Monday, February 29, 2016

Gelombang Bebas Hutang Bersama Stevia Semakin Menular

Teks: Emme Marina Mohamad

Percaya tapi macam susah nak percaya. Boleh ke buat duit dengan produk stevia ni?


Jawapannya: memang boleh!

Mungkin yang fikir besar, nak untung sekali masuk beratus atau beribu. Maka, stevia bukan untuk awak. Atau mungkin nak kaya tanpa mahu pedulikan orang lain. Juga bukan untuk awak.

Misi kita di sini ialah menyebarkan kebaikkan gula stevia bagi menggantikan gula pasir atau racun putih ini dirumah anda namun pada masa sama anda boleh kongsikan kejayaan ini bersama rakan dan seluruh Malaysia.


Bayangkan misi 1 rumah, 1 stevia tercapai. Atau pun 1 kad pengenalan, 1 stevia. Hehe

Semua rumah pasti ada gula kan?

Jomlah saya kongsikan fenomena rakan-rakan biz saya yang gigih dan rajin usaha dalam merebut peluang menyebarkan kebaikkan gula stevia. Sambil sebarkan maklumat, sambil tebalkan poket.


Tengoklah tu. Sape rajin dia dapat tahu.

Tiada istilah duduk goyang dan dapat iincome berkepuk. Orang Cina, India semuanya sudah mula berminat menyertai plan bisnes rcc stevia ni. Pengasas kita orang Islam, Bumiputera tahu.


Read More...

Kenapa Penghidap Kencing Manis Mudah Kena Serangan Jantung dan Strok?

[ INFO KESIHATAN ]

▶KENAPA PENGIDAP KENCING MANIS MUDAH
KENA SERANGAN JANTUNG DAN STROK ?

Penyakit Jantung Koronari berpunca dari :
1. Salur Darah Sempit , atau
2. Salur Darah di Jantung tersumbat
Disebabkan, terdapat Plak Kolesterol atau Darah Beku.

DI ANTARA PUNCA UTAMA SALUR DARAH DI JANTUNG TERSUMBAT ADALAH KERANA pemakanan tinggi KARBOHIDRAT terutamanya GULA.
PENGAMBILAN GULA BERLEBIHAN akan meningkatan Paras Glukosa dan akan MEROSAKKAN DINDING SALUR DARAH,
Menyebabkan pemendapan kolesterol dan terjadinya PLAK KOLESTEROL
Yg menyumbatkan SALUR DARAH DI JANTUNG dan OTAK yg bleh mendapat Serangan Jantung dan Strok.

RCC STEVIA SWEETENER  boleh membantu
MEMBERSIHKAN SALURAN DARAH Anda dengan CEPAT & Amat Berkesan serta Mencuci Buah Pinggang dan Mencuci Usus Anda...kerana Stevia bertindak
MEMBERSIHKAN SALURAN DARAH dan bebas dari sebarang Bahan Kimia.
👍Mendapat kelulusan daripada FDA-IND USA
(Food and Drug Admintration, Amerika Syarikat)
👍Pengiktirafan drpd PPIM ( Persatuan Pengguna Islam Malaysia )
👍HALAL dari JAKIM
Anda akan bertambah YAKIN jika Produk yg diyakini Halal.Guna tanpa Was-Was...RCC STEVIA SWEETENER boleh membantu mencuci saluran darah tersumbat dan aktif sehingga saluran yang paling halus (kapilari).

CUMA RM50.00 Sebotol (PROMOSI TERHAD)
Whatsapp laju-laju Ke : +60189100852

Jom Cuci Bersih Salur Darah Anda dgn Mengamalkan RCC STEVIA SWEETENER -
Whatsapp : 0189100852


Read More...

Esok 1 Mac 2016

Publish on : Monday, February 29, 2016 There is : 0 Comments Labels : , , ,

Teks: Emme Marina Mohamad

Jam menunjukkan pada 8.27 malam, Isnin 29 Februari 2016 semasa saya menaip untuk entri kali ini.

Lagi beberapa minit untuk masuknya azan isyak. Saya berfikir, apakah saya sudah siapkan kesemua tugasan saya hari ini?

Ada ahli silver untuk amaltilljannah, namun saya masih belum daftarkan. Kerana hari ini jatuh pada 29 Februari, kerisauan keahlian setahun genap 4 tahun kemudian. Makanya, kami semua, geng-geng rcc ini akan mendaftarkan semua ahli baru pada keesokkan hari.

Juga permintaan untuk korset premium beautiful kawan Kak Normila masih belum saya ukurkan saiznya. Bercadang untuk cek malam ini. Semoga dipermudahkan urusan. Aminnn.

Hari ini grup bisnes stevia agak meriah. Syukur makin ramai yang sedar hanya dengan menjadi ahli, kita bukan sahaja jadi pengguna semata, namun kita berhak untuk menjana pendapatan melalui produk stevia ni. Tidak kira apa pon pakej keahlian yang didaftarkan, keistimewaan komisyen dan kebajikan adalah sama rata. Lain dari yang lain sungguh bisnes stevia ini.

Tugasan hari ini selesai untuk menyiapkan blog-blog jualan saya yang lain. Seeloknya mahu fokus, satu blog satu jualan. Supaya ianya kekal tersusun tanpa gangguan. Blog juga saya olah supaya ianya lebih "user friendly" kepada semua pengguna android. Statistic blog menunjukkan lebih 50 peratus pelanggan blog saya menggunakan smartphone atau android untuk membaca entri saya. Alhamdulillah, terima kasih ya sudo jengah blog saya yang tidak seberapa ini. Pujian kalian saya kembalikan kepada Allah yang Maha Esa.

Saya ada beberapa blog jualan dan juga saya merupakan admin utama bagi blog amal till jannah. Mungkin jika kalian mempunyai masa lapang, jenguk-jenguklah ke blog amal till jannah ya.

Ini senarai blog saya selain blog utama emmemarinamohamad.blogspot.my

1. Produk dms360 stokiscerminseri.blogspot.my
2. Radio digital islamik radiodigitalislamikmalaysia.blogspot.my
3. Jubah nursing jubahnursingmurah.blogspot.my

Alhamdulillah, kesemua produk jualan ini saya jalankan hanya dari rumah sambil menjaga anak-anak.

Kesemua ini juga saya belajar dari akademi bekerja di rumah semasa kelas asas blog penulisan dan bisnes. Di sini terlalu banyak ilmu yang dicurahkan, kata-kata semangat yang tidak jemu kepada kami terutamanya pengurus online akademi ini. Membuatkan saya terus mahu maju ke hadapan.

Rezeki pasti akan ada. Itu janji Allah. Kita hanya perlu lakukan apa yang disuruh. Lakukan apa yang Allah gemarkan. In shaa Allah, Dia pasti memberi.

Saya berbisnes mulanya kerana duit, kerana mahu ada uwang untuk bantu suami. Tapi sebenarnya kita kena semak balik diri. Berniagalah kerana Allah. Berniaga kerana niat yang baik dan manfaatnya. Bukan duit yang kita kejar, tapi saham akhirat yang boleh kita dapat hasil dari perniagaan kita. Pernahkah kita bersedekah? Berzakatkah kita? Tanya semula diri kita.

Rasulullah s.a.w juga berniaga. 9 daripada 10 rezeki itu datang dari perniagaan tetapi yang sebenarnya rezeki itu kebergantungannya haruslah 100% yakin dengan rezeki yang Allah beri. Besar sungguh jika 9 daripada 10 rezeki itu Allah beri pada kita bukan? Cuba bayangkan..

Cukup dahulu catatan harian saya hari ini. In shaa Allah kita ketemu lagi di lain hari.


Salam sayang dari saya,
Buat suri ke suri, buat wanita ke wanita, buat peniaga ke peniaga.

Kita semua hamba Allah, yang kita mahukan akhir sekali hanyalah keredaan Nya dan syurga buat diri kita.


Read More...

Saturday, February 27, 2016

2 Hari Lagi Untuk Menten Belian Ulangan Stevia

Publish on : Saturday, February 27, 2016 There is : 0 Comments Labels : , , , ,

Teks: Emme Marina Mohamad

Assalamualaikum pengguna rcc stevia semua,

Apa kabar? berbaki 2 hari sahaja lagi sebelum berakhirnya bulan februari.

Sudahkah pengguna semua repeat belian stevia bulan ini?

Mesti rasa pelikkan kenapa pula nak kena repeat.

Jawapannya kerana dengan repeat belian kemudian keyin di web rcc peribadi kalian,

Kalian layak untuk menuntut sebarang tuntutan sama ada KHAIRAT KEMATIAN atau TABUNG KEBAJIKAN (KEBAKARAN, KEMALANGAN DAN BENCANA ALAM) apabila kita membuat repeat selama 3 bulan berturut-turut.

Nampak seperti terpaksa tetapi sebenarnya gula ni kita memang akan pakai setiap bulan betul?

Bila sahaja kita kehabisan stok gula, maka kita akan topup semula stok gula kita di rumah. Yang menariknya dengan menjadi ahli rcc stevia ini, anda topup, anda keyin pembelian anda dan anda juga bakal layak membuat tuntutan jika berlaku musibah atau kematian. Bukan kita berdoa ya, minta dijauhkan yang buruk. Tetapi kita layaklah untuk memohon tuntutan tersebut.

Bagaimana nak repeat?

Boleh terus hubungi agen-agen dan stokis berdekatan untuk membuat tempahan stevia anda.

Mari tempah hari ini. :)


Read More...

Menulis untuk Aktivi Bisnes

Publish on : Saturday, February 27, 2016 There is : 0 Comments Labels : , , , ,

Menulis untuk aktiviti bisnes.
Blog salah satu tujuannya memudahkan pembaca dan pelanggan mendapatkan informasi yang jelas. Mudahkan pembaca jejak apa yang mereka mahukan.

