Bagaimana Menulis Penulisan Yang Berpengaruh?

Lintas langsung dari Kelas ABDR

- Lokasi Kelas Group Secret FB
- Cikgu: Anys Idayu Zakaria

Tukar Mood Penulisan Negatif Kepada Penulisan Positif

Bagaimana agaknya ya?

Menurut panduan akademi huraiannya begini

Menulis dalam keadaan emosi sedih, kecewa, bimbang, marah, putus asa.
Ketika berada dalam keadaan emosi ini. Inilah salah satu caranya kita menulis dan boleh diterbalikkan suasana dan perasaan.
Segala perasaan negatif itu kita tumpahkan dalam penulisan. Tetapi bahasa yang digunakan adalah terbalik dengan perasaan ketika itu.
Kita marah tukar kepada ayat gembira, kita putus asa tukar kepada perkataan berusaha luar biasa.
Terbalikkan segala hal yang negatif kepada penulisan yang positif dan bertenaga.
Jadi tidak ada alasan kita menulis hanya 'ketika kita gembira sahaja.'

Apa yang kita tulis melambangkan diri kita, jika boleh elakkan menunjukkan sikap negatif kita kepada khalayak ramai. Penulisan dan penulis yang disukai ialah mereka yang selalu mempamerkan aspek positif.

Apa yang kita tunjukkan, jika positif orang akan menyenangi dan menyukai. Pada masa sama, penulisan positif itu reflecs semula kepada diri kita. Selalu menulis positif lama-lama jiwa kita turut terkesan.

Jika kita merasakan bahawa ini "hak" untuk bebas berbicara sambil menggunakan bahasa-bahasa yang negatif, kesat dan mencemuh. Ia ibarat doa yang kita sendiri minta untuk diri kita. Akhirnya ramai tidak suka berkawan dengan kita, tidak ikhlas untuk bersama. Lama kelamaan rakan menjadi kurang manakala kita kekal menjadi seorang yang berfikiran negatif.

Maka elakkan penulisan-penulisan beransurkan negatif ini ya. Biarpun sedang marah ketika buntut kereta dicium orang. Daripada melahirkan makian, istigfar dan yakinlah bahawa ujian dan dugaan ini Allah berikan kerana Allah mahu berikan nikmat yang lebih baik dari ini.

Tahukah anda saya merupakan salah seorang sukarelawan NGO amal till Jannah. Di sini anda boleh menderma,wakaf serta menunaikan zakat. Badan ngo ini masih baru, jadi segala sokongan anda diharapkan dapat membantu kami agar dapat pergi lebih jauh dalam perjuangan ummah. Klik http://amaltilljannah.blogspot.my


Alhamdulillah.. Hanya cuba stevia sahaja mampu menyembuhkan tekanan darah tinggi ramai pesakit. kita cuma ikhtiar, Allah tentukan.


Catat Ulasan

0 Ulasan