

Publish on : Tuesday, November 03, 2015 There is : 0 Comments Labels : , , ,

Teks: Emme Marina Mohamad

Alhamdulillah. Kita diberi kesihatan dan masih bernafas pada hari ini. Kesihatan merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya. Duit berjuta sekalipun jika kesihatan uzur, ianya tidak membahagiakan.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah

Jom saya kongsikan KEUNIKAN pokok pemanis stevia & kenapa rakan2 semua patut beralih ke gula stevia..

Apakah Ciri Yang Unik Mengenai STEVIA?

Ciri paling unik mengenai Stevia ialah ia merupakan pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori. Di percayai secara tradisional, stevia mengandungi sifar kalori, lemak, kolestrol, gula dan karbohidrat. Ekstrak stevia dikatakan 300 kali lebih manis dari gula biasa.

Kajian juga mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid tidak mengandungi toksid. Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel dan tidak memberi kesan terhadap kesuburan. Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap Stevia.

Bagaimana Rasa Manis STEVIA?

Sebagai pemanis atau substitut gula, rasa manisnya tahan lebih lama berbanding gula, walaubagaimanapun ekstrak stevia akan memberi sedikit rasa pahit dalam kepekatan yang tinggi. Dengan ekstraknya mempunyai rasa manis bermula dari 150 hingga 500 kali ganda mengikut gred dan kepekatannya, ianya sesuai dengan permintaan penduduk dunia hari ini yang memerlukan pemanis atau gula rendah karbohidrat dan kalori sifar.

Bagaimana STEVIA Boleh Rasa Manis?

Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai steviol glycosides yang mengandungi stevioside dan rebaudioside. Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycemic, menjadikan ia semakin digemari orang ramai terutamanya untuk yang ingin menghadkan pengambilan karbohidrat dan mengelakkan diabetes. Selain itu, stevia juga didapati boleh merawat tekanan darah tinggi, mengurangkan tahap asid urik dan obesiti.


Secawan air stevia in shaa Allah mampu melegakan rindu anda kepada kemanisan. Stevia mempunyai nilai perubatan maka pada masa sama dengan bertukar ke gula stevia mampu mempertingkatkan tahap kesihatan anda juga.


No comments:

Post a Comment