Catatan Pagi Suri Bekerja di Rumah (WAHM, SOHO, SAHM)

Teks: Emme Marina Mohamad

Malam semalam suami memberitahu bahawa pagi ini dia harus awal ke kerja. Seawal jam 7 pagi katanya. Perjalanan dari rumah ke tempat kerja suami lebih kurang 5 ke 7 minit termasuk trafik. Dekat sahaja sebenarnya kan? Seperti yang dijangkakan, perjanjian pergi awal ke kerja akhirnya suami bergerak dari rumah pada jam 7.30 pagi. Hee

Bak kata isteri, "tahu dah"

Seperti hari-hari yang sebelumnya, saya akan menghantar kakak ke tabika perpaduan kemudian menghantar suami pula ke kerja. Hantar sampai pintula maksudnya tu. Cepat-cepat hantar kakak, pulang kemudian melihat pula suami pergi ke kerja. Salam dan cium mesra tanda kasih sayang kami. Tidak sah tidak menyalami dan membuat rutin ini setiap kali suami ke kerja, nanti ada pula yang merajuk sebab rasa macam tidak disayangi. cewaaahh, ye ke?

Selepas melihat suami kepergian ke kerja, lantas saya duduk di meja untuk menyiapkan persiapan akhir sebelum tesis dihantar ke supervisor. Masih ada sedikit pembetulan dan editing yang belum siap. Pada masa sama, sibuk juga edit blog dan melayani pelanggan dari wassap yang semuanya datang dari blog saya ni. Alhamdulillah, walaupun kewangan saya sebagai suri tidaklah sehingga RM 3 ke 5 ribu sebulan buat masa ini, tetapi adalah berdikit-dikit cukup untuk kewangan kami, membantu suami di kala sesak, juga menguruskan hutang kereta yang sedia ada. Alhamdulillah, semua ini hasil dari bisnes online tanpa perlu saya keluar dari rumah. Syukur, Allah sediakan platform bisnes online ini kerana nyata ianya cukup mudah diuruskan dari rumah sambil menjalankan tanggungjawab saya sebagai surirumah, ibu kepada 3 orang anak dan pelajar master di UMP.

Walaupun ada masanya saya jadi begitu letih dan lemah semangat. Tetapi sentiasa ada rakan, mentor yang selalu tiupkan semangat-semangat ke dalam jiwa supaya kita kekal istiqomah dalam setiap perbuatan. Baik kerjaya, tanggungjawab harian mahupun dalam ibadah.

Blog saya ini masih belum mobile friendly, jadi tadi semak semula blog, edit html agar selepas ini semua pembaca yang membaca blog saya dapat terus menghubungi saya selepas saya re-design template blog. Ini kerana apabila blog tidak mobile friendly pembaca kemungkinan besar terlepas pandang maklumat diri saya seperti di banner blog dan page blog. Itu yang mengakibatkan pelanggan kita, baca dan mahu serta berminat tetapi tiada cara untuk menghubungi kita. Payah la kan? Majoriti pembaca kini menggunakan smartphone untuk search carian mereka jadi nasihat saya kepada blogger yang mungkin sedang membaca entri saya ini untuk terus menukar blog template anda kepada responsive feature atau mobile friendly.

Ooops, saya tidak boleh lama pula menulis di sini. Anak sudah mengamuk. Alhamdulillah, tesis dah siap dihantar kepada supervisor. Doakan agar tidak banyak lagi pembetulan yang harus saya lakukan ya? Boleh la fokus pada presentation pula selepas ini.



Semoga bertemu lagi di entri yang lain,
Salam sayang dari saya, Emme Marina Mohamad,


Jika berniat menghubungi saya, hubungi saya di talian 0189100852.

Catat Ulasan

0 Ulasan