Kata carian sangat membantu untuk membawa pembaca sasaran terus ke blog.

Tetapi keyakinan akan bertambah apabila info dan aktivitu bisnes sentiasa di 'update'.

Memulakan blog itu mudah, tetapi konsisten itulah tidak ramai yang mampu.

Nota penulis:
kejayaan tidak akan datang tanpa istiqomah. Alhamdulilah, platform pembelajaran di akademi bekerja di rumah mampu menjadi platform bisnes kalian bagi jangka masa panjang. Kita bukan buat bisnes sehari dua, tetapi selama yang boleh.

Kita bina follower, bina kreadibiliti dengan penulisan dan perkongsian dari hati ke hati.

Alhamdulillah, abdr telah banyak memberi tunjuk ajar bagaimana sehingga saya mampu berdikari dan terus maju ke hadapan. Rakan-rakan abdr juga sangat sporting kerana banyak juga ilmu bisnes yang dapat saya pelajari.


In shaa Allah, Pelaburan belajar di kelas asas blog di akademi amat berbaloi sekali.

Apa itu akademi bekerja di rumah?

Akademi Bekerja di rumah (ABDR) ialah
> kumpulan sokongan khas untuk suri belajar basic berbisnes online
> kumpulan sokongan khas untuk suri belajar menjana pendapatan hanya di rumah
> kumpulan sokongan khas untuk suri bekerjaya menjana pendapatan secara sampingan
> kumpulan sokongan untuk mereka bergelar wahm
> platform untuk belajar berbisnes produk fizikal secara dropship dan produk digital ebook dan servis.

2 pakej kelas utama yang popular sepanjang tahun ialah

KELAS ASAS BLOG PENULISAN:
1. Belajar asas blog (blogspot)
2. Belajar menulis berdasarkan apa FOKUS PENULISAN berdasarkan siapa PEMBACA SASARAN.
3. Tukar pembaca kepada PELANGGAN.
4. Belajar menulis secara konsisten.
5. Jadikan minat, kemahiran dan kepakaran sedia ada tukar dalam bentuk penulisan. Jadikan ia sebagai panduan.
6. Tukar blog yang tidak ada pembaca dengan membina 'kelompok' pembaca sasaran.
7. Apabila blog sudah mempunyai sasaran pembaca yang 'tepat', maka sudah boleh ditukar kepada pembeli.

2. KELAS ASAS BLOG MULA BISNES
1. Bina kedai online asas berdasarkan apa produk atau servis. Contoh produk pakaian, makanan, butik, produk kesihatan, kecantikan.
2. Kelas ini khusus untuk surirumah yang benar-benar zero tentang urusniaga online.
3. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
4. Mahu mula tetapi tidak ada produk. ABDR menyediakan beberapa produk piihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan.
5. Belajar jana pendapatan melalui blog.
6. Asas kedai online, borang tempahan, lima label utama.
7. Mahu simpan stok boleh, tidak mahu simpan stok juga boleh
Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah.


Berminat untuk sertai kami?
Hubungi saya 0189100852


Read More...

Friday, February 26, 2016

Apakah Ciri Yang Unik Mengenai Stevia?

Publish on : Friday, February 26, 2016 There is : 0 Comments Labels : , , , ,

Apakah Ciri Yang Unik Mengenai STEVIA?

Ciri paling unik mengenai Stevia ialah ia merupakan pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori. Di percayai secara tradisional, stevia mengandungi sifar kalori, lemak, kolestrol, gula dan karbohidrat. Ekstrak stevia dikatakan 300 kali lebih manis dari gula biasa.

Kajian juga mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid tidak mengandungi toksid. Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel dan tidak memberi kesan terhadap kesuburan. Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap Stevia.



Ulasan penulis

Ramai di kalangan kita mempunyai salah faham mengenai stevia ini. Stevia merupakan pemanis gula namun bukan sekadar rasa yang manis dan tanpa kalori. Tetapi stevia mempunyai nilai perubatan yang amat mengagumkan.

Bayangkan dengan hanya bertukar dari gula pasir ke gula stevia, kita sebenarnya sedang bertukar ke gaya hidup yang lebih sihat.

walaupun nampak remeh isu gula ini. Tetapi telah banyak kajian membuktikan bahawa banyak penyakit hadir apabila kita mengamalkan gula pasir. Sedap yang membawa bahaya kepada diri kita dan keluarga.

Sayangilah keluarga kalian.

Jika bukan kita yang merubahnya, siapa lagi?


Artikel ini tentang produk pemanis tiruan yang dibuat bagi menggantikan gula pasir. Malangnya, ia mampu memudaratkan kesihatan malah lebih membahayakan diri kita.


Read More...

Misi Bantuan Gelandangan Ngo Malaysian Humanitarian (INSAN)

Publish on : Friday, February 26, 2016 There is : 0 Comments Labels : , ,

[Sebaran]

Assalam wbt semua.

Setiap malam Jumaat,  NGO Initiative For Malaysian Humanitarian (INSAN) akan turun memberi makanan kepada gelandangan di Jalan Pudu. NGO memerlukan lebih kurang RM380 bagi setiap siri. Sumbangan kalian untuk kelancaran program tersebut, terutama untuk malam ini, amatlah dialu-alukan. Maklumat boleh dirujuk pada gambar di atas.

Terima kasih.


Read More...

Wednesday, February 24, 2016

Pengalaman Teman Anak Tampal Gigi Pertama Kali

Publish on : Wednesday, February 24, 2016 There is : 0 Comments Labels : , , ,







Teks: Emme Marina Mohamad

Pada 2 minggu lepas, anak sulong saya ada pemeriksaan gigi di tadika perpaduannya. Bila difikirkan semula, saya agak jarang memeriksa gigi belakang dan atas anak-anak. Biasanya bila tengok gigi, tengok depan sahaja.. aduhai, apala saya ni bukan?

Boleh pula sebagai ibu saya terlupa betul mahu periksa keseluruhan gigi. Gagal sungguh saya rasakan.

Jadi, keputusannya apabila diperiksa oleh doktor gigi, rupanya ada 3 gigi kakak yang sudah mula rosak dan memerlukan tampalan segera. Haruslah ditampal jika tidak bimbang pula semakin melarat gigi tersebut.

Alhamdulillah, ada masa lapang pada hari rabu. Lalu saya bawa anak ke klinik kesihatan kami yang biasanya kami pergi.
Biasalah di klinik kesihatan ramai orang menunggu, jadi sementara menunggu anak-anak bermain di tempat khas kanak-kanak. Mujur juga mereka letakkan tempat permainan itu, jika tidak bosanlah anak-anak menunggu. Haa, bila anak bosan dan mula buat perangai, emaknyalah yang harus menanggung.

Walaupun anak saya kesemuanya perempuan tetapi nakal dan lasak tahu.

Apabila sampai giliran kakak, saya masuk bersama dua orang anak saya. Kami dibenarkan duduk di dalam bagi menemankan kakak membuat rawatan giginya. Sebenarnya saya risau juga kalau-kalau kakak tiba-tiba takut dan mula menangis.

Alhamdulillah,. Doktor gigi tersebut melayan kakak dengan lemah lembut. Setiap yang dia mahu lakukan diterangkan kepada kakak. Saya lihat kakak tenang sahaja dan ikut apa yang doktor gigi Sarankan. Tidak lama kemudian, rasanya tidak sampai 10 ke 15 minit. Sudah siap! Malah yang alatan seperti gerudi (sula hati sahaja panggil gerudi gigi) tidak digunakan. Rupanya, gerudi itu tidak diperlukan kerana lubang kerosakan gigi kakak masih tidak dalam. Syukur.

Maka siaplah satu tampalan. tinggal lagi dua. Bila lagi agaknya akan saya bawa anak saya ke klinik. Ini juga merupakan pengalaman pertama bagi balqis menjalani rawatan giginya.

Sudah sahaja buat rawatan. Gembira tidak terkata anak saya tu. Bangga la kejap gigi dah elok. Itulah akibat suka makan gula-gula, pantang dilihat. Sanggup pula tu menangis kerana nakkan juga makan gula-gula. Di rumah memang tidak diajar kerana kami tidak membelikan mereka makanan-makanan sampingan ini apatah lagi gula-gula. Tetapi itulah, faktor kekerapan memberus gigi turut memainkan peranan.

Semoga selepas ini, kakak dapat jaga giginya dengan baik.


Read More...

Tuesday, February 23, 2016

Cara Penggunaan RCC Stevia @ Royal Sweetener Stevia

Teks: Emme Marina Mohamad

Royal sweetener stevia juga dikenali sebagai rcc stevia bukanlah sekadar digunakan dalam minuman dan masakan sahaja. Walaupun tujuan utama stevia ialah sebagai pengganyi gula alternatif bagi gula pasir sebenarnya gula stevia ini mempunyai khasiat perubatan yang amat tinggi.

Mari kita sama-sama baca kelebihan gula stevia ini dan cara terbaik menggunakannya.

Mudah-mudahan banyak penjimatan dari segi kesihatan dapat kita perolehi dengan hanya bertukar ke gula stevia.

Kelebihan gula stevia @ royal sweetener stevia

Cara penggunaan gula stevia @ royal sweetener stevia

Cara guna stevia dan perawatan
Menarik bukan?

Yang bagusnya, sangat-sangatlah berbaloi dengan harganya.

Hanya rm60 1 set (2 botol) jika anda mendaftar sebagai ahli.


Jimat kos perubatan
Jimat kos supplement sampingan
Jimat kos ubatan dan tonik

Juga stevia ini boleh digunakan bagi mereka yang mempunyai masalah obesiti.

