Soal Jawab Nafkah Isteri, Semasa Iddah dan Selepas Bercerai

Teks: Emme Marina Mohamad

Perkahwinan merupakan satu proses yang amat singkat, tetapi perceraian kedua pihak adalah sangat lama. Menyiksakan dan boleh menyebabkan pergaduhan serta kebencian yang lebih mendalam. Jika ianya berakhir dengan cara yang tidak baik. Oleh itu sebelum berkahwin, betulkan niat anda semula. Apakah anda berkahwen itu kerana Allah afau sebaliknya? Dan antara nasihat yang pernah saya dengar dalam satu sesi ceramah di radio IKIM ialah selepas berkahwen atau bernikah. Lakukanlah solat taubat atas dosa-dosa yang pernah kita lakukan bersama pasangan dan mulakanlah hubungan itu dengan lembaran baru dengan menjadikan islam sebagai rujukan utama.

Saya ingin kongsikan sesi soal jawab ini dalam program telegram channel yang saya ikuti. Rakan-rakan pon boleh follow ya.

📥📥📥📥📥📥📥📥📥📥📥📥
USRAH SOLAT & SOAL JAWAB UGAMA
https://telegram.me/usrah_solat

😊SoalJawab bersama:
🌸🍃  ustz Man & Akh Wan



🔶 Soalan :

🍎 assalam ustaz...nak tanya ttg nafkah edah dan mutaah bekas istri yg diceraikn...adakah boleh bekas suami beri nafkah itu ikut suka dia nak bagi...contoh rm100 sebln..sama spt nafkah yg dia beri semasa mrk suami istri dulu...tp masa itu bekas istri bekeje...skrg ni bekas istri dah tak keje dn harta habis di jual kerana nak cukupkn belanja masa mrk jadi suami istri...alasan nya dia byk tanggungan...bekas suami mgamuk bila bekas istri nak guna khidmat biro guaman...tlg ustaz bantu sy istri yg malang ni..



🔷 Jawapan:

😊Wa'alaikumusàllam....

Waalaikumusslam..maaf sbb lmbat blas..

Hukum Nafkah adalah wajib berdasarkan al Quran dan juga Sunnah. Di dalam Al Quran telah dijelaskan mengenai nafkah ‘iddah berdasarkan firman Allah Taala dalam surah al-Talak

Bermaksud:  “Tempatkanlah isteri-isteri yang menjalani ‘iddahnya itu ditempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu, dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka ditempat tinggal itu dan tujuan menyusahkan kedudukan mereka supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu”.

Nafkah eddah ikut kebiasaan makan minum setiap hari ketika dalam rumah tangga.

Persoalan nya.100 sebulan adakah nafkah yang cukup??. Jawab nya tidak..

Sehari habis kurang rm30..sebulan rm900
Isteri boleh buat tuntutan pada mahkamah syariah..tuntutan nafkah iddah dan mutaah..

Mahkamah akan kira sebnyak mana yg wajib suami bayar.
Jngan takut pada bekas suami..jika ada ugutan.buat report.

Janhn biarkan diri di zalimi walaupun selepas cerai.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda yang sedang menghadapi masalah dengan bekas suami. Teringat kata sahabat saya, walaupun penat ulang-alik naik mahkamah sehingga bertahun lamanya tetapi demi hak anak-anak, tanggungjawab ayah itu sendiri. Dia rela. Dan baiknya ialah, kita sebenarnya membantu bekas suami ini menjalankan tanggungjawabnya daripada disoal sewaktu akhirat kelak.

Wallau alam


Catat Ulasan

0 Ulasan