Wednesday, March 09, 2016

13 Perkara Yang Anda Perlu Ikut Sebagai Peniaga Islam

Publish on : Wednesday, March 09, 2016 There is : 0 Comments Labels : , , , ,

Selesai sesi Fiqh Bisnes oleh Ustaz Dr Azman dan Ustaz Dr Zaharuddin. Alhamdulillah, banyak ilmu baru dan ilmu refresh dan persoalan berkenaan bisnes kontemporari terjawab.

ℹKawan-kawan yang berniaga secara berkumpulan, dan suka komen testimoni di post ‘rakan sejemaah’, boleh baca point no 11 di bawah.

Saya Ringkaskan apa yang dapat saya serap selain perkara asas tidak boleh menipu, bebas riba dan gharar, dan sebagainya:
.

1.       Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai tujuan utama, maka dunia akan datang kepadanya dalam keadaan tunduk. Bisnes dan perniagaan adalah satu alat untuk mencari Redha Allah <- Pegangan.
.

2.       Perniagaan adalah sesuatu yang datang seiringan dengan syaitan. Sangat berat amanah yang dipikul oleh peniaga. Peniaga yang benar dan amanah akan dibangkitkan bersama nabi-nabi, siddiqqiin dan syuhada’.
.

3.       Saidina Umar melarang seseorang dari berniaga sebelum belajar hukum-hakam perniagaan.
.

4.       Semua urusan jual-beli bertangguh (samaada bayar secara ansuran atau barang dibeli secara tempahan dengan bayaran penuh) masuk dalam kategori dain (hutang). Ayat paling panjang dalam Quran menyebut tentang dain – iaitu ditulis segala details dan kalau boleh, adakan saksi.
.

5.       Islam menjaga hak bukan sahaja hak pembeli, tetapi juga hak penjual. Oleh itu, gangguan kepada harga pasaran adalah sesuatu yang dilarang dalam Islam.

ℹContohnya, buang harga (jual dengan terlalu murah berbanding harga pasaran) atau naikkan harga dengan melampau tanpa sebab yang munasabah (contohnya tiada nilai tambah diberikan).
.

6.       Ketelusan Wajib ada. Peniaga kena perjelaskan semua perkara berkenaan barang yang dijual dan kualiti barang. Peniaga juga tidak sembunyikan keburukan barang dengan sengaja. Kena ada jaminan pulangan semula kalau tak puas hati. Kenapa? Sebab ada isu gharar – barang tak boleh disentuh. Kos penghantaran dan segala kos lain mesti dimaklumkan kepada pembeli. Untuk pemulangan semula, siapa akan tanggung kos penghantaran etc. Untuk refund, kos caj bank ditanggung siapa.
.

7.       Hukum affiliate dan dropship – dengan mendaftar i.e. persetujuan pemilik produk adalah HARUS
.

8.       Selain ejen dropship dan affiliate dan lain-lain konsep ejen, tidak boleh jual barang yang tidak dimiliki. Sekalipun terdapat perselisihan pendapat untuk menjual barang yang tidak dimiliki, syarat yang dikenakan oleh ulama yang cakap boleh, adalah amat ketat.
.

9.       Untuk produk affiliate dan dropship, TIDAK BOLEH guna istilah ‘produk saya’ kerana kita tidak memiliki barang tersebut. Boleh guna istilah "Produk Kami" kerana kita dikira wakil kepada penjual.
.

10.   Agen tidak boleh menjual pada harga yang tidak dibenarkan oleh pemilik produk (buang harga), sekalipun pemilik produk memberikan harga yang murah kepada agen.
.

11.   Untuk perniagaan secara berkumpulan, tidak boleh mewujudkan testimoni atau sokongan palsu.

ℹContohnya, bila ada salah seorang rakan post tentang sesuatu produk, kita ramai-ramai berikan testimoni dan sokongan yang tidak tepat. Ini banyak terjadi dalam grup yang menjual produk kesihatan.
.

12.   Tidak boleh juga membuat bid palsu untuk menaikkan harga lelongan.
.

13.   Tiada iklan yang memaparkan aurat. Tidak boleh promo produk yang menampakkan aurat.

NOTA KAKI . Ikut Syariat, hasil Berkat
.

C&P (Dr group wassap)


No comments:

Post a Comment