Sabar dan Anak itu Separuh dari Iman

Teks: Emme Marina Mohamad

Apabila ditanya kepada saya, anak awak lelaki ke perempuan ya? Kebiasaannya saya menjawab, "perempuan, 3 orang lagi.. ", sambil tersenyum (sebenarnya memikirkan kerenah anak-anak saya yang memeningkan kepala).

"Mesti senangkan dapat anak perempuan, best jer jaga"

"Takde la... sama je lasaknya, ni ha yang si kecil paling suka panjat grill pintu sampai atas sekali, yang kedua usah cakaplah.. benjol, luka sana sini, letih dibuatnya"

"eh takkanlah?"

Huhu.. Entah kenapa ramai yang masih beranggapan apabila dikurniakan 3 cahaya mata perempuan ni penjagaannya mudah. Bakal mendapat anak yang ayu, sopan dan menurut perintah. Sesungguhnya, anak-anak gadis saya amatlah lasak dan sebagai bonus tambahan mereka kuat menjerit dan menangis versi melalak.

Terus terang ada masanya tenang, namun kebanyakkan masa apabila mereka bergabung saya yang naik hantu. Hehe.

Entri ini khas buat ibu meluahkan rasa jiwa raga sebab baru sahaja naik hantu menjadi Mrs. Incredible Hulk yang cun melecun. Diharapkan jiran di hadapan memekakkan telinga mendengar anak-anak gadis saya menangis dan menjerit bergaduh dek kerana berebutkan sehelai kertas. Aduhaiii.. Itu pun kamu mahu rebut dan tengkarkan.

Dan lebih memarahkan keadaan apabila hari ini merupakan harga pertama datang bulan si ibu. Dapatlah hadiah cubitan mesra kasih dan sayang untuk si nakal =)

Beginilah bila menjadi ibu dan suri di rumah. Apabila kita mula fokus kerja, ada masanya kita membiarkan anak-anak bermain, adakalanya terdapat blind spot di mana tempat kerja kita mungkin tidak dapat mengawasi semua pergerakan anak-anak.

Mulakan kerja dengan perasaan tenang. Baca doa dan pinta izin Nya supaya dipermudahkan semua urusan. Jika emosi kurang stabil, cuba tenangkan perasaan dahulu sebelum menjawab soalan pelanggan. Jika tidak, takut perasaan terbawa-bawa pula dan menyebabkan layanan kita kepada pelanggan kurang mesra dan kurang menepati.

Urus emosi ketika bekerja di rumah.

Tips ini juga saya dapat dari sumber ebook Super Wahm, Super Mom. Dahulu, saya tidak pandai menguruskan masa dan emosi. Tetapi berbekalkan ebook dari akademi bekerja di rumah, saya mula belajar menetapkan masa dan cara mengatasi emosi.

Bukan mudah ya mahu bekerja dari rumah, menguruskan rumah tangga, mengemas, melayan karenah anak-anak yang masih kecil. Jika sudah besar, lain pula ragamnya. Tetapi anak-anak saya masih kecil, jika berikan arahan dan disuruhnya diam, agaknya berapa saat bertahan "diam" mereka tu? Hehe

Jadi, kita yang dewasa haruslah pandai mengawal emosi, menguruskan anak-anak jangan nanti hilang fokus dan matlamat kenapa kita mula bekerja di rumah dan menjaga anak sendiri.


Sekian, terima kasih sudi baca luahan si ibu hijau hari ini.


Tadi anak kecil bawa susu pekat di depan, terlupa saya dia sudah pandai buka peti sejuk, bukan sahaja dia bawa ke depan, ditumpahkannya lagi atas karpet. Yeay, masanya untuk saya mencuci karpet tersebut. Jika stevia yang tumpah saya tidak risau, ini susu penuh gula pasir,.... Kejap lagi menghurunglah jiran-jiran semut ke rumah. Nyum nyum

Catat Ulasan

0 Ulasan