Caranya mudah sahaja

3 liter air masak atau suam, dititiskan dengan 15 titik stevia.
Menggantikan gula pasir sepenuhnya dengan gula stevia.




Cara terbaik Menggunakan RCC stevia Untuk kesihatan berpanjangan


  • Tinggalkan terus gula putih sama ada di rumah mahupun di kedai.
  • Minumlah apapun minuman yang anda gemari tetapi tolong gantikan gula dengan Gula Titis Manis Sihat.
  • Gantikan gula dalam masakan dengan Gula Titis Manis Sihat tak kira apa jenis masakanpun.
  • Jika minum di kedai, orderlah apa sahaja minuman yang anda gemari tetapi minta dengan pelayan minuman kosong tanpa gula sahaja seperti teh o kosong, kopi o kosong dan sebagainya. Tambahkan sendiri Gula Titis Manis Sihat ke dalam minuman anda.
  • Jika anda mengambil ubat kencing manis, jangan tinggal tetapi anda ubah tabiat pemakanan anda dengan konsep zero gula, kurang karbohidrat.
  • Untuk rawatan obes, minum minuman yang dicampur Gula Titis Manis Sihat sepenuhnya bagi menggantikan makan tengahari anda.


Untuk mendapatkan stevia,

Boleh hubungi saya,
Puan Emme Marina
0189100852

Read More...

Formula Mudah Suksess Bisnes RCC Stevia

Publish on : Tuesday, February 23, 2016 There is : 0 Comments Labels : , , , ,

🍃 Formula Bebas Hutang & Jaga Kesihatan Bersama STEVIA RCC 🍃

Mudah Success di RCC  😉✌🏻

🌻 3 Cara Kerja & Presentation
mengikut kategori prospek 🌻

1. Yang berminat buat bisnes
2. Yang ada masalah kesihatan
3. Yang menjaga kesihatan

🌹Kategori 1
Yang Minat Bisnes
Ceritakan Plan & Strategi
---------------------------
1) Modal RM140/RM145 - SILVER
    👉🏻 Bonus Sponsor RM35
    👉🏻 Bonus Pairing RM15
    👉🏻 Max bonus RM1800/day

2) Modal RM420/RM435 - GOLD
    👉🏻 Bonus Sponsor RM105
    👉🏻 Bonus Pairing RM45
    👉🏻 Max bonus RM5400/day

3) Modal RM980/RM1015 - PLATINUM
    👉🏻 Bonus sponsor RM245
    👉🏻 Bonus Pairing RM105
    👉🏻 Max bonus RM12600/day

🍁 website : www.rcc2u.com 🍁

--------------------------------

🌹 Kategori 2
Yang ada masalah kesihatan
---------------------------------
👉🏻 Ceritakan tentang testimoni dan cadangkan tukar gula, daripada Gula Putih biasa kepada Gula Stevia RCC.

👉🏻 Ajarkan cara rawatan 3553,
🌱 3 botol air 500ml setiap hari,
🌱5 titik untuk setiap botol
🌱 Amalkan untuk 3 bulan
#jika ada luka titiskan & sapu.
(ramai telah pulih dgn cara ini)☝
---------------------------------

🌹 Kategori 3
Yang menjaga kesihatan dan kurang minat berniaga
----------------------------

👉🏻 Ceritakan Faedah Keahlian, Khairat dan Kebajikan layak untuk sekeluarga.

Khairat Kematian 👇🏻
----------------------
👩🏼 Ahli = RM4000 - RM6000
👫 Suami/Isteri = RM2000
👧🏻 Anak 1 = RM2000
👦🏼 Anak 2 = RM2000
👶🏻 Anak 3 = RM2000
👵🏻 Ibu = RM2000
👨🏽 Ayah = RM2000

Tabung Kebajikan 👇🏻
----------------------
RM1000 - RM5000
👉🏻 Untuk kes kemalangan
cover Ahli SAHAJA,
🌱 Melibatkan Kemalangan
jenis Patah.
🌱 Kes Bencana Alam
seperti kerosakan rumah
Akibat Ribut, Banjir.
🌱 Kebakaran.

🌹 Syarat
🍃 Jadi ahli RCC & hanya guna sendiri,
🍃 RM60/RM65 untuk 2 botol (1 set) sahaja pada setiap bulan, terus layak dapat faedah di atas☝

🌹PERINGATAN 🌹
Ingat!  hanya kita jadi ahli Syarikat RCC Global layak Tabung Kebajikan & Khairat Kematian untuk sekeluarga termasuk ibu dan bapa kita.

SANGAT RUGI ORANG YANG TIDAK AMBIL PELUANG INI.
---------------------------------


Read More...

Monday, February 22, 2016

Kelebihan Menjadikan Blog Sebagai Tapak Bisnes bersama ABDR

Teks: Emme Marina Mohamad

bismillah.

Hari ini saya mahu kongsikan kelebihan menggunakan blog sebagai medium tapak bisnes.

Siapa tahu apa itu blog?
Atau bahasa lainnya tapak web.

Izinkan saya skip penjelasan blog dan web ni.

.
.
Bagi saya, buat dan bina blog itu mudah. Semudah ABC.

Yang susahnya ialah untuk menjadikan blog kita berada dalam ranking page no satu di carian google.

Ini fokus utama saya.

Kedua, tujuaan blog ialah untuk menyampaikan mesej kepada pembaca siapa kita dan apa kebolehan kita melalui produk-produk ini.

Kenapa?

Kerana apabila kita dapat pancing hati pembaca melalui permasalahan atau penyelesaian kepada masalah mereka dan keperluan. Maka, mudahlah untuk kita tukarkan pula pembaca kepada pelanggan.

Paling bagus, mereka ikuti blog dan kekal sebagai pelanggan setia.

Ilmu ini bukan mudah dicari. Namun ianya boleh diperolehi.
Melalui ilmu dan pembelajaran di dalam kelas asas blog abdr, kami semua sebagai pelajar diajar satu per satu mengenai penulisan di blog juga cara berbisnes.

Ebook diberikan sebagai bonus pendaftaran kelas. Masya Allah ebook-ebook ini sangat-sangat membantu. Sekecil-kecil hal juga kita belajar di sini.

Sejak menyertai kelas asas blog penulisan dan bisnes, pelanggan-pelanggan malah ramai pembaca walaupun tidak membeli, menjadikan blog saya sebagai rujukan mereka.

Ramai yang wassap.
baik wanita dan lelaki.

Tak kurang yang terus telipon untuk meminta nasihat mengenai produk. Ada juga terus buat order.

Tidak mengapa nak telipon. In shaa Allah, saya jawab.

Yuran dan bonus abdr sangat berbaloi.

saya rekomen sangat-sangat agar peniaga-peniaga di luar sana yang masih tiada blog sebagai tapak iklan belajar bersama kami.

Ianya khas buat peniaga baru dan lama, surirumah dan sesiapa sahaja yang mahu mula berniaga secara online.

Alhamdulillah.. jika berminat nak tahu lebih lanjut, boleh juga hubungi saya di 0189100852

Read More...

Resepi Jemput-jemput Dodol

Publish on : Monday, February 22, 2016 There is : 0 Comments Labels : , ,

Teks: Emme Marina Mohamad

Pertama kali makan jemput-jemput dodol atau cengkodok dodol ni semasa saya menjadi jurutera di Kilang Plastik, Nilai, Negeri Sembilan. Teringat lagi saya semasa Kak Mila datang membawa sebekas jemput-jemput dodol. Punyalah ramai yang suka jemput-jemput dodol ni di kilang tu rupanya. Sebab itulah seronok Kak Mila bila memasak dan membawa kuih ini ke kilang.

Dodol merupakan antara salah satu makanan kegemaran saya. Huh, sedapnya tidak terkata. Tetapi saya kurang menggemari dodol yang keras. Pilihan saya yang masih lembut. Sebab itulah bila musim raya, sibuk saya memaksa emak memasak dodol. Sedap tetapi leceh bukan? Hehe. ampun ibuku.
Kelmarin berjalan-jalan di Rantau Panjang, Kelantan ada pula dodol ni. Apalagi tanpa buang masa terus saya beli sepaket. Sepaket harganya cuma RM6. Murahlah bagi saya.

Rasanya sedap juga.

Jadi hari ni saya pon buatkan lah untuk sendiri dan anak-anak jemput dodol. Alhamdulillah, anak-anak suka kecuali kakak yang kurang gemar. Manis sangat katanya.

Resepinya senang sahaja. Macam mana kalian buat jemput-jemput biasa di rumah. Begitulah. cumanya kali ini ada hirisan dodol yang dicampurkan sekali.

Resepi jemput-jemput dodol
Tepung gandum
Garam
Air
Dodol

Caranya seperti dalam gambar ya


Mudah sahaja bukan?

Nyum-nyum

Sangat sedap. Bila digoreng, isi dodol jadi lebih manis dan lembik. Memang terbaik. Hehe

Bagi penggemar dodol, bolehlah cuba!


Read More...

Sunday, February 21, 2016

Jubah Nursing Murah

Publish on : Sunday, February 21, 2016 There is : 1 Comments Labels : , , ,

Teks: Emme Marina Mohamad

Saya amat menyukai pakaian berjubah atau dress. Bagi saya, pemakaiannya amat mudah dan sangat sopan.

Paling penting bagi saya ialah jubah atau dress tersebut tidak ketat, longgar dan tidak jarang. Ianya penting kerana apa yang saya pakai melambangkan peribadi kita. Setuju?

Memandangkan saya menyusu anak secara ekslusif, jadi baju jubah dan dress berzip depan atau butang amatlah menjadi pilihan.

