Nota Inspirasi Wahm - Umi Arbee Ali

Bagi suri yang sangat teruja dan tidak sabar untuk berhenti kerja, baca dulu pengalaman dan kisah inspirasi mereka yang sudah letak jawatan.
.
.
Nota inspirasi 6- Umi Arbee Ali
Saya selesaikan seberapa banyak hutang. Lupakan kad kredit. Adakan simpanan, insuran dan pelaburan secukupnya. Segera cukupkan simpanan untuk haji rukun Islam kelima. Latih diri hentikan perbelanjaan mengarut dan tidak perlu. Belajar berjimat dan menyimpan setiap hari. Belajar memasak pelbagai menu.

Dari status pengedar, saya sasarkan bergelar stokis supaya pendapatan separuh masa menyaingi gaji hakiki saya. Saya membaca banyak buku berkaitan rezeki dan bina keyakinan serta kesedaran bahawasanya segala-galanya adalah milikNya. Saya dapatkan idea dan buka minda akan realiti WAHM. Melatih diri pengurusan masa dan rumahtangga.

Allah melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (Allah) antara hamba-hamba-Nya (Allah), dan Dia (Allah) yang menyempitkan baginya. Sesungguhnya Allah terhadap segala sesuatu adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui). Al-'Ankabut ayat 62

Telah empat bulan bergelar WAHM, saya masih mampu menghulur duit belanja kepada orang tua, membayar bil, menolong suami dan menggembirakan keluarga dengan percutian.

Keluarga tetap utama. Bak kata orang tua, belajar setinggi mana tetap ke ceruk dapur juga. Tetap mengasuh anak jua. Namun, saya bahagia.

BACA LAGI DALAM EBOOK YEAY MAMA SUDAH RESIGN

Ebook ini bonus pendaftaran ke kelas online blog ABDR

Catat Ulasan

0 Ulasan