Ulasan Kelas Asas Blog Penulisan Kreatif Siti Zaiton Ahmad

Penghujung bulan September 2015 saya mengambil keputusanuntuk mengorak langkah lebih ke hadapan. Saya mengikuti Kelas Blog Penulisan Kreatif yang dikendalikan oleh Cikgu Monalita Mansor. Pada mulanya saya begitu bimbang kerana takut tidak dapat mengikuti kelas tersebut memandangkan faktorumur saya yang sudah pun menjangkau angka 46 tahun. Mungkin sudah terlewatuntuk saya belajar. Namun apabila saya mengikutinya secara tekun Alhamdulillahsaya dapat mengikuti dengan berjaya meskipun ada juga tugasan saya tidak menepati seperti yang dikehendaki.

Alhamdulillah berkat tunjuk ajar cikgu, saya akhirnyamelepasi tugasan demi tugasan. Banyak perkara baru yang saya pelajari sepertimemasukkan entri ke dalam blog, lay out, label dan pelbagai lagi. Sebelum inisaya hanya membuat cara saya sendiri tanpa mengikut cara yang betul.Langkah-langkah yang sebelum ini tidak saya ketahui telahpun saya ketahui.Sedikit sebanyak pelajaran itu dapat saya kaut.

Dalam bidang penulisan pula barulah saya memahamiistilah-istilah penulisan seperti plot, watak, gaya bahasa dan sebagainya. Saya rasa beruntung dengan sedikit pelaburan, saya dapat menambah ilmu di dada.Malah cikgu sering memberi kata-kata perangsang yang menaikan semangat. Lebihmembanggakan apabila salah sebuah cerpen kanak-kanak yang saya hasilkan telahterpilih untuk terbitan bersama DBP. Semua itu atas dorongan dan tunjuk ajarcikgu.

Saya sungguh gembira dan berterima kasih kepada CikguMonalita Mansor yang sering ada apabila saya ingin bertanya tentang pelajaranyang saya tidak faham. Pembelajaran yang mudah difahami oleh suri rumah sepertisaya. Kenapa tidak bagi anda yang mungkin lebih baik dari saya.

http://sitizaitonahmad7.blogspot.my/2015/11/ulasan-kelas-blog.html

** Kami membuka pendaftaran kelas penulisan kreatif setiap hari. Jadikan blog sebagai medium pembelajaran mengasah bakat dan skill terpendam anda. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.

Hubungi saya pada bila-bila masa kalian bersedia.

Emme Marina
Pengurus Kelas Asas Blog Penulisan Kreatif ABDR
0189100852

Labels: Akademi Bekerja di Rumah, Belajar Asas Blog, Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif, Kelas Blog Online, Ulasan Testimoni Pelajar ABDR

0 Comments