Berlebihan Gula Boleh Menyebabkan Penyakit Buah Pinggang!

Teks: Emme Marina Mohamad
Sumber: Admin Manis Sihat

Mungkin saya bukan seorang doktor, tetapi saya memiliki jurusan kimia dalam ijazah sarjana muda dan sarjana. Membuat kajian serta "bermain" dengan bahan kimia sudah menjadi lumrah dalam hidup saya. Bagi saya, sejak saya ketemu pemanis gula RCC Stevia, banyak perkara telah berubah. Sebagai seorang yang memahami bahayanya sesuatu bahan kimia terutamanya apabila dihadam dan diproses dalam sistem badan kita. Memang menakutkan apabila kita mengetahui bahawa gula pasir ini sebenarnya ialah manis yang mampu membunuh. Juga dikenali sebagai racun putih.

Di sini saya kongsikan pendapat dan nasihat seorang doktor mengenai kesan gula ke atas buah pinggang khususnya pesakit buah pinggang itu sendiri!

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apabila badan kita mencerna protein yang kita makan, proses itu akan menghasilkan bahan buangan. Di dalam buah pinggang, berjuta-juta kapilari dengan lubang yang sangat halus di dalamnya bertindak sebagai penapis. Seperti darah mengalir melalui saluran darah, molekul kecil seperti bahan buangan diperah keluar melalui lubang-lubang itu. Ia adalah produk sisa yang menjadi sebahagian daripada bahan di dalam air kencing. bahan-bahan yang berguna, seperti protein dan sel-sel darah merah, terlalu besar untuk melalui lubang-lubang penapis tersebut dan kekal di dalam darah.
Berlebihan gula dalam darah boleh merosakkan sistem ini. Tahap gula darah itu membuatkan buah pinggang menapis darah terlalu banyak. Semua kerja tambahan ini amat membebankan penapis. Selepas bertahun-tahun, penapis-penapis itu mula bocor. Ketika ini protein berguna akan tertapis keluar ke dalam air kencing. Keadaan ini menyebabkan urin mengandungi protein yang dipanggil microalbuminuria.
Apabila penyakit buah pinggang dikesan awal, semasa microalbuminuria, beberapa rawatan boleh menghindarkan penyakit buah pinggang menjadi lebih teruk. Apabila jumlah protein dalam air kencing semakin banyak, ia dipanggil macroalbuminuria. Apabila penyakit buah pinggang dikesan semasa macroalbuminuria, biasanya pesakit akan ke arah peringkat akhir kerosakan buah pinggang, atau ESRD (End Stage Renal Disease).
Jika tidak dikawal, bebanan berterusan menyebabkan buah pinggang akan terus kehilangan keupayaan untuk menapis dan tersumbat. Ini akan menyebabkan bahan buangan mula terkumpul di dalam darah dan akhirnya, buah pinggang gagal sepenuhnya (Renal Failure). Seseorang yang sampai ke tahap ini perlu melakukan pemindahan buah pinggang atau melakukan pencucian darah menggunakan mesin iaitu mesin hemodialisis.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ingin dapatkan stevia?

hubungi saya di talian 0189100852.

Catat Ulasan

0 Ulasan