Ha, ada satu lagi faktor yang saya akan jadikan keutamaan iaitu harga! Ya, harga amat penting di samping kualiti kain yang baik. Saya hanya akan membeli jubah atau dress pada harga bawah RM 80 ke RM 100 sahaja. Lebih dari itu, saya merasakan ianya satu kemewahan. Cukuplah dengan harga yang berpatutan dan mampu milik.

Sebelum ini saya pernah menjual produk jubah dan dress ni. Tetapi sudah lama berhenti. Bila tengok jubah-jubah ini terasa semangat kembali. jualan jubah merupakan produk bisnes pertama saya dahulu. Saya berniaga jubah kerana minat. Misi saya agar lebih ramai wanita di luar sana dapat berbelanja membeli pakaian yang dapat menutup aurat dengan lebih sempurna disamping harga yang amat-amat mampu milik.

Jubah nursing murah
Jubah nursing murah
Jubah nursing murah

In shaa Allah nantikan entri jualan jubah saya tidak lama lagi ya.

Teaser.



Read More...

Friday, February 19, 2016

Catatan Pagi Suri Bekerja di Rumah (WAHM, SOHO, SAHM)

Publish on : Friday, February 19, 2016 There is : 0 Comments Labels : , ,
Teks: Emme Marina Mohamad

Malam semalam suami memberitahu bahawa pagi ini dia harus awal ke kerja. Seawal jam 7 pagi katanya. Perjalanan dari rumah ke tempat kerja suami lebih kurang 5 ke 7 minit termasuk trafik. Dekat sahaja sebenarnya kan? Seperti yang dijangkakan, perjanjian pergi awal ke kerja akhirnya suami bergerak dari rumah pada jam 7.30 pagi. Hee

Bak kata isteri, "tahu dah"

Seperti hari-hari yang sebelumnya, saya akan menghantar kakak ke tabika perpaduan kemudian menghantar suami pula ke kerja. Hantar sampai pintula maksudnya tu. Cepat-cepat hantar kakak, pulang kemudian melihat pula suami pergi ke kerja. Salam dan cium mesra tanda kasih sayang kami. Tidak sah tidak menyalami dan membuat rutin ini setiap kali suami ke kerja, nanti ada pula yang merajuk sebab rasa macam tidak disayangi. cewaaahh, ye ke?

Selepas melihat suami kepergian ke kerja, lantas saya duduk di meja untuk menyiapkan persiapan akhir sebelum tesis dihantar ke supervisor. Masih ada sedikit pembetulan dan editing yang belum siap. Pada masa sama, sibuk juga edit blog dan melayani pelanggan dari wassap yang semuanya datang dari blog saya ni. Alhamdulillah, walaupun kewangan saya sebagai suri tidaklah sehingga RM 3 ke 5 ribu sebulan buat masa ini, tetapi adalah berdikit-dikit cukup untuk kewangan kami, membantu suami di kala sesak, juga menguruskan hutang kereta yang sedia ada. Alhamdulillah, semua ini hasil dari bisnes online tanpa perlu saya keluar dari rumah. Syukur, Allah sediakan platform bisnes online ini kerana nyata ianya cukup mudah diuruskan dari rumah sambil menjalankan tanggungjawab saya sebagai surirumah, ibu kepada 3 orang anak dan pelajar master di UMP.

Walaupun ada masanya saya jadi begitu letih dan lemah semangat. Tetapi sentiasa ada rakan, mentor yang selalu tiupkan semangat-semangat ke dalam jiwa supaya kita kekal istiqomah dalam setiap perbuatan. Baik kerjaya, tanggungjawab harian mahupun dalam ibadah.

Blog saya ini masih belum mobile friendly, jadi tadi semak semula blog, edit html agar selepas ini semua pembaca yang membaca blog saya dapat terus menghubungi saya selepas saya re-design template blog. Ini kerana apabila blog tidak mobile friendly pembaca kemungkinan besar terlepas pandang maklumat diri saya seperti di banner blog dan page blog. Itu yang mengakibatkan pelanggan kita, baca dan mahu serta berminat tetapi tiada cara untuk menghubungi kita. Payah la kan? Majoriti pembaca kini menggunakan smartphone untuk search carian mereka jadi nasihat saya kepada blogger yang mungkin sedang membaca entri saya ini untuk terus menukar blog template anda kepada responsive feature atau mobile friendly.

Ooops, saya tidak boleh lama pula menulis di sini. Anak sudah mengamuk. Alhamdulillah, tesis dah siap dihantar kepada supervisor. Doakan agar tidak banyak lagi pembetulan yang harus saya lakukan ya? Boleh la fokus pada presentation pula selepas ini.



Semoga bertemu lagi di entri yang lain,
Salam sayang dari saya, Emme Marina Mohamad,


Jika berniat menghubungi saya, hubungi saya di talian 0189100852.
Read More...

Kelebihan Berpuasa 2 Kali Seminggu Kini Terbukti Melalui Kajian Saintifik

Publish on : Friday, February 19, 2016 There is : 0 Comments Labels : , ,
Kajian Pakar Neurosains Tentang Puasa Dua Kali Seminggu | Universiti South Carolina, USA

Setelah kajian saintifik tentang manfaat puasa dua kali seminggu dibuktikan oleh para saintis, masyarakat barat kini sudah mula berjinak-jinak untuk berpuasa dua kali seminggu.

Masyarakat barat menamakan amalan puasa dua kali seminggu ini sebagai "intermittent fasting" ataupun "5:2 diet",yang bermaksud 5 hari makan seperti biasa dan dua hari berpuasa.

Jika diamati, amalan "intermittent fasting" atau "5:2 diet" ini telah dipraktikkan oleh Nabi Muhammad SAW.Baginda menyarankan agar kita berpuasa sunat setiap hari Isnin dan Khamis--dua hari dalam seminggu.

Dalam jurnal Stem Cell & American Journal of Clinical Nutrition, pakar neurosaintis telah mengkaji bahawa puasa dua kali seminggu dapat memberi manfaat kepada pertumbuhan sel-sel otak yang baru.Sel-sel saraf akan menghantar isyarat kepada DNA untuk menghasilkan sel-sel baru yang sihat dan sel-sel lama dimusnahkan.

Pakar neurosaintis menerangkan tentang mekanisma sel di dalam badan sewaktu kita menahan lapar dan dahaga. Sewaktu kita berpuasa, tenaga dapat dijimatkan kerana sistem penghadaman dapat berehat untuk sekurang-kurangnya 12 jam.

Pada waktu inilah tenaga yang dijimatkan dapat digunakan oleh DNA untuk menghasilkan sel-sel baru dengan efisyen.

Begitulah manfaatnya berpuasa dua kali seminggu, atau dalam erti kata lainnya puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.

Apa yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW pasti ada manfaatnya.Ayuh,marilah kita 5 series ni istiqamah dalam membudayakan amalan puasa dua kai seminggu-- Isnin dan Khamis atau sebulan tiga kali. πŸ˜ƒ

Semoga bertemu lagi di entri yang lain, Salam sayang dari saya, Emme Marina Mohamad, Jika berniat menghubungi saya, hubungi saya di talian 0189100852.
Read More...

Gula Stevia Rawat Period Tidak Teratur

Publish on : Friday, February 19, 2016 There is : 0 Comments Labels : , , ,

Teks: Emme Marina Mohamad


sesi soal jawab produk stevia - boleh ke stevia bantu stabilkan hormon period?


ahli-ahli stevia suka bertanya, tak kurang juga customer2 yang baru nak mencuba. takpe, saya faham.


hari ni kita dedahkan skit tentang fungsi stevia yang dapat membantu para wanita, gadis-gadis yang menghadapi masalah period atau hormon tak teratur ni yer.


pertama sekali, stevia adalah sejenis gula sihat. Ia merupakan pemanis bagi menggantikan gula pasir. (ini fakta)


Antara fungsi utama stevia yang paling utama dalam nilai perubatan ialah:
- mencuci usus
- mencuci darah
- mencuci buah pinggang


3 fungsi utama ini PENTING tak? penting kan?


Dengan bertukar ke gula stevia, kita sebenarnya sedang mendidik badan dalam proses rawatan secara perlahan-lahan. Gula pasir merupakan gula berasid dalam ph 2-3. Sangat asidic. Jika kalian hanya bertukar dari gula pasir ke gula stevia, proses healing akan dapat dirasakan dalam masa 3-7 hari atau lebih lagi mengikut tahap kesihatan.


namun.. namun, ada satu lagi cara perawatan yang kami gunakan mengikut nasihat pakar perubatan. Iaitu dengan menitiskan stevia ke dalam air masak, sekurangnya 2 ltr sehari dan diamalkan setiap hari. Dengan cara ini, badan dapat dirawat dengan lebih berkesan melalui pergerakan air didalam badan.


Apa yang berlaku?
3 fungsi utama tersebut dapat dijalankan dengan lebih cepat dan berkesan. Toksin dan asid di dalam darah, lemak pada dinding salur dapat dineutralkan dengan kaedah ini.


cuba dulu sebulan dan rasa perubahan.


jangan terlalu cepat kata tidak kepada perubahan yang baik. Kesihatan anda tanggungjawab anda :)


saya hanya mampu bantu sampaikan dan guide kalian.





Semoga bertemu lagi di entri yang lain,
Salam sayang dari saya, 

Emme Marina Mohamad, 
Jika berniat menghubungi saya, hubungi saya di talian 0189100852.
Read More...

Muhasabah Diri Di Saat Kita Tidak Punya Apa-Apa

Publish on : Friday, February 19, 2016 There is : 0 Comments Labels : , , ,

Saat kita merasa tidak ada duit untuk sembuh (berubat) , dah puas berubat tapi kesihatan/kesembuhan tak kunjung² datang. Yakinlah dengan hanya Kekuasaan dan Pertolongan Allah InsyaAllah kita akan sihat.

