Program Sedekah Jumaat dan Aktiviti Terbaru Amal till Jannah

Pernahkah kalian terdengar atau pernah berurusan dengan pihak Amal till Jannah atau dikenali ringkasnya ATJ.

Alhamdulillah, jika pernah berurusan dengan pihak ATJ ya. Hari ini saya ingin kongsikan program mingguan kami, Tabung Sedekah Jumaatku tetap berjalan seperti biasa. Sedekah jumaat akan disalurkan kepada masjid-masjid terpilih dalam bentuk minuman dan makanan.

Juga beberapa program terbaru yang telah dilancarkan bulan November-Disember ini yang masih berjalan ya.  Antaranya Kit Kasih (tutup pada 20 Disember), Kit Banjir dan Kit Prihatin Gelandangan - paling baru.

Bagi Kit Kasih pihak ATJ telah berjaya mengumpulkan 100 kit buat anak yatim dan asnaf. Semoga sedikit sumbangan ini dapat membantu anak-anak kembali ke sekolah dengan girang dan penuh semangat.


Antara barangan Kit Kasih yang telah dikumpulkan buat anak-anak ini.


Untuk menyumbangkan sedekah anda. Boleh pilih antara poster dan sumbangkan ya. Nama admin bagi tabung juga ada di poster.

Sehingga bertemu lagi :)


Catat Ulasan

0 Ulasan