Pernahkah Anda Terfikir Tanda-tanda Allah Mencintai Kita Sebagai Hamba Nya?

Teks: Emme Marina Mohamad


Ya Allah, lindungi kami dan cintailah kami... Ampunkanlah segala dosa dan kelalaian kami. Sesungguhnya kami hambamu yang hina namun kami masih mahu menjadi hamba syurga Mu.

Baru sahaja tadi saya mendapat kiriman nota ini dalam grup usrah amal till jannah. Semalam tersentak akan kenyataan seorang alim tentang tidur selepas subuh. Pagi ini mendapat pula nota mengenai tanda Allah mencintai kita.. sayang kita.

Pernahkah kalian mendongak atau berhenti seketika memikirkan adakah Allah ingatkan kita? Adakah Allah kasihkan kita?

rupanya setiap perkara dan perbuatan kita melambangkan ingatan dan kasih sayang Allah pada kita. Namun kita tidak sedar, dan bila kita sedar sama ada kita berusaha untuk lebih dicintai atau kita tidak mempunyai perasaan.

MasyaAllah.. jika kita tidak ada perasaan membacanya, maka bertaubatlah kalian.. sesungguhnya hati kita sudah terlalu jauh dari cahaya iman.

TANDA ALLAH MENCINTAI

Dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa Nabi Musa a.s. berkata sesuatu kepada Tuhan, “Wahai Tuhanku, bagaimana saya dapat membezakan antara orang yang Engkau cintai dengan orang yang Engkau benci?’

Allah Swt. menjawab, ‘Hai Musa, sesungguhnya jika Aku mencintai seorang hamba, maka Aku akan menjadikan dua tanda kepadanya.’ Musa bertanya, ‘Wahai Tuhanku, apa kedua tanda itu?’

Allah Swt. menjawab, ‘Aku akan mengilhamkan kepadanya agar ia berzikir kepada-Ku agar Aku dapat menyebutnya di kerajaan langit dan Aku akan menahannya dari lautan murka-Ku agar ia tidak terjerumus ke dalam azab dan siksa–Ku.

Hai Musa, jika Aku membenci seorang hamba, maka Aku akan menjadikan dua tanda kepadanya.’ Musa bertanya, ‘Wahai Tuhanku, apa kedua tanda itu?’

Allah Swt. menjawab, ‘Aku akan melupakannya berzikir kepada-Ku dan Aku akan melepaskan ikatan antara dirinya dan jiwanya, agar ia terjerumus ke dalam lautan murka-Ku sehingga ia merasakan siksa-Ku.’”

-- Imam Al-Ghazali dalam Kitab Al-Mahabbah.

SILA SHARE DAN SEBARKAN


Catat Ulasan

0 Ulasan