Dari Allah kepada Allah

Teks: Emme Marina Mohamad

Menyelusuri perjalanan kita sebagai hamba Allah, dari saat ketika kita masih kecil hinggalah dewasa begini. Pada saat bilakah boleh kita katakan bahawa segala perbuatan dan usaha itu datangnya dari DIRI AKU?

Tahun ini saya belajar mengenal Allah.

Lebih dekat dan lebih rapat. Sesungguhnya dari Dia jualah saya diberi ilmu dan dibukakan hijab untuk mengenali Dia dengan lebih baik. Mudah-mudahan.. Aminn

Allah yang Maha Esa
Tiada yang disembah melainkan Allah
Dia tidak diberanakkan, dan tidak pula beranak.

Sejak membaca buku Menjemput Rezeki Allah dari penulisnya Ustaz Fathuri, bertemu pula badan kebajikan Amal till Jannah kemudian bertambah lagi koleksi bacaan Keajaiban Allah Tempat Meminta, penulis Onni Mustafa dan akhirnya buku digital dari penulis terkenal iaitu Nora Yusuf, Formula Tarik Rezeki benar-benar membuka minda, mata dan hati mengenai kebaikkan dan kemurahan hati Allah dan betapa jahilnya kita dalam mengenali Dia sebagai pencipta kita semua.

Bukan percuma ya ilmu mengenal Allah ini.
Diberikan harga supaya saya celik mata untuk membacanya.

Bayangkan jika Allah berikan secara percuma, entah baca ataupun tidak ya?

Apabila kita membayar harganya, maka sebenarnya Allah lah yang sedang menggerakkan hati kita untuk bersama Dia.

Bukan kerana AKU yang mahu baca
Bukan kerana DUIT AKU yang membayarnya
Tetapi DUIT ALLAH dan IZIN ALLAH maka saya diberi hidayah untuk mendapatkan kesemua bahan bacaan ini.

Jujurnya, pada mulanya saya hanya mahu tahu bagaimana nak tarik rezeki dalam perniagaan saya.
Kenapa buat iklan tetapi tidak pernah ada pelanggan?
Kenapa.. kenapa dan penuh persoalan di benak fikiran saya ini sebenarnya.


Adakah kita selama ini berTUHANkan USAHA?
Usaha dulu baru tawakkal.

Masya Allah, salah dan jauh benar kita dari Allah.


Tawakkal dan Mintalah hanya dari Allah
Kerana hanya Dia sahaja pemberi rezeki, zat, rahmat dan seluruh alam
Namun, benar kata pepatah, kita ibarat kacang lupakan kulit
Sudah ditiupkan roh ke alam manusia, lupa bahawa kita sebenarnya hanyalah SARUNG NYAWA yang Allah tiupkan sahaja


Nak buat sesuatu, minta izin Allah
Nakkan sesuatu, minta dengan Allah

Tapi kita lupa, kita rasa kitalah penyebab sesuatu kejadian dan kejayaan
Kitalah yang berusaha
Maka itu usaha kita, duit kita, hak kita
Di mana Allah saat ini?

Kita tidak pernah mensyukuri nikmat dan zat yang dia berikan
Solat pon tunggang langgang
Semua mahu cepat sahaja
Lantas kita mahukan segala kekayaan yang Allah miliki
Inilah manusia yang tidak tahu bersyukur


Sayalah tu
Beginilah saya dahulu..
Kini kita makin faham
Hanya Allah sahaja tempat meminta
Bukan ibu bapa, bukan suami mahupun majikan
Bukan juga pelanggan yang beri kita duit
Tetapi Allah yang Esa

Saya berdoa agar diri ini masih diberikan ruang untuk untuk mengenal Allah
Semoga Allah menerima taubat kita semua


Amiin


Catat Ulasan

0 Ulasan