Contoh Penulisan Pengenalan Diri Kelas Asas Blog Penulisan

Blog pilihan:
Contoh penulisan pengenalan diri, iaitu entri pertama.
Teks : Nor Atiqah Hamidi
Dalam melayari bahtera kehidupan, kita tidak akan terlepas dari cabaran dan ujian. hadapilah ia dengan sabar dan yakin ALLAH ada dengan kita. Itu antara kata-kata mak saya yang saya pegang hingga ke saat ini. Ianya merupakan kata-kata semangat dan pendorong kepada saya dalam melayari kehidupan di muka bumi ini. Saya merupakan anak sulung dari lima adik beradik. Jarak yang agak jauh dengan adik kedua menyebabkan saya agak rapat dengan mak.
Saya memulakan persekolahan di Jengka 11, Pahang. Selepas itu kami sekeluarga berpindah ke Muar mengikut abah yg bertukar kerjaya. Sekali lagi kami berpindah. Kali ini destinasi nya adalah Kluang. Alhamdullillah, sampai sekarang kami masih menetap di Kluang. Setelah tamat SPM, saya melanjutkan pelajaran ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA di Pasir Mas Kelantan. Jauh perjalanan, luas pandangan. Itulah azimat yang saya pegang ketika kali pertama menjejakkan kaki ke Kelantan.
Saya berjaya menamatkan pengajian pada tahun 2009. Bermulalah episod kehidupan saya yang baru apabila permohonan saya untuk menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat minyak dan gas diterima. Selama setahun berada di syarikat tersebut, saya berpindah ke syarikat lain yang masih mengendalikan minyak dan gas iaitu Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd yang berpusat di Pasir Gudang. Skop kerja yang sama membuatkan saya tidak kekok di kelilingi rakan sekerja yang baru. Dan, saya masih setia di MMHE sehingga ke hari ini.
Saya telah mendirikan rumahtangga pada tanggal 01 September 2012 dan dikurniakan seorang puteri yang comel pada 17 Julai 2013. Saya merupakan seorang ibu yang menyusukan puteri saya dengan susu ibu dari hari pertama kelahirannya hingga ke saat ini. Saya akan berkongsi dengan anda tips dan langkah-langkah untuk memberi susu ibu sahaja kepada bayi anda sehingga 2 tahun tanpa susu formula.
Semoga dengan lahirnya blog ini dapat memberi inspirasi kepada ibu-ibu di luar sana yang bekerja untuk menyusukan bayi hingga 2 tahun dengan jayanya tanpa susu formula.
http://noratiqahamidi.blogspot.my/2014/02/siapa-saya.html

Nota kelas asas blog

Nota 1:
Sangat penting pengenalan diri untuk pembaca kenal dan tahu siapa kita.
Nota 2: Ia seperti resume lengkap berkenaan diri kita, latar belakang dan juga bisnes.
Nota 3: Pengenalan begini sesuai untuk blog penulisan.
Nota 4: Pengenalan untuk blog bisnes adalah berbeza ia lebih fokus kepada produk dan bisnes.
Nota 5: Juga sangat penting kita sudah memasukkan fokus blog dalam pengenalan pertama. Jadi pembaca tahu mereka mahukan informasi dalam blog ini.
Nota 6: Semak semula pengenalan diri kalian, dan boleh dikemaskini dari masa ke semasa.
Nota 7: Pengenalan diri sangat penting untuk membantu anda membina pengaruh awal kepada pembaca.

Label: Contoh Entri Pengenalan Diri.

Belajar di dalam kelas asas blog secara online.
Anda dibimbing dan disemak tugasan harian. Ada guru yang menyemak dan memberikan ulasan.

Semuanya dijalankan secara online sahaja. Pelajar bolehlah belajar dan menyiapkan tugasan mengikut waktu tersendiri.


.
Mari belajar kelas asas blog penulisan bersama kami. Alhamdulillah, kami mara 2000 blogger yang terdiri dari surirumah, pelajar, ibu tunggal juga para peniaga.

Sama ada kalian mahu berkongsi pengalaman, kemahiran atau produk. Semuanya boleh dijalankan di sini.

Hubungi saya bagi maklumat lanjut akademi bekerja di rumah.
Emme Marina
Pengurus Online ABDR
0189100852


Catat Ulasan

0 Ulasan