Saat kita rasa beban hutang kita menumpuk, takde duit nak bayar hutang. Yakinlah dengan Kekuasaan dan Pertolongan Allah InsyaAllah Allah lunaskan hutang² kita.

Saat kita rasa sebab tak punya duit untuk pergi haji @ umrah. Yakinlah dengan Kekuasaan dan Pertolongan Allah InsyaAllah kita dapat pergi haji @ umrah.

Saat yang masih menganggur takde kerja. Dah puas interview kerja sana sini. Yakinlah dengan Kekuasaan dan Pertolongan Allah kita akan dapat kerja.

Begitu juga dengan masalah² yang lain. Jangan lupa bawa Allah kemana², susah atau senang Allah dulu Allah lagi Allah terus.

Pupuk dalam hati. Ajar diri kita. Kekuasaan dan Pertolongan Allah lebih besar dari masalah@ujian kita. Tinggal cara kita macam mana kita berfikir, bersangka dan yakin dengan Allah.

HasbiyAllahu Laailaha Illa Huwa Alaihi Tawakaltu Wahuwa Rabbul Arsyil Azim.


Sebuah perkongsian dari sahabat usrah amal till jannah. Banyak yang saya belajar dari beliau. Semoga ukhwah ini terjalin hingga ke akhir hayat.

Amiin


Read More...

Korset Premium Beautiful Harga Lelong

Publish on : Friday, February 19, 2016 There is : 0 Comments Labels : , ,

Teks: Emme Marina Mohamad

Assalamualaikum para syurga, moga kalian diberkati dan sentiasa berada dalam lindungan Allah s.w.t

Alhamdulillah, stok lelong premium beautiful semakin kurang. Bermakna tidak lama lagi habislah stok saya ni. Terima kasih di atas kepercayaan kalian membeli bersama saya.

Saya ingin update stok yang masih ada di tangan saya ya. Namun jika tiada size yang kalian cari, mohon maklumkan mana tahu saya boleh carikan pula. Hehe.

New


LB 90C
W 70
LG 70

Pre

LB 75b
LG 76
Wn 76 hold

Untuk item new, saya let go pada harga RM 250 ke RM 300. Manakala, prelove pada harga RM 180 ke RM 200.

Kondisi prelove masih baik, terjaga. Jadi bukan kita jual barang yang rosak ya. Premium beautiful ni tahan lasak dan boleh disimpan lama.

Prelove masih ada warranty.

Jika berminat, hubungi saya ya.


Emme Marina
0189100852


Read More...

Thursday, February 18, 2016

Bisnes Saya Rupanya RUGI, bukan UNTUNG!

Publish on : Thursday, February 18, 2016 There is : 0 Comments Labels : , , , ,


Antara lain yang sangat menyentap kesedaran saya adalah pengiraan untung bersih dari perniagaan kita.

Saya ringkaskannya begini.

Situasi :
---------
Siti Nurhaliza menjalankan perniagaan produk Jamu Kak Dara.


Harga jualan sebotol Jamu Kak Dara : RM100.00

Harga kos sebotol Jamu Kak Dara : RM 70.00

Untung kasar sebotol Jamu Kak Dara : RM30.00

---------

Kesilapan yang Siti Nurhaliza lakukan adalah dia menganggap RM30.00 itu adalah Untung Bersih lalu mengeluarkannya dari wang perniagaan dan menggunakan wang itu untuk keperluan peribadi.(Seperti yang biasa kita lakukan. Kan?)

Dia terlupa untuk mengambil kira kos tol/petrol menguruskan stok Jamu Kak Dara. Dia terlupa mengira kos pemasaran yang telah buat untuk memasarkan produknya. Dia lupa kos bil eletrik penggunaan laptop dan juga bil internet. Dia sangkakan dia untung, hakikatnya dia hanya kerugian masa dan tenaga. Wang apatah lagi. Rugi. Negatif.

Inilah yang paling menyentap perasaan saya.

Termenung sekejap saya memikirkannya.

Insaf.

Lalu saya berazam memperbaiki kesilapan ini.

Anda bagaimana? Jika pengurusan akaun perniagaan anda sudah tepat dan teratur itu bagus untuk anda.

Jika tidak, segeralah menuntut ilmu asas pengurusan kewangan akaun bisnes anda.


Pendaftaran kelas urus asas akaun bagi bulan Mac sudah dibuka.
Semak di sini ya --> http://emmemarinamohamad.blogspot.my/2016/02/kelas-asas-akaun-online-offline-bulan.html


Semoga bertemu lagi di entri yang lain, Salam sayang dari saya, Emme Marina Mohamad, Jika berniat menghubungi saya, hubungi saya di talian 0189100852.
Read More...

Wednesday, February 17, 2016

Anda Suka Minum Minuman Manis?

Publish on : Wednesday, February 17, 2016 There is : 0 Comments Labels : , , , ,
-----------------------------------------------
ANDA SUKA MINUM MINUMAN MANIS?
-----------------------------------------------
.
Tahukan anda, kebanyakan penyakit kronik di Malaysia berpunca drpd pengambilan gula berlebihan setiap hari? Bukan saja kencing manis, malah penyakit jantung, darah tinggi, obesiti, gout, asma, migrain, gastrik, nyanyuk, cepat tua, ekzema dan lain2, kebanyakannya berpunca dari pengambilan gula berlebihan. Sudahlah kandungan gula di dalam makanan manis atau berkarbohidrat tinggi pun dah tinggi, di tambah pula dengan minuman manis setiap kali selepas makan! Ketahui lah penyakit2 di atas sedang menanti anda...
.
.
Kini, dgn ‪#‎STEVIA‬, anda boleh enjoy minuman dan makanan manis dengan mengurangkan risiko mendapat penyakit2 bahaya tersebut.
.
.
Ramai yg dah pernah dgr ttg STEVIA tapi tak tahu yg:
==========================================
1- Stevia bukan sekadar pemanis 0 kalori, tapi ada benefit2 lain utk kesihatan, spt mencuci toksin dalam darah, hati, buah pinggang. Juga ada sifat anti bakteria dan anti radang..yg mana bertentang 100% dgn sifat gula yg menyebabkan masalah keradangan. Juga membaiki kesihatan perut kerana stevia bantu menghalang pembiakan bakteria candida yg menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.
2- Stevia bukan utk org sakit saja, tapi utk org sihat juga utk cegah penyakit kronik berpunca gula.
3- Stevia bukan hanya membantu pesakit kencing manis saja malah membantu juga utk penyakit lain berpunca gula spt gout, jantung, stroke, buah pinggang, asma, ekzema, darah tinggi dan lain2.
.
Stevia bukan ubat, tapi pemanis gantian gula tanpa kalori dan mempunyai nilai2 kesihatan spt herba2 lain. Sambil enjoy manis sambil jaga kesihatan gitu
.
JOM bertindak skrg, bertukarlah gula putih ke STEVIA untuk kehidupan yang lebih sihat di kemudian hari!
.
============
SIFAT STEVIA
============
.
🌿Tiada kalori & semulajadi
🌿200 kali lebih manis dari gula
🌿Tidak memudaratkan kesihatan
🌿Tidak mnggalakkan pembiakan sel kanser & bakteria tak baik dlm badan
🌿Sesuai utk semua golongan, kanak2 6 bulan ke atas, ibu hamil, org yg sihat atau yg sakit.
.
========================
MENGAPA PILIH STEVIA KAMI
========================
.
πŸ‘‰Brand STEVIA no 1 di Malaysia iaitu RCC Stevia.
πŸ‘‰Rasa sedap dan tidak kelat.
πŸ‘‰Hanya mengandungi estrak stevia & air RO. Dah ramai pengguna yg buat ujian di makmal. Hati2 dgn stevia yg tidak asli!
πŸ‘‰Mempunyai sijil Halal Jakim, Lab Test, dan Sijil Sokongan Dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia
πŸ‘‰Botol kaca tahan lebih lama
πŸ‘‰Botol kecil mudah dibawa ke mana2
.
======
HARGA
======
.
1 botol RM50
2 botol RM100
3 botol RM140 >>PILIHAN RAMAI!
5 botol RM200.
Beli 3 botol ke atas terus jadi ahli seumur hidup, dan dptkan diskaun 40% pembelian seterusnya! (RM60 dpt 2 botol)
.
1 botol dlm 210 titis. Hanya 1 titis boleh maniskan 200 ml teh.
.πŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒ
=================================
ΔΆELEBIHAN MEMBELI STEVIA DGN KAMI:
=================================
.🌿🌿🌿🌿🌿🌿
===========================
BENEFIT MENJADI AHLI & PENGGUNA SETIA STEVIA KAMI
==========================
.
✔Bantuan Khairat utk ahli RM4-6k dan utk keluarga terdekat max RM2K
✔Bantuan musibah MAX RM 5000.
✔Diskaun belian ulangan 40%
✔Peluang pendptan sampingn. Pelbagai bonus utk yg minat berniaga. (Tiada paksaan utk berniaga)
✔ Tidak perlu maintain belian utk kekal ahli. Pembayaran ahli hanya sekali seumur hidup!
✔Reward point utk pengguna dan penjual stevia- boleh redeem utk dptkan voucher shopping, minyak kereta, tablet, deposit kereta atau percutian.
.
==============================
πŸ“’PENDAFTARAN AHLI DIBUKA SKRG! BERMINAT???πŸ“’
==============================



Semoga bertemu lagi di entri yang lain,
Salam sayang dari saya,

Emme Marina Mohamad,
Jika berniat menghubungi saya, hubungi saya di talian 0189100852.
Read More...

