Blog = Kedai Online. Konsep Pelanggan Cari Kita, Bukan Kita Cari Pelanggan


Teks: Emme Marina Mohamad
Foto: Koleksi Peribadi

99 peratus pelanggan saya kini datangnya dari carian google. Syukur alhamdulillah,.. Saya bersyukur Allah ketemukan saya bersama Akademi bekerja di rumah. Di sini saya dapat belajar bagaimana membuat kedai online menggunakan medium percuma iaitu blogspot.com.

Sebenarnya kepentingan blog sebagai medium tapak kedai telah lama saya tahu. Ini kerana saya perasan saya sendiri banyak "google" apabila saya mengkehendaki sesuatu produk atau barangan.

Apabila saya mahu membeli tudung, saya google "tudung murah".
Apabila saya mahu mencari penyelesaian, sebagai contoh, merawat masalah kulit jeragat juga saya akan menggunakan khidmat "google".

setiap kali juga capaian carian ini akan pergi ke laman blogspot terutamanya. Dari sini saya lihat mereka menggunakan laman blog percuma bagi mempromosikan produk mereka.

Gunakan blog sebagai:
- tapak kedai online atau offline
- berkongsi maklumat atau pengalaman menggunakan produk atau berkaitan produk
- bercerita perihal perniagaan sebagai motivasi kepada orang ramai
- medium pembelajaran seperti tutorial dan serta tips dan panduan

Kesemua ini digabungkan menjadi satu wadah perniagaan yang amat berkesan.

Mereka yang "google" ialah mereka yang dahagakan maklumat.
Mereka yang "google" ialah mereka yang inginkan sesuatu.

Ianya bukan sahaja-sahaja menggunakan carian utama google ini.

Apabila anda belajar di kelas asas blog penulisan dan bisnes, bukan sahaja kalian belajar menulis dengan betul. Kita mahu bina pembaca yang fokus dengan produk jualan kita, belajar cara penulisan bisnes yang betul dan akhirnya menjadikan blog sebagai lubuk duit bagi diri kita. Betul bukan?

Bisnes bermakna menghasilkan duit. Ini matlamat jelas semua pelajar aliran bisnes di akademi bekerja di rumah. Dan inilah peluang pembelajaran dan bonus ebook yang dapat membantu kalian untuk jana pendapatan lebih lumayan.

Rahsia kejayaan?

Haaa.. belum mula dah tanya rahsia dan resepinya ya.

Baik. Rahsianya cuma satu sahaja bagi saya.

Mempunyai keinginan mendapatkan kejayaan dengan attitude yang cemerlang, rajin dan pasti bahawa rezeki itu datangnya dari Allah s.w.t.

Kami di akademi mampu memberikan pelajaran dan bimbingan tetapi akhirnya kalianlah yang mencorakkan masa depan kalian.

Latih tubi bersama kami, jana pendapatan RM 5, RM 10, RM 50 dan RM 100 setiap hari.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
Alhamdulillah, kami mara lagi 2000 pelajar dan blogger. Semoga ukhwah terjalin antara kita ya.

Hubungi saya Emme Marina Mohamad
0189100852

0 Comments