Berjalan-jalan di Teluk Cempedak Kuantan

Teks: Emme Marina Mohamad
Foto: Koleksi peribadi

Teluk cempedak atau nama popularnya TC. Sejujur-jujurnya kan. Selama kami menetap di Kuantan tercinta ni, boleh dikira bawah 5 kali rasanya kami berjalan-jalan di Teluk Cempedak. Bukan tidak suka, masalahnya nak parking kereta tu leceh sedikit. Selalu sahaja penuh Teluk Cempedak ni terutamanya waktu hujung minggu.

Saya dan suami pula memang jenis malas nak hadapi masalah parking dan crowded. Jadi kebiasaannya kami akan berkunjung ke Pantai Sepat atau Pantai Selamat. Di sini orangnya tidak ramai kerana tiada aktiviti dan restoren seperti di Teluk Cempedak. Maka suasananya lebih tenang dan di sini ramai juga yang suka datang untuk berpiknik dan mandi manda.

Apa yang ada di Teluk Cempedak?

Teluk cempedak menarik kerana tempatnya dan persekitaran. Ada restoren segera seperti Mc Donald, KFC, Burger King dan banyaklah. Ada rest house dan hotel untuk penginapan. Gerai-gerai serta aktiviti yang menarik pada waktu malam. Jika anda mahu rasa bagaimana hidupnya aktiviti malam di Kuantan bolehlah datang di Teluk Cempedak. Memang meriah tau. Juga sangat ramai pengunjungnya.

Hari tu, kami singgah di Teluk Cempedak sahaja ja bawa mak dan abah jalan-jalan di pantai. Alang-alang makan sekali sambil menghadap laut. Best kan?


Semasa kami datang ni tidak ramai orang lagi. Jadi agak lengang jugalah. Gerai-gerai jualan dan kraftangan juga baru dibuka ketika tu. Anak-anak memang suka pergi pantai ni. Hehe. Seronok dapat ajak mak abah datang sini.

Basah jugalah bila balik tu! Puas tak bagi main air pantai, lastnya semasa mereka bermain di persisiran pantai tu ombak kuat pula. Naik air sampai atas membasahkan anak-anakku bersama atuk dan neneknya. Hahaha. Sabar ajelah. Memang geleng kepala ajela saya dan suami lihat dari atas.

Seronok anak-anak dapat usik air laut. Mohla datang Teluk Cempedak tapi nak datang tu. Datang lewat sedikit tahu, baru hidup suasana di TC. Jika tidak, cuma berjalan-jalan sahajalah.

Semoga bertemu lagi dan selamat bercuti di bandar Kuantan!


0 Comments