Akhirnya Jurnalku Berjaya "Publish"

Publish on : Wednesday, February 17, 2016 There is : 0 Comments Labels : , ,
Teks: Emme Marina Mohamad


Tahun ini merupakan tahun ke empat, diriku bergelar sebagai seorang pelajar master di Universiti Malaysia Pahang. Mendaftar pada bulan September, 2012 dan akhirnya perjalanan turun naik di sini selama 4 tahun. Paparan misi untuk graduasi pada tahun ini semakin jelas di ingatan.

Bak kata penulis, buku KATM, Onny Mustafa, kita bayangkan impian kita terlaksana dan in shaa Allah dengan doa, tawakal dan mintalah kepada Allah apa yang kita hajatkan akan terlaksana. 

Tinggal beberapa minggu lagi sebelum berakhirnya pelajaran saya di UMP. Perjalanan penulisan tesis semakin baik, sekarang saya menyiapkan diri bagi persediaan presentation pre-viva dan akhirnya viva kemudian proses penjilidan tesis master. Dan in shaa Allah selepas itu, saya boleh kembali fokus kepada rumahtangga, anak-anak dan bisnes online. Mudah-mudahan amiinnn.

Awal pagi tadi, rakan seperjuangan saya di UMP juga merupakan penulis sama bagi jurnal yang diusahakan ini mengumumkan bahawa manuskrip kajian kami mengenai grapehene telah berjaya disiarkan sebagai "accepted manuscript" di Jurnal Arabican, keterangan mengenai jurnal kami seperti di bawah.

Accepted Manuscript
In situ growth of redox–active iron–centered particles on graphene sheets for
specific capacitance enhancement
Puteri Emme Marina, Gomaa A.M. Ali, Li Min See, Ellie Teo Yi Lih, Eng-Poh
Ng, Kwok Feng Chong
PII: S1878-5352(16)00031-9
DOI: http://dx.doi.org/10.1016/j.arabjc.2016.02.006
Reference: ARABJC 1843
To appear in: Arabian Journal of Chemistry
Received Date: 23 November 2015
Accepted Date: 4 February 2016


Syukur alhamdulillah. Impact faktor bagi jurnal ini pula ialah 3.7. Agak cemerlang namun harus saya nyatakan jutaan terima kasih buat rakan teamwork saya, Gomaa Sanad dan supervisor, Dr. Chong kerana banyak sangat membantu dari segi penulisan semula dan penambahan data agar jurnal ini berjaya diterima oleh jurnal tersebut. Ia mengingatkan saya bahawa kita sebagai manusia tidak akan mampu berjaya keseorangan. Ianya sentiasa bersama rakan dan mentor serta bimbingan-bimbingan rakan-rakan yang lain.

Masih tidak boleh bergembira kerana masih ada kerja yang harus dilaksanakan. Doakan agar saya berjaya dengan cemerlang dalam mempersembahkan kajian pelajaran saya di pre-viva dan viva ye rakan-rakan sekalian.


Doa dari ibu bapa, suami dan rakan-rakan amatlah bermakna buat saya. In shaa Allah semoga kalian juga menemui kejayaan walaupun kecil tetapi setiap kejayaan inilah menjadi pendorong kepada kejayaan yang lain.




Semoga bertemu lagi di entri yang lain,
Salam sayang dari saya,

Emme Marina Mohamad,
Jika berniat menghubungi saya, hubungi saya di talian 0189100852.
Read More...

Idea Memulakan Bisnes Dari Rumah

[IDEA MEMULAKAN BISNES DARI RUMAH]

Bisnes Makanan
1. Bisnes Sarapan Pagi
2. Jualan Menu Tengahari
3. Membekal/Menjual Menu Bajet Pelajar
4. Katering Kecil-Kecilan
5. Kek Dan Roti
6. Pek Rempah Ratus/ Resipi Mudah Suri Rumah
7. Makanan Sejuk Beku
8. Makanan Tradisi
9. Pelbagai Kerepek/ Keropok Pilihan Popular
10. Kelas Masakan


Jualan menu tengahari
Ini boleh dilakukan oleh surirumah yang tinggal di kawasan bandar-bandar besar. Perkhidmatan menu tengahari berdasarkan pakej makanan. Sediakan juga promosi melalui blog, laman web dan facebook.

Surirumah boleh menyediakan kepelbagaian menu mengikut hari, contohnya,
Isnin- Menu Barat
Selasa- Hidangan ala carte
Rabu -Nasi lauk kampung
Khamis- Nasi Arab
Jumaat- Nasi tomato

Di atas adalah contoh sahaja. Boleh pelbagaikan pakej, penghantaran ke sekitar pejabat atau lokasi 'pengambilan'.

Order perlu dibuat beberapa hari sebelum, atau sediakan borang tempahan yang lengkap. Suri yang mahu buat operasi ini perlu membuat kajian kawasan terlebih dahulu untuk mengetahui maklumbalas awal pelanggan.

.
Jom baca lagi dalam EBOOK 101 IDEA HOME BASED BISNES

Ebook promosi Februari.

Ebook bonus pendaftran ke kelas online blog




Semoga bertemu lagi di entri yang lain,

Salam sayang dari saya,




Emme Marina Mohamad,

Jika berniat menghubungi saya, hubungi saya di talian 0189100852.
Read More...

Tuesday, February 16, 2016

Bulan Februari Bulan Mengenal Diri dan Pencipta, Allah s.w.t.

Publish on : Tuesday, February 16, 2016 There is : 0 Comments Labels : , ,
Teks: Emme Marina Mohamad

Assalamualaikum pembaca semua,

Sudah lama rasanya saya tidak menulis di ruangan blog ini dari hati ke hati. Bersyukur kepada Allah kerana menemukan saya dengan keluarga besar akademi bekerja di rumah. Sebenarnya antara dua label penulisan yang kami harus coretkan iaitu catatan harian dan catatan pengalaman merupakan kelemahan utama penulisan saya. Bukan tidak sudi untuk menceritakan, tetapi adakalanya saya masih tidak yakin akan kebolehan diri menulis dan menjadi inspirasi kalian. 

Siapa sahajalah saya ini. 

Ini yang sering saya rasakan. Masya Allah, sebenarnya saya sama seperti rakan-rakan pembaca juga, saya seorang yang terlalu rendah diri, merasakan diri ini tiada apa untuk dikongsi, alahai.. apa sangatlah kisah hidup saya berbanding orang lain. 

Bisikan-bisikan kecil ini selalu mengganggu saya, memenuhi ruang benak fikiran lalu saya simpankan sahaja segala perkongsian dikunci dalam hati dan benak saya sendiri. 

Ya, bukan mudah untuk berbicara. Mahu disimpan juga mahu rasa dikongsi. Bila lihat penulisan rakan-rakan lain, terasa pula alangkah ruginya jika perkongsian yang bermanfaat ini terkubur. Bukannya aku melakukan dosa jika dikongsikan penceritaan kisahku, ianya bukan aib. Ianya satu pengajaran buat diri dan teman. Jika baik, maka ambillah ia. Jika tidak sesuai, anggaplah ia sebagai satu pengalaman diri saya buat kalian supaya dapat dijadikan pengajaran dan iktibar. 

Sudah hampir masuk bulan ketiga tahun 2016, Mac hampir menjelang. Bagaimana azam kalian? Sudahkah cuba usahakan mendapatkannya? Bagaimana pencarian ilmu dan amal? 

Bulan Februari ini banyak mendidik jiwa saya mengenal Allah dan diri sendiri. Terasa begitu kerdil dan hina apabila sering bersangka buruk dengan pencipta. Kita begitu menginginkan dunia hingga rasa bahawa Allah tidak adil dengan diri kita. atau mungkin kita sudah berusaha tetapi Allah masih tidak makbulkan hajat kita. Ini salah. Yang sebenarnya salah kita dalam melihat perspektif sebagai seorang manusia sedangkan DIA adalah PENCIPTA. 

Saya seorang surirumah. Cara juga berbeza, bagaimana jika seorang suri mahu mulakan perniagaan atau mahu memulakan bisnes online? Kebocoran dalam rezeki, kekosongan dalam jiwa sebagai hamba, tugas dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu ini semua merupakan faktor mengapa diri kita sering tersekat rezeki dalam perniagaan. Ada adab rupanya, ada cara dan tertibnya. Cuma kita tidak nampak kerana terlalu mahu mengejar sesuatu yang dihadapan. Lupa tepi dan belakang pula :)

Izinkan saya bermula semula penulisan saya di sini ya? Alangkah seronoknya jika apa yang bakal saya kongsikan dapat membantu suri-suri di rumah pula. Tidak kiralah siapa pun jua kalian, semoga ada terselit pengajaran dan iktibar dalam setiap entri yang bakal saya coretkan di sini.

Saya sayang setiap nikmat Allah. Saya bersyukur di atas setiap pemberian rezeki yang diberikan oleh Nya. Semoga saya dapat menjadi isteri, ibu dan peniaga online yang berjaya dan istiqomah dalam amalan mencari harta dunia dan akhirat. 

Duit bukanlah segalanya, tetapi jika kita berduit, kita mampu membantu dan bersedekah sebanyak mungkin. Bukankah itu lebih kaya dari orang kaya yang bersifat kedekut?


Semoga bertemu lagi di entri yang lain,
Salam sayang dari saya,


Emme Marina Mohamad,
Jika berniat menghubungi saya, hubungi saya di talian 0189100852.
Read More...

