Tesis Correction

Teks: Emme Marina Mohamad


Agak sudah lama saya tidak menjejakkan kaki di UMP. Hari ni saya ada appointment bersama supervisor bagi menyiapkan tesis. Alhamdulillah, Dr., sudah review dan buat correction bagi draf tesis saya tempoh hari.

Lama jugalah masa menunggu tesis ni siap. Berbalas emel antara saya dan Dr. Masing-masing cuba berikan kerjasama yang terbaik berdasarkan situasi sibuk di universiti dan saya sibuk bersilat dengan anak-anak di rumah. Bila mana saya buka sahaja notbuk untuk menyiapkan tugasan ketika itulah anak-anak mula buat perangai.

Ketika itulah nak dimanjakan.
Ketika itulah ada perkara yang nak diceritakan.
Haru biru dibuatnya.

Yang si bongsu pula siap duduk atas meja belajar mama. Haiiiii, nasib badan. He. Jenuh saya letak dia ke bawah, di panjatnya semula ke atas meja dengan sengihan nakalnya tu. Apa lagi, dapatla ciuman bertubi-tubi dari saya dan cubitan geram sekali. Adakalanya ketika itu jugaknya dia mahu menyusu. Dipanjatnya riba saya dan menetapkan posisi mahu dibaringkan. Begitulah dugaannya yang saya harus lalui setiap kali saya mendekati notbuk.

Hari ini, anak-anak terpaksa saya tinggalkan di taska mereka. Alhamdulillah, kak Shaudah baik hati sanggup jaga mereka lagi. Memang selalunya, jika saya ada perjumpaan di universiti anak akan saya letakkan di bawah jagaan Taska Sri Suria. Merekalah yang paling bagus menjaga anak saya ketika ni,kerana saya telah lama bersama mereka dari anak ke dua saya berumur 45 hari lagi. Disebabkan itu, nak berikan orang lain menjaga anak-anak ni saya jadi kurang pasti.

Tetapi..... mengamuk juga si Qisya. Dah lama tak masuk taska. Bersilat jugalah nak menghantar tadi, berakhir juga dengan pekik lolong serta tangisan. Maafkan mama ye sayang. Ada tugasan mama harus siapkan. Semoga urusan hari ni berjalan dengan lancar. Aminn


0 Comments