Keputusan PT3 2015

Assalamualaikum...

Awal pagi buka blog dan sedang skrol-skrol bloglist rakan blogger tiba-tiba saya tertengok tajuk dari blogger CN - Cikgu Norazimah kita.

Katanya, keputusan PT3 akan keluar hari ni ya. Jika ya, penuhlah berita hari ini dengan keputusan gembira in shaa Allah.

Adik ipar saya juga ada yang sedang menduduki PT3 ni. Bagaimanalah keputusannya ya. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang. Baru tadi wassap grup family mertua, iyalah sebab senyap sahaja kan?

Saya juga doakan agar semua pelajar seluruh Malaysia mencapai keputusan yang cemerlang - "flying colors".


Catat Ulasan

0 Ulasan