Program Prihatin Gelandangan. Prihatinkah kita?

Alhamdulillah. Program kit prihatin bagi warga gelandangan pada 11 disember yang lepas, iaitu pada malam jumaat telah berjalan dengan lancarnya. Bersyukur ke hadrat ilahi atas segala sumbangan dan derma yang telah diberikan kepada pihak amal till jannah, sumbangan barangan, makanan termasuklah duit. Dan tidak dilupa kepada ajk-ajk dan sukarelawan amal till jannah baik ahli lama atau yang baru menyertai kami.

Malangnya, saya tidak berkesempatan untuk turut serta. Program dijalankan pada waktu malam dan di Kuala Lumpur. Jauh dari kediaman saya. Lebih kurang 3 jam perjalanan. In shaa Allah ada rezeki kami esok lusa bertemu lagi bersama ahli-ahli jemaah amal till jannah.

Saya kongsikan ya perjalanan dan pengalaman sukarelawan dan ajk yang terlibat. Sebenarnya walaupun tidak terlibat secara langsung di program tetapi melihat gambar dan luahan ajk sangat menyentuh perasaan kita  sebagai saudara sesama islam.. Untuk membaca lebih lanjut saya mohon kalian semua supaya klik di link ini ya. "Kit Prihatin Asnaf 11 Disember 2015" http://amaltilljannah.blogspot.com/2015/12/kit-prihatin-asnaf-11-disember-2015.html


Catat Ulasan

0 Ulasan