Kesan Gula Kepada Kulit Wajah





Teks: Emme Marina Mohamad
Sumber: Manissihat


Kecantikan kulit adalah berkaitan dengan kolagen dan elastin. Jika kedua-duanya sihat, tanpa perlu sebarang ubatpun kulit akan kelihatan cantik dan menawan.
Tanpa kita sedari bahawa antara agen yang membawa kerosakan kepada kulit ialah perasa yang kita makan setiap hari iaitu gula.
Apa yang berlaku kepada kulit dengan pengambilan gula berlebihan?
Antara kesan jangka panjang ialah penuaan pra-matang dan parut. Apa yang berlaku adalah komponen gula akan melekat kepada protein dalam aliran darah, membentuk molekul baru, yang dikenali sebagai ‘advance glycation end products’ (atau AGEs) yang merosakkan kolagen dan elastin yang menyebabkan kulit kendur dan berkedut. AGEs juga bertindak menyahaktifkan enzim antioksidan semula jadi dan mendedahkan kulit kepada sinaran matahari. Ini menyebabkan kematian sel-sel kulit dengan lebih cepat dan berlakunya penuaan. Menurut satu kajian pada tahun 2007 dalam British Journal of Dermatology, kesan ini meningkat pada usia 35 tahun dan terus meningkat bersama peningkatan usia kita.
Justeru apa yang perlu dilakukan untuk menjaga kulit agar sentiasa sihat dan cantik ialah tinggalkan gula di samping pengamalan pemakanan yang tinggi serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Jika anda peminat manis… gantikan saja gula dengan alternatif yang lebih sihat dan selamat.


Saya sendiri ialah penggemar gula. Kerapkali saya mengidam makanan manis seperti kek, coklat dan aiskrim. Boleh dikatakan saya amat sukakan makanan berpastri. Kurang mengamalkan makanan berserat seperti sayuran dan buah-buahan. Selain itu, saya gemar meminum minuman manis dan tidak sukakan pengamalan air kosong seharian. 

Alhamdulillah, saya tidak mempunyai jerawat tetapi kesannya kulit wajah saya sangat kering sehingga selalu terjadi penggelupasan dan mula timbul bintik-bintik hitam iaitu jeragat. Walaupun kini sudah mengamalkan produk kosmetik luaran tetapi pemakanan sebenarnya memainkan faktor terbesar. Sifu sering menasihatkan agar menjaga pemakanan dan mengamalkan air kosong setiap hari agar kulit sentiasa cantik dan bersih. 

Bagaimana gula memberi kesan negatif kepada kulit kita?


Kandungan gula yang tinggi dalam darah boleh membawa kesan terhadap kolagen, lantas membuatkan kulit anda lebih mudah berkedut dan nampak tua.

Menurut Nicholas Perricone, M.D, iaitu penulis buku "The Wrinkle Cure" dan "The Perricone Presciption", diet pemakanan yang rendah gula adalah sangat baik untuk kesihatan kulit. Namun perlu difahami bahawa gula yang dimaksudkan ini bukan sahaja daripada makanan manis, tetapi makanan dengan karbohidrat ringkas seperti nasi, roti, pasta dan biskut juga boleh menyebabkan keradangan kepada kulit wajah kita.

Contoh: 
1 pinggan nasi bersamaan 12 sudu teh gula

Gula di dalam badan apabila berlebihan (tidak bertukar jadi tenaga akan tersimpan dalam badan)

1) Menyebabkan keradangan
Gula adalah sangat berasid, dan makanan berasid inilah yang mengakibatkan keradangan berlaku di dalam badan. Tetapi, kesan keradangan yang disebabkan oleh gula adalah lebih buruk, ini kerana dengan pengambilan makanan yang berkarbohidrat ringkas ini, paras gula dalam darah turut meningkat dan kemudian turun mendadak. Ini juga boleh menyebabkan keradangan.

Keradangan akan menjejaskan semua organ dalaman kita, ini termasuklah kulit, jantung dan paru-paru. Salah satu simptom kulit yang mengalami keradangan ialah ia mudah ditumbuhi jerawat. Jadi paling mudah untuk anda menjaga kecantikan wajah ini ialah dengan mengelakkan pengambilan gula bertapis (refined sugar), gula pasir, gula perang, atau gula yang berkanji jika kulit mudah berjerawat. Sebaliknya, gantikan sahaja gula ini dengan stevia (pemanis semulajadi tanpa kanji dan kalori) atau buah-buahan segar atau madu asli yang tidak berasid dan mengandungi kandungan gula rendah.

2) Glycation
Glycation merujuk kepada proses yang berlaku apabila gula dihadam dan glukos dilepaskan ke dalam darah. Gula tersebut kemudian melekat pada kolagen (kolagen ini penting dalam membantu kulit kekal anjal, lembut dan elastik. Pendek kata, gula ini menyebabkan kolagen rosak, dan menjadikan kulit mudah kering, mengendur, berkedut serta kusam. 

3) Ketidakseimbangan paras gula dalam darah
Apabila kita menjadikan suatu tabiat mengamalkan pemakanan manis dan tinggi gula, paras gula dalam darah akan naik dengan mendadak dan kemudian turun menjunam sebaik sahaja insulin dikeluarkan. Perubahan mendadak ini membuatkan tubuh badan kita tidak bermaya, lesu, mudah lapar dan moody, akibatnya badan kita menjadi tertekan dan terjadinya masalah jerawat atau kulit kusam. 

4) Melemahkan sistem imun
Gula melemahkan sistem imun, dan bila ini belaku tubuh kita tidak mampu  untuk melawan bakteria dengan efektif termasuklah penyakit yang datang. Bakteria ini pula adalah penyebab utama kepada masalah jerawat dan masalah keradangan kulit yang lain.

5) Menjejaskan sistem penghadaman
Gula berlebihan boleh menjejaskan sistem penghadaman dan menyebabkan sembelit. Sistem penghadapan yang terganggu menyukarkan penyingkiran toksin. Toksin yang terkumpul akhirnya menjadi tepu dalam badan akan mengakibatkan lebih banyak masalah kepada kulit. Selain itu, "bakteria jahat" di dalam perut akan mudah membiak apabila badan menjadi lebih berasid akibat pengambilan gula berlebihan. 

6) Menghasilkan radikal bebas
Radikal bebas merupakan komponen yang boleh menyebabkan keradangan dan juga penyakit di dalam badan, dan kajian mendapati bahawa pemakanan tinggi gula boleh menghasilkan radikal bebas ini.


Saya cadangkan anda semua bertukar ke pengganti gula pasir iaitu stevia. Dari syarikat rcc stevia kerana ianya terbukti tiada bahan kimia ataupun tambahan gula selain ekstrak pati stevia.

Dengan mengamalkan stevia, ianya dapat meremajakan kulit, menyelesaikan masalah kulit pada wajah dan juga badan serta paling penting ianya memiliki kandungan vitamin c yang tinggi yang sangat baik untuk kecantikan luaran dan dalaman.
.

Untuk mendapatkan produk stevia,
bolehlah menghubungi saya di nombor 018-9100852

Baca lebih banyak di sini

artikel berkaitan: 


Catat Ulasan

0 Ulasan