Saturday, November 07, 2015

Warkah Buat Wanita Seislam

Publish on : Saturday, November 07, 2015 There is : 0 Comments Labels : , ,

.. Buatmu Wanita ..

Asalkan dia wanita..
Tercoret warkah ini buat akhwat tercinta :') yang seagama dan seaqidah denganku

..Ya akhwat sayang :')
Dulu ada seorang srikandi islam bernama Sumayyah. Dipaksa memilih antara keluarga dan agama. Dipilihnya yang SATU. Kerna dia tahu didunia keluarga takkan bersatu, diteguhnya hati dikuatnya iman. Dia dan keluarga bersatu di jannah. Adakah sekuat ini imanmu bila keluarga ditindas?

..Ya Haura al-Maqsurah...
Kenalkah engkau kepada Khadijah? Aisyah? Wanita ini kebanggaan agama. Saat dunia menentangnya, dia pertahankan agamanya! Menjadi sayap kiri suami tercinta. Adakah madu sekarang bersikap seperti mereka? Tidakkah dirimu ingin menjadi seperti mereka?

..Ya Wardhatul Syauqah..
Zulaikha? Perdengarkanlah agungnya cinta dia pada Yusuf. Sehingga buta tak kenal dunia. Pada saat dia memilih Islam, Allah satukan Yusuf dengannya, tapi cintanya pada Yusuf tidak sekuat Cintanya pada Allah. Harinya berlalu dengan ibadah. Sehingga Yusuf yang kuat jadi Lemah mendambakan kasih isterinya Zulaikha. Beginikah cintamu pd Ikhwah?

..Ya Mujahidah Islam...
Mengaku berjihad. Pernah dengar hebatnya Khaulah al-Azwar? Srikandi perang islam. Lagaknya seperti pemuda menghunus pedang dimedan perang, bagai rasaksa tangkasnya berkuda dan sekelip mata menumpahkan darah musuh durjana. Tidak dia angkuh malah malu untuk mengaku dia wanita yang berjihad bersama tentera khalid al-walid. Beginikah jihadmu? Adakah dirimu sedia menegakkan agamaNya?

..Wahai wanita solehah...
Ratu Balqis? Fatimah? Dan ramai lagi srikandi islam. Pernahkah kau kaji soal mereka, perjuangan mereka? kehidupan mereka? adakah sedikit menyerupai mereka? Jika tidak masih ada masa tuk membaiki.

..Wahai wanita akhirul zaman...
Hadiah apa yang akan kau persembahkn dihadapan Allah? Adakah jihad yang kau gaulkan dengan masalah hati? Mungkin kita tidak mampu untuk menandingi ketabahan kekuatan serta keimanan srikandi islam terdahulu, kerana kita ternoda oleh satu zaman yang penuh dengan penipuan teknologi! Penyakit hati! Sahabat yang mengaku setia padahal hati berdusta! Harta yang tak bernilai! Semua berebut untuknya.

..Ya muslimah...
Ramai sekarang orang alim pada zahir, padahal hatinya tak tetlibat sama. Kata jihad, solat pun terkapar kapar. Kata sayang sahabat, tapi bila kalian ada masalah lari tinggalkan mereka, konon sahabat mereka. Talam Dua Muka. Kata cintakan saudara, tapi bila bergerak dalam kumpulan pun ada sahabat yang ditinggalkannya apatah lagi diluar kumpulan.

Inikah nilai syurga padamu yang ingin kau beli?

..Wahai bakal bidadari syurga...
Fikirlah sejenak, layakkah syurga buatku? Tidak bimbangkah, bila org bergantung harap pada kita untuk agama sedang kita sibuk fikirkan masalah hati. Wanita itu fitnah dunia, tapi yang solehah adalah bidadari dunia.

Ketahuilah, orang yang benar alim tidak akan mengaku dirinya alim. Malah dia ingin berada dalam satu tempat dimana dia berjalan bercakap atau apa sahaja tiada yang melihat wajahnya.

..Ya ukhti tercinta..
Jangan gadaikan akhirat untuk dunia. Engkau perlukan teman menasihati, bacalah kalam agung Illahi al-Quran Nur Karim pengubat hati. Bila engkau ingin berbicara dengan Allah maka solatlah, jika ingin Allah berbicara denganmu maka bacalah Quran :') Kau akan jumpa nikmat disebalik ayat. Sehingga rindumu berlabuh hanya pada yang Esa.

-->Cukuplah dgn pkara yang jauh lebih penting. Tinggalkn perkara yang tak pasti dan sia2. Kita terlalu sibuk fikirkan perkara kecil sehingga lupa perkara besar. Jangan ganggu singgahsana Allah (Hatimu)<-- Semua akan indah bila tiba waktunya..


No comments:

Post a Comment