Tips Mengawal Emosi Semasa Berhadapan dengan Pelanggan

Publish on : Tuesday, February 16, 2016 There is : 0 Comments Labels : , , , ,
Emosi pelanggan yang dijaga baik, ia membawa kesan keuntungan jangka masa panjang. Beberapa situasi ibu-ibu yang bekerja di rumah, mudah emosi apabila agak terganggu dengan kerenah anak-anak kecil dan juga pertambahan tugas serentak atau menerima order pelanggan yang banyak dalam tempoh singkat.
Untuk menangani kerenah anak-anak, ibu bekerja dari rumah perlu mengenalpasti dari awal tempoh masa anak bermain, anak lapar dan anak memerlukan perhatian. Tempoh kritikal biasanya, pada waktu tengahari, iaitu ada pelanggan online waktu pejabat yang suka menggunakan masa ini membuat pembelian atau pertanyaan.
Begitu juga bagi pembeli bujang, kadangkala tidak tahu masa yang sesuai untuk bertanya, waktu tengahari dan juga waktu petang menjelang malam sekitar jam 6, 7, 8 petang. Sangat penting ibu yang bekerja dari rumah, pandai mengawal emosi menjawab pertanyaan walaupun pada masa itu sangat kelam kabut.
Emosi juga sangat penting ketika berurusan dengan pelanggan cerewet yang meminta harga tidak masuk akal, pelanggan yang mahu cepat, pelanggan yang tidka sabar dan pelanggan yang banyak cakap.
Usahawan online perlu ada senarai skrip yang boleh digunakan untuk mmebantu apabila berhadapan pelanggan sebegini. Usahawan yang tidak emosi, sudah tentu memberi layan terbaik setiap pertanyaan.
Jom baca lanjut dalam EBOOK PAKEJ PROMOSI FEBRUARI
Ebook bonus pendaftran ke kelas online blog



Read More...

Keluarga Besar ABDR

Publish on : Tuesday, February 16, 2016 There is : 0 Comments Labels : , , ,


Pelajar : Faizah Yusoff
Guru Online : Anys Idayu Zakaria
Sumber : http://faizahyusoff.blogspot.my/


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Saya pernah terbaca satu ungkapan yang mengatakan:
"Tulislah perkara yang pembaca mahu ingin tahu, bukan apa yang kamu mahu"
Macam terasa pada diri sendiri bila melihatkan entri-entri saya yang dulu. Saya akan cuba menambaik baik kandungan blog ini insya'Allah.

Sudah hampir 3 bulan rupanya saya menjadi ahli keluarga ABDR, hampir terlewat untuk menulis review buku dan review kelas. Tapi tak mengapa, bak kata pepatah:
"Better late than never"
Entah betul entah tidak Bahasa Inggeris saya.

Pada asalnya saya menghubungi Puan Masayu setelah mendapat tahu daripada kakak saya tentang kisah Puan Pengetua ABDR yang berhenti kerja dan memulakan kerja dari rumah. Saya mulai mencari info dan maklumat. Saya pendamkan hasrat untuk menghubungi beliau kerana pada masa itu saya agak sibuk dengan kelas tuisyen yang silih berganti dan tak pernah putus. Faktor lain ialah capaian internet pada masa itu (awal tahun lepas) agak terhad. Sedangkan saya tahu saya harus menulis dan menulis setiap hari sebaik-baiknya.

Akhirnya nak dijadikan cerita, saya mula tekad mahu menulis walaupun asalnya saya menghubungi Pn.Masayu dek kerana mahu bertanyakan pendapat tentang mahu menulis himpunan soalan-soalan matematik untuk pelajar yang lemah matematik sahaja. Saya rasakan kenapa tidak saya menulis untuk berkongsi cerita tentang khidmat hometuition saya yang selama ini saya lakukan sendiri sampai hari ini. Disamping mencari idea mengumpulkan modul-modul matematik, saya boleh berkongsi idea juga. Alhamdulillah akhirnya, di sini lah saya menjadi sebahagian kecil dari warga ABDR yang hebat-hebat belaka.

Saya diletakkan di bawah tunjuk ajar Cikgu Anys Idayu. Terima kasih cikgu sebab selalu layankan saja soalan-soalan saya yang entah apa-apa. Kadang-kadang saya akui agak kelam idea memandangkan bila melihat blog rakan-rakan yang lain kebanyakannya mempunyai produk dan cantik-cantik tersusun blog mereka. Sedangkan saya selalu cerita perkara yang sama. Modul saya pula bukan saya tak mahu masukkan di sini tetapi macam atk yakin untuk saya tunjukkan di sini. Keyakinan tu memang selalu membunuh niat saya.

Saya mula belajar satu persatu dan penulisan saya, saya rasakan semakin baik dari satu entri ke entri yang lain. Tak tahu lah apa kata pembaca saya. Kadang-kadang terfikir juga, entah-entah saya yang menulis syok sendiri. Dah lah asyik terlepas hari, kadang-kadang 2,3 hari baru muncul satu entri, sedangkan kata sifu saya Cikgu Anys, entri ni macam satu kad nama untuk kita. Maaf ya cikgu, saya tak berjaya lagi dalam ujian 'istiqamah' walaupun pernah tulis pasal tajuk Istiqamah.
Saya mula belajar satu persatu dan penulisan saya, saya rasakan semakin baik dari satu entri ke entri yang lain. Tak tahu lah apa kata pembaca saya. Kadang-kadang terfikir juga, entah-entah saya yang menulis syok sendiri. Dah lah asyik terlepas hari, kadang-kadang 2,3 hari baru muncul satu entri, sedangkan kata sifu saya Cikgu Anys, entri ni macam satu kad nama untuk kita. Maaf ya cikgu, saya tak berjaya lagi dalam ujian 'istiqamah' walaupun pernah tulis pasal tajuk Istiqamah.

Saya selalu menjadi 'silent reader' dalam kelas. Bila mahu bertanya, saya akan mesej tepi Cikgu Anys. Ketakyakinan pada servis sendiri masih menebal. Entah macam mana lah ya saya mampu menjadi yakin dengan pelajar saya. Sampaikan ada yang kata, bila tengok saya tunjukkan satu-satu cara, semuanya nampak mudah. Sedikit kelebihan di situ mungkin. *Puji diri sendiri*

Apa yang saya rasa, penulisan saya sudah bertambah baik. Ini perubahan yang paling ketara, sedangkan sebelum ini saya akan menulis berjam-jam sambil memikirkan entri apa yang mahu saya tulis, tapi sekarang, cukup beberapa minit saja sudah siap satu entri. Memang ini satu kemajuan sebab saya memang tak suka menulis dari dulu. *Faktor utama sebab tulisan saya tak cantik dan tersusun*

Dan, saya mulai baca e-book Asas Blog yang akan kita peroleh setelah mendaftar menjadi ahli Akademi Bekerja Dari Rumah ini.
Bagaikan terbangun dari mimpi, rupanya bukan saya seorang punyai masalah dilema dalam mencari pekerjaan. Bezanya, wanita-wanita ini sudah lebih makan garam daripada saya dan semuanya mempunyai latar belakang pernah bekerja berbanding saya yang selepas konvo terus menjadi hometutor sepenuh masa walaupun pada masa itu pulangan tidaklah lumayan mana. Dan semangat yang luntur terus kembali berkobar-kobar untuk terus menjadi sebahagian daripada mereka yang hebat.
Hanya saya yang mampu mengubah diri saya. Kenapa mesti saya mendengar 'apa orang kata' sedangkan saya sedar apa yang saya sedang lakukan langsung tidak menyimpang dengan ajaran agama bahkan dituntut pula.

Melalui ebook Asas Blog saya semakin faham kenapa kita harus menulis dengan jujur dan penjenamaan diri sangat penting. Sungguh saya bersyukur berkenalan dengan wanita-wanita hebat ini Pn. Masayu, Pn. Nashriah, Pn. Anys Idayu.
Kenapa?
Kerana mereka benar mahu membantu kaum wanita bangkit untuk menjadi hebat dalam versi mereka sendiri. Bukan hebat kerana meniru orang lain. Bukan menjadi hebat kerana cuba menjadi orang lain.
Syabas team ABDR!
Pernah saya ditegur dek kerana kesilapan menulis sumber foto dari simpanan sendiri sedangkan foto itu saya ambil dari carian google, kata sifu, kita jangan menipu pembaca kita. Jujurlah dalam penulisan. Saat itu saya terasa, memang saya tak salah membuat keputusan untuk menyertai ABDR ini.
Banyak tulisan-tulisan daripada ahli-ahli lain yang Pn. Masayu kongsikan di dalam ebook, buatkan saya yakin, saya juga mampu membina kerjaya di rumah seperti mereka. Asalkan saya tak pernah berhenti berusaha.

Walaupun hanya belajar melalui FB, kelas yang saya hadiri walaupun hanya di alam maya, terasa macam masuk kuliah universiti pula. Ya lah, seakan setiap pelajar mempuanyai akses ke portal dan mulai menjawab soalan melalui portal tersebut. Banyak perkara yang bermanfaat yang dikongsi di kelas. Dan walaupun perkara sama yang diulang setiap kali ada pelajar baru masuk ke kelas, ia seakan menjadi 'reminder' kepada diri sendiri.

Buat yang baru berkenal-kenalan dengan blog, jom sertai jemaah kami di ABDR. Jadilah hebat di atas usaha dan kepakaran sendiri. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua yang sudi menyinggah.
Read More...

Kelas Asas Akaun ONLINE/ OFFLINE Bulan Mac 2016

Publish on : Tuesday, February 16, 2016 There is : 0 Comments Labels : , , , ,
Pendaftaran untuk bulan Mac 2016 kini dibuka.
1. Kelas Asas Akaun secara ONLINE
Tarikh: 6/03/16 Ahad
Masa: 9.30pg - 12.30tgh
Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?
Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order
2. Grup Coaching (Min 6-10 peserta)
Tarikh: 26/03/16 Sabtu di Putrajaya.
Masa: 9.15am-4pm
Lokasi: Putrajaya.
Modul
1. Pengenalan Buku Kira-kira and Perakaunan
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan
3. How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet)
4. Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
5. Akaun untung atau Rugi. Syarikat anda UNTUNG atau RUGI????
6. Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task.

