Kucing di Dalam Penyamaran

Teks: Emme Marina Mohamad
Foto: Koleksi peribadi

Suami dan rakannya telah membuat perancangan mengawankan kucing jantan kami dengan kucing betina masing-masing Sewaktu itu, anak comel kami masih kecil. Sehinggalah satu hari selepas raya puasa tahun lepas, kucing kami hilang. Mungkin dah tabiat mereka akan keluar mengembarakan atau mengawan, dan sesungguhnya Allah itu maha pengasih tiba-tiba seekor kucing kami berjaya cari jalan pulang setelah hampir 4 bulan menghilang.

Sedih juga ya hati kami.

Bulunya gugur, badannya ringan. Funny thing is, dia balik untuk mengawan. Haisshhh. Memang tak melekat dirumah lagi la jawabnya. Tetapi berita baiknya, rakan betinanya berada dalam kawasan perumahan kami. Jadi selamat dari hilang jauh.


Ini sangkar kucing rakan suami saya, Luna namanya. Tetapi di mana kucingnya?

Hilang! Anak bongsu saya pandai pula buka sangkar ni rupanya. Ya Allah punyalah takut saya, kalau kucing sendiri hilang sudah tidak keruan inikan pula kucing kesayangan orang lain.

Saya pusing satu rumah. Cek luar dan dalam. Almari pon saya geledah tahu. Dan tiba-tiba...

Di kawasan anak pokok kami, saya ternampak bulu kucing keperangan. Masya Allah, lega betul rasanya. Saya memang sudah seram sejuk takut dengan encik suami pun yer. Yup, saya sebenarnya selepas menggeledah rumah saya telefon suami mengkabarkan berita kehilangan Luna. Bergegas suami saya pulang. He

Anda nampak?

Pandangan dari jauh, memang saya tidak perasan ada kucing di situ sehinggalah saya teliti dengan baik

Luna ooo Luna.
Kalian lihat ya, sejak kucing jantan kami pulang. Kami cuba tutup semua jalan keluar supaya kucing kami tidak boleh keluar. Semestinya dia sedaya upaya nak cari jalan keluar jugak


siap tutup longkang




Lawak je sebenarnya. Nasibla kucing kami besar dan gemuk maka dia tidak boleh keluar melalui pagar hijau tu. yippie

Oh, Luna dan Ginger nama kucing kami telah selamat mengawan. Punyalah tak malu! 

Mama dan papa pulak sibuk ngintai nak tengok jadi ke tidak. 

Macam-macam kita ni sebagai manusia kan?

Cinnamon masih hilang. Nanti saya postkan gambar kucing saya pula pada entri seterusnya. Harap ada yang menjumpai Cinnamon ni.

4 Comments

  1. Jumpa lagi seorang blogger minat kucing

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada kucing jugak ke Mrs. A. Tapi duk geram dengan ginger ni. abis di spraynya rumah.. pokok-pokok semua. las2 lepas mengawan officially duk luar rumah.. hahaha. Mama dah marah!

      Padam
  2. Assalamualaikum..liyana singgah sini dan follow #18
    jom join segmen http://beautifulofiman.blogspot.com/2015/12/segmen-bloglist-blogwalking-by.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih nurul sudi jengah blog akak yang tak seberapa ni. follow back.

      Padam