Tasbih Digital


Assalamualaikum,

Saya kongsikan tasbih digital yang saya gunakan, saya sendiri baru jumpa tasbih ni, nak cari payah, saya sukar nak ke kedai membeli, jadi godek-godek google play ada jumpa applikasi ni. Alhamdulillah.

Peneman saya hari hari, bagaimana nak dapatkan tasbih digital ni? Mudah sahaja, anda ada tak google play? masuk ke google play, taip "DIGITAL COUNTER", dah jumpa click dan download. Semudah itu sahaja. Kemudian boleh la start guna.

Cara guna applikasi ni pon sangat senang, boleh click kat butang count tu, atau pon tekan pada volume atas ikut handphone anda la yer. Macam saya, lenovo a850+ volumenya sebelah kanan.

Semoga di bulan ramadhan ini dengan tasbih digital dapat memudahkan lagi zikir harian kita, kadang-kadang kita terlupa yang keberapa zikir kita kan... mudah-mudahan dengan applikasi ni, takde lagi terlupa kiraan zikir, malah semakin seronok dan semangat nak zikir lagi banyak. In shaa Allah


kaler-kaler screen pon boleh ditukar mengikut citarasa anda. saya suka kaler hijau ni, tenang je mata kan?


Catat Ulasan

0 Ulasan