Thursday, February 18, 2016

Bisnes Saya Rupanya RUGI, bukan UNTUNG!

Publish on : Thursday, February 18, 2016 There is : 0 Comments Labels : , , , ,


Antara lain yang sangat menyentap kesedaran saya adalah pengiraan untung bersih dari perniagaan kita.

Saya ringkaskannya begini.

Situasi :
---------
Siti Nurhaliza menjalankan perniagaan produk Jamu Kak Dara.


Harga jualan sebotol Jamu Kak Dara : RM100.00

Harga kos sebotol Jamu Kak Dara : RM 70.00

Untung kasar sebotol Jamu Kak Dara : RM30.00

---------

Kesilapan yang Siti Nurhaliza lakukan adalah dia menganggap RM30.00 itu adalah Untung Bersih lalu mengeluarkannya dari wang perniagaan dan menggunakan wang itu untuk keperluan peribadi.(Seperti yang biasa kita lakukan. Kan?)

Dia terlupa untuk mengambil kira kos tol/petrol menguruskan stok Jamu Kak Dara. Dia terlupa mengira kos pemasaran yang telah buat untuk memasarkan produknya. Dia lupa kos bil eletrik penggunaan laptop dan juga bil internet. Dia sangkakan dia untung, hakikatnya dia hanya kerugian masa dan tenaga. Wang apatah lagi. Rugi. Negatif.

Inilah yang paling menyentap perasaan saya.

Termenung sekejap saya memikirkannya.

Insaf.

Lalu saya berazam memperbaiki kesilapan ini.

Anda bagaimana? Jika pengurusan akaun perniagaan anda sudah tepat dan teratur itu bagus untuk anda.

Jika tidak, segeralah menuntut ilmu asas pengurusan kewangan akaun bisnes anda.


Pendaftaran kelas urus asas akaun bagi bulan Mac sudah dibuka.
Semak di sini ya --> http://emmemarinamohamad.blogspot.my/2016/02/kelas-asas-akaun-online-offline-bulan.html


Semoga bertemu lagi di entri yang lain, Salam sayang dari saya, Emme Marina Mohamad, Jika berniat menghubungi saya, hubungi saya di talian 0189100852.

No comments:

Post a Comment