Untuk mendaftar, hubungi saya di talian 0189100852
Jangan tinggalkan komen ya, adakalanya komen lewat saya reply :)

Mohon maaf atas segala kesulitan




Read More...

Friday, February 12, 2016

Toksid Punca Utama Sembelit

Publish on : Friday, February 12, 2016 There is : 0 Comments Labels : , ,

Sumber:
Sembelit usah dipandang ringan
Wartawan Sinar Harian5 Februari 2014

Sembelit usah dipandang ringan

Sembelit berpanjangan yang tidak diatasi dengan sempurna menyebabkan kanser kolon.

DARI sudut perubatan, sembelit berlaku apabila seseorang membuang air besar dengan kurang tiga kali seminggu.

Maksud sembelit yang biasa penulis gunakan apabila seseorang tidak membuang air besar lebih dua hari.

Golongan warga emas berusia 65 tahun ke atas dikatakan lebih mudah mengalami sembelit.

Sifat najis akibat sembelit tidak semestinya bersifat keras, kering dan berketul. Ramai penghidap sembelit perlu meneran bagi mengeluarkan najis tersebut.

Sembelit menyebabkan penghidap berasa tidak puas buang air besar, perut membuncit atau sakit perut.

Sering sembelit boleh menimbulkan menyebabkan beberapa simptom seperti bau mulut dan tubuh yang tidak menyenangkan, selain sukar menumpukan perhatian, mengantuk, malas, lesu kronik, artritis, hilang selera makan, sakit kepala dan masalah kulit.


Bahan bertoksik

Sering sembelit dan tidak diatasi secara sempurna akan menyebabkan pengambilan makanan berkhasiat menjadi kurang bernilai.

Toksin dalam aliran darah akibat sembelit menimbulkan beban kepada organ hati untuk menjalankan detoksifikasi secara berkesan.

Hasilnya nutrien tidak dapat sampai kepada sel yang memerlukannya.

Sembelit juga menyebabkan bahan bertoksik tidak dinyahkan daripada tubuh secara cekap.

Ini akan menyebabkan peningkatan paras molekul radikal bebas.

Najis yang mengeras akibat sering mengalami sembelit menyebabkan ia mudah melekat pada dinding usus besar dan boleh menyebabkan usus tersumbat.

Sembelit didapati mampu menyebabkan pembentukan kanser usus besar. Ia dikaitkan juga dengan pembentukan diverticulosis (kantung terbentuk pada dinding kolon tanpa berlaku keradangan) dan apendiks mengalami keradangan.

Pada pandangan pakar penjagaan kesihatan alternatif termasuk penulis sendiri, sembelit bukan sahaja dipercayai boleh menyebabkan kanser kolon namun kanser pada bahagian tubuh yang lain.

Penulis pernah didatangi seorang penghidap kanser otak yang dipercayai berpunca tidak mengatasi sembelit yang dialaminya selama berdekad-dekad.

Seperti dinyatakan di atas, sering sembelit dan mengalaminya secara berpanjangan menyebabkan bahan bertoksin mengitari seluruh tubuh.

DNA tidak dapat berfungsi secara sempurna. Ia menyebabkan antara lain gangguan pembentukan pelbagai jenis enzim termasuk enzim detoksifikasi.

Detoksifkasi yang tidak cekap menyebabkan sel bersifat asid. Ia menyebabkan berlaku kekurangan oksigen di dalam sel di mana keadaan ini amat kondusif untuk pertumbuhan sel-sel kanser.

Punca pembentukan sembelit adalah pelbagai, antaranya apabila seseorang sering mengabaikan isyarat membuang air besar. Ia berlaku kerana terlalu sibuk melakukan sesuatu kerja atau memang sudah menjadi kebiasaan.

Kurang minum air dan makanan tinggi fiber juga boleh menyebabkan sembelit. Mereka yang mengalami hipotiroidism juga mudah mengalami sembelit.

Hipotiroidism biasanya dialami individu obes (bukan semua).

Terlalu bergantung kepada laksatif sama ada laksatif moden atau berasaskan herba juga membawa keburukan iaitu ia menyebabkan seseorang mudah mengalami sembelit.

Baru-baru ini, Jabatan Pengawalan Dadah Kebangsaan (FDA) mengeluarkan amaran terhadap penggunaan laksatif berasaskan natrium fosfat (Sodium phosphate) yang mudah dibeli dari kedai farmasi tanpa preskripsi doktor berikutan 13 kematian (12 dewasa dan seorang kanak-kanak).

Bahan aktif natrium berfungsi memaksa air masuk ke dalam usus besar bagi melembutkan najis.

Bagaimanapun, jika seseorang mengambilnya secara berlebihan daripada dos yang dicadangkan, ia akan menyebabkan dehidrasi (kekurangan air) dan paras elektrolit yang tidak normal dalam death.

Keadaan ini seterusnya menyebabkan kerosakan buah pinggang, masalah jantung dan kematian.

Jadi, bertanyalah kepada doktor atau ahli farmasi setiap kali anda dibekalkan laksatif oleh doktor atau membeli laksatif dari kedai farmasi kesan bahan aktifnya kepada tubuh dan dos pengambilan yang selamat. Ia adalah langkah bijak walaupun kebanyakan pengguna memiliki ilmu untuk memahami arahan yang terkandung pada label.

Laksatif berasaskan herba contohnya aloe vera, atau peria bertindak menggunakan mekanisme berbeza daripada laksatif moden berasaskan natrium fosfat.

Ia tidak menarik air masuk ke dalam usus untuk melembutkan najis. Sebaliknya ia bertindak dengan melancarkan pengeluaran cecair hempedu.

Seperti dinyatakan bergantung kepada laksatif berasaskan herba juga membawa keburukan iaitu ia mudah menyebabkan seseorang mengalami sembelit.

Pengambilan ubat-ubatan moden atau herba tertentu boleh menyebabkan sembelit.

Selain itu perokok tegar dan mereka yang mengalami tekanan emosi berpanjangan juga mudah mengalami sembelit.


Polyp dan kanser

Usus kecil/besar yang mengalami keradangan atau halangan contohnya berpunca dari kewujudan polyp bersifat malignan (kanser) juga boleh menyebabkan sembelit.

Najis mungkin akan didapati berbeza daripada satu sesi pembuangan air besar ke sesi lain dengan sifat keras, lembut atau cair.

Sila dapatkan pemeriksaan doktor jika anda sering mengalami sembelit jenis ini.

Ketahuilah terdapat kanser yang dihidapi seseorang pada tempoh yang lama contohnya selama 20 tahun tetapi tidak menerbitkan simptom yang menggusarkan hati penghidapnya.

Contohnya, sakit perut dan sembelit dianggap sakit biasa. Mereka tidak tahu mereka menghidap kanser sehingga mereka mendapatkan pemeriksaan doktor pakar kanser.

Jika anda sering mengalami sembelit, langkah paling bijak adalah belajar mencari puncanya.

Sesetengah puncanya mudah dielakkan sama ada bagi mencegah pembentukan sembelit atau merawatnya.

Penggunaan laksatif sama ada laksatif moden atau berasaskan herba tidak seharusnya dijadikan kebiasaan.

Penulis biasa mencadangkan pengambilan laksatif (apabila keadaan amat memerlukan) tidak lebih dari seminggu. Sesi buang air besar dengan bercangkung mudah membantu mengeluarkan najis daripada dubur berbanding kaedah duduk.

Teh atau rebusan keseluruhan pokok semalu bertindak merehatkan salur darah, saraf dan usus. Begitu juga dengan daun selasih dan ruku-ruku.

Ruku-ruku bertindak sebagai adaptogen iaitu mengharmonikan perembesan hormon stres dan membantu tubuh menghadapi stres dengan lebih cekap.

Amalan mengambil cuka epal/tamar, minyak kelapa dara atau minyak zaitun perahan sejuk juga membantu meredakan dan mencegah sembelit.

Pada jangka panjang, pengambilan berkala herba seperti jenis halia dan kunyit bersifat mentona dan menguatkan fungsi hati, membantu mencegah sembelit. Herba ini terdapat dalam pelbagai jenis makjun atau jamu.


********************
Masalah sembelit ini jika kita fahami dan amati ianya selain berlaku akibat diri sendiri yang suka melengahkan tanda membuang air besar juga kerana keasidan sel di dalam badan.

Makanan berasid seperti gula, daging merah serta tinggi protein perlu dijaga supaya seimbang. Manakala penggunaan gula pasir pula boleh terus digantikan dengan pengambilan gula yang lebih sihat iaitu gula stevia.

Gula stevia bersifat alkali tinggi dan mampu mencuci usus bagi melancarkan pencernaan sistem badan kita. Selain itu, gula stevia dapat meneutralkan asid dalam badan dan bonus kepada penghidap kanser ialah gula stevia ini membunuh sel-sel kanser berbanding gula pasir iaitu makanan aktif kepada sel kanser. Haaa, bayangkan ya pembaca sekalian.

Sejenis manisan yang sama tetapi fungsi yang jauh berbeza.

Satu gula yang memudaratkan kesihatan
Satu lagi gula yang menyihatkan tubuh badan.


Saya sendiri sering mengalami sembelit dan sukar membuang hingga adakalanya 3 ke 4 hari baru boleh membuang. Ditambah lagi kurang meminum air masak dan hanya suka meminum minuman manis sahaja. Alhamdulillah, sejak bertukar ke gula stevia. Tiada lagi sembelit dan masalah sukar membuang air besar.

Perut sihat, badan cergas.


Hubungi saya untuk mendapatkan gula stevia
Emme Marina
0189100852


Read More...