Selamat Tinggal Lenovo A850 plus


Seminggu lepas akhirnya handphone kesayangan saya, lenovo a850+ telah mula menunjukkan sifat breakdownnya. Bermula dengan key power yang semakin sukar untuk ditekan, panggilan tidak dapat dengar suara, dan akhir sekali hang terus. Masih boleh dibuka apabila cuba jaya tekan power tetapi hang pula dan handphone berfungsi sendiri. Sedih juga dibuatnya. Handphone lenovo ni saya beli dengan duit bisnes sendiri pada harga RM 600.

Handphone ini banyak kenangannya kerana ianya dibeli sejurus selepas saya melahirkan anak ketiga. Handphone sebelum itu rosak dan menyebabkan pelanggan tertunggu-tunggu akan tempahan mereka. Terima kasih juga pada suami kerana bantu saya uruskan pelanggan semasa saya bersalin tempoh hari. Sudah lebih 1 tahun 8 bulan, lenovo bersama saya. Saya akui ianya handphone yang bagus, kurang lagging, kurang masalah kecuali saya sudah 2 kali bertukar tempat cas kerana cipnya asyik rosak, dan camera lenovo a850+ sangat tidak menarik. Hehe

Itulah kelemahan yang besar bagi camera lenovo. Baik kamera belakang mahupun hadapan. Sekarang saya pakai handphone second hand sahaja, samsung note 2 pada harga bawah RM700. Saya berharap sangat handphone ini dapat deliver dengan bagus. Terutamanya saya menggunakan handphone sepenuh masa dalam menguruskan bisnes online. Blogging, facebook dan instagram.

Suka juga dengan kualiti kameranya, disebabkan saya tidak pernah miliki handphone dengan kualiti kamera yang bagus jadi bagi saya ianya cantik. Anda rasa bagaimana? Saya tunjukkan ya.

Rindu untuk berblogging dan berkongsi bersama kalian tentang aktiviti AbDR. Alhamdulillah, semakin ramai pelajar baru menyertai kami di akademi.

Para-para isteri, pelajar mahupun sesiapa sahaja yang ingin jadikan blog sebagai sumber pendapatan. Atau belajar blog untuk memaksimakan bisnes online anda. Di sinilah tempatnya bersama-sama kami di ABDR. Pendaftaran dibuka setiap hari, bila-bila masa kalian bersedia.

Usah risau, kelas dijalankan secara online sahaja.


Catat Ulasan

0 Ulasan