Thursday, March 31, 2016

Allah Itu Maha Mendengar Lagi Maha Memakbulkan

Publish on : Thursday, March 31, 2016 There is : 0 Comments Labels : , ,

Teks: Emme Marina Mohamad

Semasa menaip entri kali ini, saya sedang menunggu kepulangan suami dari Kuala Lumpur. Berkursus di KL selama 4 hari sebagai pegawai memeriksa kertas peperiksaan katanya. Jika saya tidak tersalah la.

Suami pulang dengan menaiki bas sedangkan sewaktu pemergiannya menaiki kenderaan kereta rakan sekolej. Rupanya kawan suami sudah merancang untuk terus pulang ke kampung.

Tidak mengapalah. Bukankah setiap perancangan itu telah Allah tetapkan?

Jika dipandang dari sudut positif, dapatlah kami anak beranak keluar berjalan-jalan. Walaupun kacau bilau sebenarnya sepanjang pemanduan saya bersama anak-anak. Masya Allah, hiruk pikuk dalam kereta ni. Sorang menjerit, ada yang menangis.. berdiri siap melompat.

Ya Allah, dahsyatnya anak-anak gadisku ini. Bila dengan papanya, bukan main sopan. Sopan sedikitla. Hehe. Tiadalah adegan melompat sebagainya tu.

Sudahlah saya ni ada masalah rabun semasa memandu. Sebenarnya agak risau kerana suami pulang lewat petang ke malam. Dan mata saya agak kurang jelas lebih-lebih lagi pada waktu malam walaupun memakai cermin mata.

Pandu sahaja kereta. Saya doa banyak-banyak agar kekal tenang dan berjaya pandu kereta menuju ke destinasi kami.

Alhamdulillah.

Allah lorongkan pemanduan ini dengan baik. Dan kami semua selamat sampai ke destinasi.

Debar-debar aje kan?

Walhal memandu cuma lebih kurang 20 minit dari rumah.

Moralnya, bergantung kepada Allah. Dia yang gerakkan kudrat kita. Dia yang bantu kita. Dia yang lindungi kita.

Mulakan apa jua pekerjaan atau aktiviti kalian dengan bermunajat kepada Allah.

"Sahaja aku memandu kereta menjemput suamiku kerana Allah taala".


Hehe.

Anda belajar sesuatu hari ini?


Said, Alhamdulillah


No comments:

Post a Comment