Apa itu WAHM, SAHM, dan SOHO?

Kerja apa?

"Mengajar di mana?" Tanya makcik pemilik kedai runcit seberang jalan. Saya hanya
tersenyum,

“Saya tidak mengajar.” Tahukah pembaca budiman sekalian, guru atau cikgu pilihan kerjaya
popular di kampung terutama di Kelantan. Atau pernah dan selalu juga soalan ini.

“Isteri mengajar di mana?”

Atau ini.

“Menantu yang ini mengajar di mana pula?” Majoriti ipar duai saya di sebelah suami adalah
guru.

Selalunya di dalam fikiran saya. Makcik kerja saya menulis, memberi info atau panduan
bekerja di rumah. Sayalah salah seorang wanita bekerja di rumah.

Tidaklah pula saya menjawab begitu, selalunya hanya senyum dan jawab sahaja di dalam
hati.

Selalunya, saya berterus terang.

“Buku apa, novel ke?”

Sentap dibuatnya. Kalau saya cakap tulis buku, mesti sambungannya tulis novel. Aduhai.
Tetap banyak kali saya jawab balik, tulis buku umum.

Disebabkan yang bertanya faham, tidak faham, atau buat-buat faham. Jadi topik seterusnya
berkisar topik lain pula.

Juga bagaimana mahu memahamkan persekitaran bahawa saya berada dalam 'zon kritikal'
tetapi nampak dari segi luaran bahagia duduk di rumah tidak buat apa-apa.

Jadinya untuk menyelamatkan situasi ini, saya selalu menyatakan kepada Hakim, si anak
yang sulung.

"Jaga adik sebentar, ibu mahu sambung kerja."

"Sekarang ibu mahu kerja!"

Dengan harapan ini adalah saluran pemahaman dan ia akan menukar persepsi tinggal di
rumah duduk saja-saja tanpa buat apa-apa. Ini kerana persekitaran di luar tidak seperti di Lembah Klang masih lagi 'terpana' dengan ayat 'bekerja dari rumah'.

Jadi pandai-pandailah menyesuaikan diri.

Diari WAHM, ibu bekerja di rumah.


SUMBER: Super Wahm, Super MOM

Catat Ulasan

0 Ulasan