Tuesday, January 05, 2016

Resepi Pancake Gebu dan Lembut Tanpa Susu

Publish on : Tuesday, January 05, 2016 There is : 0 Comments Labels : , ,

Assalamualaikum..

Pancake merupakan makanan paling mudah disediakan dan alhamdulillah sangat digemari anak-anak walaupun hanya makan kosong sahaja. Ada masanya kami makan pancake ini hampir setiap hari. Haa, ala-ala mat salleh gitu kan?

Version yang bakal saya kongsikan ini ialah version pancake menggunakan stevia ya. Jenama Royal sweetener stevia atau dikenali sebagai rcc stevia.

Gantikan gula pasir kepada rcc stevia kerana rcc stevia merupakan pilihan gula yang sangat sihat. Bukan sahaja tanpa kalori malah kosong lemak, dan kosong kolestrol. Manakala gula pasir pula sebenarnya 1 gram bersamaan 4 kalori. Bayangkan berapa banyak kalori masuk ke dalam badan anda semata-mata anda sukakan kemanisan. Tambah lagi gula pasir ni tiada zat kepada badan tau, menambah kegemukan, pembiak sel kanser dan pembiak fungus dan kulat dalam badan kita semua.

Okay. Cukuplah. Mari kita lihat resepi yang saya gunakan ini. Sangatlah mudah dan saya sebenarnya tak pernah sukat. Jadi saya sediakan tips supaya mudah untuk kalian sediakan ya.


Bahan-bahan:

1 cawan Tepung gandum (200 ml)
1 biji telur
Minyak masak (lebih kurang 2-3 sudu, guna minyak sedia ada di rumah sahaja)
Gula stevia (6-8 titik, jika tawar anda boleh tambah)
Atau gula pasir 1/2 - 3/4 cawan
1 sudu teh tepung penaik
1/2 sudu teh soda bikarbonat
Air
Esen vanilla
1 sudu cuka atau mayonis

Cara- cara:

Campurkan kesemua bahan di atas, kemudian kacau.
Jika step by step,bila saya rajin. Hehe.
1. Pecahkan telur dan campurkan bersama stevia, minyak masak dan esen vanilla. Gaulkan.
2. Kemudian barulah masukkan air diikuti tepung gandum, tepung penaik, soda bikarbonat dan cuka.
3. Gaul rata semuanya sehingga tiada ketulan. Macam buat kek tau.
4. Gunakan frying pan atau kuali leper. Gunakan yang non-stick jika tidak ia melekat atas kuali sebab kita tidak akan gunakan minyak ye.
5. Tuangkan bahan pancake ke atas kuali, apabila timbul lubang pada pancake terbalikkan. Tunggu seketika dan angkat! Siap.

Mudah bukan?

Okay. Saya sediakan gambar dan tips untuk anda hasilkan pancake gebu yang mudah dan cara ideal memasak pancake.


Gaya malas. Saya terus masukkan kesemua bahan
Gaulkan dan tambah air hingga dapat begini ya
Guna frying pan 28in. Huhu. Ini sahaja yang ada. In shaa Allah tak melekat. Jaga api ya, jangan besar sangat


Ini rupa pancake yang elok jika api dan bahan bertepatan. Warna perang kan? Dan pancake naik cantik sahaja


Tips memasak pancake gebu dan lembut
1. Cuka atau mayonis digunakan untuk melembutkan dan menggebukan pancake
2. Api dibuka pada tahap sederhana supaya pancake dimasak dengan baik
3. Guna susu segar berbanding air. Penggunaan susu segar untuk buat pancake lebih gebu dan berkrim. Berbanding air, rasa pancake agak biasa namun masih sedap dan amat mudah disediakan bukan?

Akhir sekali
Cubalah pelbagai variasi resepi pancake.
Pasti anda dapat hasilkan pancake mengikut citarasa anda!

Selamat mencuba.


No comments:

Post a Comment